Tuesday, August 4, 2009

.............

setelah 2 hari bercuti memblog...

kenapa?
biasalah...
hidup ibarat roda

ada kala
semangat begitu
merangsang, dunia ibarat kita punya
segalanya ingin dilakukan

tiba pula masanya
semangat merudum jatuh
segalanya membosankan
hinggakan makan pun rasanya
menjemukan
tak adakah hidangan lain...
bukan kerana
masakan sudah kurang enak...
tetapi
Tuhan
menarik rasa nikmat

hebatnya kuasa Allah
sedang enak menikmati hidup
diberinya kita sedikit selsema,
pedih perut dan sakit lutut...
ah
sakit2 biasa...
belumpun diuji kanser atau sebagainya
nauzubillah

sudah
hilang nikmat tidur, makan dan tawa
ujian sedikit ini
di harap dapat mengikis dosa
dengan syarat
reda dan pasrah
serta
memuhasabah diri...

melihat
rakan-rakan menjamu selera di kantin sekolah
amboi...nikmatnya hidup

mmmm
segalanya ada hikmah kan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Salam Kak..
    adik xder selera makan now..
    tadi makan maggie jerk...

    Kak take care ok..

    ReplyDelete
  2. skrg ni mmg musim sakit kan kak? redha jelah..

    ReplyDelete
  3. Salam Teacher,

    Biarlah sakit begitu sebagai penawar dosa, janganlah berlakunya sakit dalam hati akibat runtuhan aqidah yang membolehkan kita terhumban ke dalam neraka Allah...Na'udzubillah

    ReplyDelete
  4. baru lepas mkn kenny rogers kelmarin.. sedap... mmg berselera la.. hehe

    ReplyDelete
  5. cgu..
    semuga dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan.....

    ReplyDelete
  6. salam cikgu.. saya lak ada penyakit susah nak tdo malam.. bila start tido terbabas sampai kol 10 am, saya takut nak fikir pasal sakit.. mintak dijauhkan.. lagipun saya skrg ni menahan sakit rusuk hari2 tak pernah kurang pun sakit walau sesaat.. takkan nak makan ubat jer, terpaksalah tahan kalau bleh. Harap kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya

    ReplyDelete
  7. tapi betul la,bila saya sakit tekak,tak berapa selesa nak makan 2-3 hari tu,saya selalu terfikir,yang allah dah tarik sikit je nikmat yang dia beri selama ni..rasa dah seksa sangat...padahal masa kita dok tengah sedap makan tu tak penah fikir pun berapa lama kita telah menikmati anugerah yang Allah berikan!!
    Semoga cepat sembuh!!

    ReplyDelete
  8. Dear klcitizen,

    Get well soon!

    ReplyDelete
  9. Kalau selalu2 tak ada selera makan, boleh kurus badan..slim gitu..hehehe..

    Mudah-mudahan cikgu bertambah sihat dan dapat blogging macam biasa..

    ReplyDelete
  10. Akak disayangiNYA..sbb tu diberi sikit dugaan..

    ReplyDelete
  11. Salam teacher,
    moga cepat sembuh. Zai pun minggu ni berpuasa tapi semalam flat sbb masa berbuka makan pedas2..terus lepas tu sakit perut memulas2..terpaksalah direhatkan dulu puasa sunat syaaban ni, sayangla plak

    ReplyDelete
  12. dah sehat ke cikgu. Moga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  13. salam cikgu
    demam ke cikgu?Jaga kesihatan k. Sakit tu ujian dari Allah, memebrsihkan dosa-dosa kita yang lalu. Saya doakan cikgu cepat sembuh yek

    ReplyDelete
  14. Cikgu,

    Antara sebab kenapa Allah jadikan penyakit supaya kita ingat nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita.

    Semoga cikgu segera sembuh dan ceria kembali.

    ReplyDelete
  15. Semoga cepat sembuh..take care..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.