saya memang sayangkan negara saya
pastinya
semua yang di luar sana, yang lahir dan membesar di negara ini
pastinya
sayangkan negara ini...
tetapi
kenapa rasa sayang itu tidak begitu 'umph' dalam diri saya?
terutama dalam musim2 Ogos ini
sepatutnya
rasa sayang itu mestilah sangat berkobar2
saya lihat precious sudah mengibarkan bendera Malaysia di blognya
saya?
apabila membaca buku Travelog Iran
begitu kagum saya dengan semangat nasionalisme mereka
mungkin kerana pemimpinnya begitu hebat membina semangat tersebut dalam diri rakyatnya
melalui contoh dan teladan
-petikan dari m/s 310
-Sepanjang musim kempen, Ahmadinejad tidak banyak keluar ke daerah2 kerana kekurangan dana. Malah, di Teheran, poster-posternya hanya ditampal di beberapa tempat di Qom.
-Sepanduknya diperbuat dari karung guni.
-Kempennya dibantu siaran televisyen. Jumlah penyiaran di TV sama bagi setiap calon, tidak bergantung kepada siapa yang ada banyak wang, tempoh penyiarannya lama.
-Ketika kempennya, Ahmadenijad hanya bercakap perkara ilmiah, contoh, idea2 mengatasi pengangguran lebih kepada gaya pensyarah, bukan seorang ahli politik.
-Selepas menjadi presiden, ucapannya di segenap pelusuk begitu berkobar2, penuh dengan janji dan keazaman, seolah-olah sedang berkempen.
-Apabila tiada hotel di kawasan perkampungan tempatnya berkunjung, beliau akan menginap di masjid atau sekolah.
-Sambil beliau melawat kawasan, menteri2 kabinet ikut serta dan mesyuarat kabinet dijalankan dan dihadiri gabenor kawasan tersebut. Hasil mesyuarat kabinet adalah agenda khusus kerajaan bagi wilayah berkenaan, sesuai dengan keadaan dan keperluan wilayah tersebut.
-Dalam salah satu ucapannya kepada mahasiswa, selepas 11/4/2006 iaitu setelah beliau mengumumkan kejayaan saintis Iran menapis uranium...
akhir ucapannya beliau berkata
" Jawapan kita kepada mereka (US dan sekutunya) cuma satu....."
dan di jawab oleh mahasiswa2 yang ada
"....marahlah pada kami, dan akibat kemarahan itu, matilah kalian"
saya yang membacanya
pun terasa semangat itu menjalar
apatah lagi kalau saya seorang rakyatnya...
semangat 1Iran itu begitu luarbiasa sekali
mungkin semangat kecintaan saya ini
tidak dipupuk subur oleh pemimipin kita (hahaha...asyik nak cari salah orang)
kerana
pemimpin kita
sibuk ngan... saya tak tau apa yang diorang sibukkan
berjiwa rakyat tak nampak dalam pemimpin kita...
ada ke?
tunjuk sikit...
kot saya terlepas pandang...
ada yang tidur kat masjid atau sekolah?
kalau adalah..
jenuhlah kariah masjid dan cikgu2 sekolah kena mencantikkan dulu tempat tidur tu...
esok lusa, habislah buku yang saya baca ini...

semangat patriotik semakin luntur oleh sebab kebendaan
ReplyDeleteKak,
ReplyDeleteSemangat rakyat kita tak sama macam Iran. Tengok jelah sekarang ni. Nak kibarkan bendera Malaysia pun susah. Saya pulak punyalah semangat letak Jalur Gemilang kat kete tapi lepas 2 hari kena rembat plak ngan malaun mana ntah... Aduhaiiii.. pikir-pikir balik kesian jugak sebab terfikir mungkin dah ramai org miskin SIKAP kat Malaysia ni. Kerja nak merembat harta org je.....
salam Normah, bukan tak ada semangat nak kibar jalur gemilang tu tapi entahlah susah nak cakap.. dulu masa mengajar tiap2 pagi Isnin nyanyi lagu jalur gemilang dengan semangatnya..
ReplyDeletentahla..skang dah melepasi pertengahan ogos..tp kibaran bendera dkt kereta atau bangunan mcm x meriah je..nape ek???
ReplyDeletesalam cikgu,
ReplyDeletehuhu! saya puin lum letak bendea kat memana.. terima kasih kerana mengingatkan saya..
salam
ReplyDeletesebab tu saya sangat kagum dengan Mahmoud Ahmadenijad.Meskipun berbeza fahaman(sunnah-syiah) tetapi contoh peribadi beliau yang sangat tawadhuk sangat saya kagumi.Beliau adalah contoh pemimpin Islam yang berani dan mampu membela negara Islam
Dear klcitizen,
ReplyDeleteAda pemimpin dinegara kita yang sebegitu. I've been to his house and observed with my own eyes... Beliau adalah Tok Guru Nik Aziz. You should go to his house. Dia menjadi imam setiap waktu dan rakyat boleh berjumpa tanpa appointment setiap selepas waktu subuh dan asar. A very humble person dan sangat saya sanjungi.
