Sunday, August 16, 2009

kenapa tak boleh lihat Allah?

“Saya rasa, Allah bagi semua benda supaya kita percaya Dia. Bagi Quran, bagi alam semesta dan macam-macam lagi. Tapi satu sahaja yang Allah tak bagi. Dan saya rasa disebabkan oleh Allah tak bagi yang ini, saya susah nak bulatkan kepercayaan saya kepada-Nya. Kenapa Allah tak bagi kita tengok Dia?” tanya Salina.

soalan yang sangat menarik... ditanya oleh pelajar ting 4.
jawapannya juga sangat menarik.
bukan..
bukan dijawab oleh saya

tetapi oleh seorang ustaz yang sangat berkaliber...
pelajar2 sekarang memanglah ramai yang semakin jauh dari Islam
tetapi
mungkin juga kerana Generasi Y sekarang ini
tidak mendapat jawapan yang memuaskan
lantas
mereka meminggirkan Islam dalam kehidupan mereka

jawapan ustaz tersebut

"Benda yang kita nak tengok, ia kena lemah dalam erti kata, ia kena tunduk dan tertakluk kepada hukum Sains. Ia perlu berimej. Cahaya dan rupanya mestilah boleh dilantun ke mata, ditafsirkan oleh mata, dihantar ke otak dan difahami sebagai apa dan apa. Kita tidak nampak Allah sebab Allah berada ‘di atas’ undang-undang tersebut. So, apa sahaja yang mampu dilihat oleh mata, adalah lemah, dan ia adalah makhluk, bukan Tuhan. Sebab ia tertakluk kepada hukum alam iaitu Sains”


bacalah lebih lanjut artikel tersebut di sini
atau
belilah
majalah solusi isu no 10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. salam sobat
    setuju banget kalau apa yang bisa dilihat mata dirasakan oleh kita adalah mahkluk ,dan yang tidak dpt dilihat tapi dirasakan segala rahmatnya adalah ALLAH.

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

    Al-Baqarah : 6

    ReplyDelete
  3. jika saya disoalkan begitu - tak berani nak jawab....serahlah kepada yang arif lagi bijaksana....

    ReplyDelete
  4. satu penjelasan menggunakan falsafah..very good

    ReplyDelete
  5. jawapan yang diberikan sangat menarik!!

    ReplyDelete
  6. Awas dengan mainan kata remaja kita hari ini?

    Ini juga pernah ditanya....Allah juga zalim kerana itulah dijadikan juga neraka?

    ReplyDelete
  7. salam cikgu.. kalau kita pejam mata sambil berzikir dan menghayatinya.. kita akan merasai Allah berada dekat ngan kita

    ReplyDelete
  8. Salam teacher,

    Allah Maha Sempurna, "Dia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya." (QS Thaahaa:110)

    ReplyDelete
  9. salam cikgu
    thanks for the proverb given =)
    walaupun tak dapat lihat tuhan tapi kita dapat rasakan kehadiran Tuhan dalam hati kita.Itu yang penting.

    ReplyDelete
  10. salam cikgu,

    jawapan tu sebenarnya tak tercapai oleh pemikiran saya.. thanks 4 sharing.

    kalo aderr laa insan2 tanyerr kat saya, boleh laa saya tiru jawapan tu..

    ReplyDelete
  11. jawapan yang tak pernah terfikir dek otak saya.
    Excellent!

    ReplyDelete
  12. jawapan tu dijawab oleh ustaz Hasrizal ke??.. no wonderlah. bukan calang-calang ustaz dia tu...

    jgn ditanya pasal kenapa kita tak boleh lihat Allah... Memadailah dgn sentiasa merasakan Allah melihat kita...

    ReplyDelete
  13. dalia jd pemerhati dulu kak...byk kena belajar ni...
    ape2 pun best artikel ni...

    ReplyDelete
  14. Pernah diceritakan oleh seorang ustaz. Seorang kafir bertanya seorang sahabat.. Tunjukkan kepada aku Allah. Lantas sahabat itu mengajak orang kafir itu kepanas terik matahari.." Kalau kamu ingin melihat Allah, cuba tengok matahari itu.. kamu akan nampak Allah". Orang kafir itu mula memandang matahari. Tak sampai 1 minit ia tak tahan dengan silau dan teriknya matahari itu. " tak tahan aku" katanya.
    Maka dijawab oleh sahabat.." kalau kamu tak tahan melihat ciptaan Nya bagaimanakah kamu ingin melihat yang menciptanya pulak".. Oraqng kafir itu mengaku akan kekuasaan Allah.

    ReplyDelete
  15. ramai orang tidak dapat melihat dari mata hati

    ReplyDelete
  16. Salam Teacher..

    Zai dapat merasa kewujudan Allah apabila stp kali udara disedut dan kita bernafas ttp kita dapat merasai sedutan udara itu tetapi tidak dapat melihatnya..begitulah Allah..kita tidak dapat melihat dengan mata tapi kita dapat merasai bukti kewujudan dan kekuasaanNYA...mmg benar sekiranya DIA dapat dilihat oleh Mata kita bererti kewujudannya adalah LEMAH krn tdk dapat mengatasi ciptaanNYA..SUBHANALLAH...

    ReplyDelete
  17. Hi KL Citizen, ta'lama lagi MERDEKA.
    I heard puasa about to start soon too.
    Anyway, you keep well, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  18. Jin dan syaitan pun kita x boleh nampak, inikan pulak penciptanya. Dalam universe ada berjuta2 planet, bumi ibarat sebutir pasir di kwsn pantai yg luas, manusia pulak ibarat zarah kecil yg melekat pada butir pasir. Hebat sangatkah kita nak mempersoal kewujudan Allah? Penting sangatkah kita disisi Allah?

    ReplyDelete
  19. Salam. . .
    Allah sebenar nya dapat "dilihat". .tapi bukan dengan mata akal. . .
    Hamba lemah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.