Thursday, April 5, 2012

MC




Ambiklah MC esok.

Tak mau.

Kenapa?

Esok Hari Jumaat.

Aii, badan dah sakit-sakit. Sendi pun dah menjerit-jerit, masih mahu menggagahkan diri lagi ke sekolah? Semata kerana mahu melunaskan kerja yang tertangguh di sekolah? Guru yang pastinya berwibawa sungguh dan berjiwa kental amat. 

Dan bukan dia sahaja yang begitu, saya kira.

Ya, yang berjiwa kental itu bukan saya. Saya sangat berlawanan dengan prinsipnya. Demam , cirit birit atau yang sewaktu dengannya, bagi saya adalah arahan dari Yang Maha Kuasa agar saya merehatkan diri. 

Dan dengan rela hati saya akan menidurkan diri sepanjang hari. Di rumah.

Semalam kak Normah tak nampak Min pun?

Oh, semalam saya MC kak Normah.  Kebetulan anak saya yang sulung tu pun demam, saya pun tak sihat.

Wah, ini bulan MC kah? !

Menyindirkah?

Oh, tidak. Tidak sama sekali.

Saya tahu , mereka bukan saja-saja mahu mengambil cuti sakit. Ini guru-guru yang berjiwa kental dan berhati waja. Yang ibaratnya, MC itu adalah satu hukuman paksa yang dijatuhkan tanpa rela. 

MC = mesti cuti.

Bukannya, MC = mahu cuti?

Ramai yang seperti mereka di sekolah. Merasakan cuti itu kerugian, terutama kalau mengajar di kelas-kelas peperiksaan. Yang mana, menghabiskan sukatan pelajaran secepat mungkin adalah keutamaan. Dan pengajaran dalam kelas yang mengambil masa 40 - 80 minit waktu itu sangat berharga.

Dan ramai guru-guru ini dalam lemah dan panas badan masih lagi berusaha untuk hadir dan mengajar. Bukan ilusi atau khayalan saya semata. Kerana berpuluh tahun mengajar, memang ada saya terlihat guru yang bersungguh seperti ini. 

Bagi mereka MC adalah pilihan, selagi gagah kaki membawa badan, selagi itu dicuba juga. 

Finally my turn to fall sick.


Kerana ada masa dan ketikanya , ketiadaan dalam kelas dan tidak dapat mengajar bukan lagi menjadi pilihan. Waktu itu ia bersebabkan arahan yang wajib dituruti dalam kapasiti sebagai kakitangan kerajaan, menghadiri pelbagai kursus, mesyuarat, taklimat atau membawa pelajar keluar.

Dan itu juga menjadi kerugian jika dilihat dari sudut menghabiskan sukatan dan hadir di dalam kelas bersama pelajar.

Ah ... hidung saya dah rasa tak sedap! Gatal-gatal .

Ada harapankah untuk berMC esok? Kihkihkih.. Mengada-ngada kan.


*Salam kasih buat yang panas badannya malam ini, doa saya tak putus agar malam ini menjadi istirehat terbaik. Amin.



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. demam ker?..moga cepat sembuh..

    ape pon bkn kita sengaja nk mc..jika doc suro mc ade sbbnya mengapa kita perlu mc.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak demam , org lain yang demam tak nak ambik MC .. :)

      Delete
  2. Saya baru badan panas semalam. Bagi saya MC itu minta cuti.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah muzakkir, kalau dah demam kenalah Mintak Cuti

      Delete
  3. .....kepada yang tak sihat...jumpa2lah doktor...
    makan ubat agar sihat kembali...

    kadang2 memang perlu MC tu..
    mamaijat dah rasa MC yang panjang..2 tahun...Mc bergaji penuh....
    selain rehatkan diri ,sihatkan badan...
    berpeluang muhasabah diri....
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. o ya mamaijat? alhamdulillah dah sihatlah sekarang ya?

      Delete
  4. Saya jarang ambil MC. Kalau sakit teruk-teruk selalu berlaku pada hari cuti am. Pandai betul pilih hari untuk sakit. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah , ini memang tanda orang yang kuat kerja, sakit hanya pada hujung minggu :)

      Delete
  5. Assalamualaikum cikgu...

    Manusia ni ada yang kuat dan ada yang lemah. Pada yang kuat demam itu perkara biasa, dia tetap mahu untuk melaksanakan tugasnya. Yang lemah dia sangat perlukan rehat. Saya ni tergolong dalam sederhana jer cikgu! Kadangkali jadi kuat dan banyak kali jadi lemah hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummuassalam razak

      saya ni jenis yang lemah :)

      Delete
  6. salam cikgu,
    lama saya tak singgah sini,
    moga ceria selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, abu muaz, sibul rasanya ya. terima kasih menyinggah :)

      Delete
  7. Assalamualaikum,

    Tidak sihat? saya pun, batuk tidak mahu sembuh... tidak teruk, tapi berpanjangan. tidak sanggup berMC... kerja kursus perlu siap Mei ini...
    nak kejar pelajar yg selalu ponteng supaya siapkan... hehe

    Semoga k.Normah cepat sembuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sihat, alhamdulillah. betul, kan, kerja yang berlambak membatutkan niat utk mc :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.