Wednesday, April 18, 2012

hilang kasih

Adakah manusia yang tidak pernah takut?

Sambil memandu waktu itu, saya mendengar suara Ustaz Zahazan, memberi tafsiran ayat Quran dalam radio Ikim. Laluan ke tempat tuisyen anak saya lancar tanpa halangan. Tidak seperti laluan fikiran saya yang bersimpang siur.

Kisah Nabi Musa dan saudaranya Harun yang takut mengadap Firaun yang terkenal dengan kezalimannya. Takut juga rupanya seorang Nabi yang Allah kurniakan pelbagai keistimewaan dan mukjizat. Tetapi Allah mententeramkan hati Nabi Musa dengan janji yang benar.

Dan setiap hari , bukankah rasa takut itu juga hinggap di hati? Memberi kesan pelbagai ke atas diri sendiri. Cemas, resah, gelisah melingkari. Risau. Itu sahabat utama mengiring takut juga.

Dan takut juga bisa menyedihkan.

Takut kehilangan.

Hilang material, boleh lagi diganti dan diusaha cari.

Tapi hilang kasih? Dan bersendiri?

Lost Love

Itu sangat menyedihkan. Dan boleh menjadikan insan murung dan berduka.

Saya pasti ramai yang pernah mengalami kisah duka dan murung berpanjangan apabila hilang kasih dan ditinggal bersendiri. Bersendiri dalam erti kata bersendiri merawat pedih dan sedih. 

Azab bukan?

Nafas jadi sesak menahan sebak , walau realitinya, fizikal  diri bukan bersendiri . Di tengah ramai insan lain pun hati jadi sunyi. Dan jiwa rasa kosong.

Hilang kasih.

Janganlah hendaknya. Moga terjauh ianya dari kita.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. sabar la..rilek n stedy jer..

    ReplyDelete
  2. Assalamuaalaikum..

    Merawat pedih dengan memujuk hati, patah tumbuh hilang berganti. Jika putus kasih dengan Yang Maha Esa.. Allahu Rabbi tiada siapa boleh menolong..

    ReplyDelete
  3. Dalam keriuhan, kadang2 kita rasa kesunyian, Itulah manusia yang memang sentiasa keluh kesah. Jalan terbaik berserah kepada Allah, semoga dengan itu hati akan menemui ketenangan.

    ReplyDelete
  4. Kalau hilang kasih boleh buat merana Cikgu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.