Yang lain? Entah...duniawi dan pengumpulan harta kot yang selalu difikirkan...Wallahualam...
Salam Teacher,
ReplyDeleteJika pemimpin melihat tanggungjawabnya itu adalah amanah bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di bawahnya, maka dgn sendirinya semangat itu terdidik dlm diri rakyat
Salam,
ReplyDeletesaya memang kagum dengan kepribadian Mahmoud Ahmadenijad!!Semakin sukar nak cari pemimpin sebegitu.
sy pnh terbaca dlm satu artikel..tp kesahehannya sy x pasti sbb hnya dlm internet..beliau mmg hebat..baju kodnya hanyalah baju bundle dan kasut nya hanya lah kasut biasa..bila bertemu dngn pemimpin2 laen yg memakai kod yg mahal2 dan kasut dan jam yg berjenama,tidak nmpk pula krngnya beliau..malah beliau jauh lebih hebat dr pemimpin2 yang laen itu&amat digeruni lawan.hebat bkn..dr segi fahaman mmg amat berbeza antara kita dngnnya.tp dr segi kepimpinan dan juga keberaniannya kerana benar,mmg ptt kte semua contohi
ReplyDelete:)
Tertarik saya dengan cerita iran nie. Mungkin beliau adalah pemimpin contoh yang kecil molek tapi digeruni. Tapi sayang ada juga rakyat iran sendiri yang menolak pemimpin begini. us pam dana pada pembangkang. melaga-lagakan orang kerja us la.
ReplyDeleteMusuh islam umpama buih dilautan
blog nie cukup berinfomasi dan kemas.
saya pun kali ni mcm tak semangat jugak... Sebab lebih tertumpu dgn nak sambut puasa kot...
ReplyDeletesalam.. saya kibarkan bendera kerana itulah lambang negara saya yang merdeka dari penjajah sewaktu2 dahulu.. saya tinggal di malaysia.. saya anak malaysia.. saya kenelah sayangkan negara saya.. bab pemimpin tu bior ler dorang pikirkan masalah negara.. buat sakit otak jer pikir pasal politik nih bleh pening kepala
ReplyDeleteMaaf cakapla.... kita hampir hilang segala-galanya kini.Kalau ada negara luar serang kita barangkali ramai yg cabut keluar negara dari tunggu nak pertahankannya.
ReplyDeletePM Iran ni memang manusia simple.Solat pun boleh dia buat tepi jalan.Longkang tersumbat pun dia boleh berhenti kereta dan bersihkan.
Tengok kasut dia pakai macam tukang besi. Bajunya pun ntah jenis apa.
Pemimpin kita cam mana ya?
Kak..
ReplyDeletesaya suka tang citer ahmadinejad nih...
Beza sangat ngan org politik kita kan..
kalo kat sini..
lebih pada nak bukak skandal orang lain daripada nak bangunkan ummah atau negara..
memang nmpk sangat..
macam..
macam...
macam sape eh??tau sama tau dah la...
Salam Teacher..
ReplyDeleteZai bersetuju dengan pendapat razak..
Pemimpin negara harus menjadi contoh terbaik barulah rakyat bersemangat utk terus berjuang..tapi jika pemimpin menunjukkan sifat yg buruk mcmmnalah rakyat nak mencintai negara yg sebegini..
Salam ukhuwah cikgu. Ni 1st time masuk blog ni, nice blog, nice entry. Terasa rugi tak pernah jengah sblum nie..
ReplyDeleteSaya baru sahaja membeli beberapa bendera Malaysia dan negeri semalam untuk dikibarkan di premis tempat berniaga. Masih juga tak pasti samada itu tanda patriotik atau skdr mengikut budaya bulan ogos tiap2 tahun.
naper ya , thn lepas 31 julai lg ummi dah kibarkan bendera , tp thn ni , dah keluar kan bendera tp lum rasa nk gantung kt mana2 , mgkn ada sangkut paut dgn semangat dr pemimpin gak kot ..
ReplyDeletedalam musim wabak penyakit ni menambahkan faktor turunnya semangat patriotisme tu!
ReplyDeleteSalam cikgu.
ReplyDeleteindahlah, semangat baca petikan2 dri buku tersebut. susah nk cri yang betul sayang negara sekarang. wallahua'lam.
merdeka^_^
Salam, pagi tadi saya dah pasangkan bendera dalam kelas saya..huhu
ReplyDelete