Friday, April 13, 2012

merayu

Manusia itu nilaiannya di mata manusia lain itu ditentukan apa?

Materialnya?

Mungkin.

Tapi di akhir penilaiannya nanti, sama ada di mata manusia atau nilaian yang lebih adil nanti, bukan material itu, kan. Secara jujurnya juga, kita, setiap kita, menilai insan lain atas sifat kemanusiaan yang ditonjol oleh insan di sekeliling kita dan juga sifat kehaiwanannya.

Rakus. Zalim. Itu kan kehaiwanan sifatnya. Dan pasti, yang empunya nilai itu, di mata manusia lain, tidak punya tempat di hati mereka. Tersisih.

Empati dan simpati.

Itu, kan sifat kemanusiaan. Yang mana si empunya yang memiliki sifat ini, bukankah di mata manusia lain mempunyai kedudukan tersendiri di hati kita?

Dan naluri serta kasih seorang ibu , bagaimana?

Besar sungguh empati dan simpatinya bersisip kasih sayang tak bertepi, bergumpal erat. Sanggup membuat apa sahaja untuk si anak, malah rela meletakkan nilai diri lebih rendah di mata insan lain , jika itu yang perlu dibuatnya . Tanpa berfikir dua kali, tetap akan dibuat. Dan jika perlu diulang? Masih sanggup, lagi kan.

Perkara sama , hari yang berbeza. Bukan sekali :

I made a stop @ Stiawngsa LRT and my daughter told me she needed to use the loo. So we went to the LRT's toilet. I asked for permission from the officer @ the gate for entrance. He denied us. "Beli travel token kalau nak guna toilet". "She's only 5 dan nak terkencing ni." I was half begging! He said NO. Then I saw a guard on duty. He let us in easily. OMG! The higher your rank is, the more powerful you think you are, the more stupid you become!

Merayu.

Beg Hand 


Dan dinafikan oleh pegawai yang sama. Sekadar ingin menumpang menggunakan kemudahan yang amat perlu waktu itu, sedang anak kecil tersebut menahan daya mengelak dari terkencing di situ.

Tandas lain?

Kalaulah ada yang berdekatan, kan? Perlukah anak dan ibu ini merayu untuk dibenarkan masuk melepasi besi penghadang?

Kalaulah anda yang berhajat sebesar itu? Bagaimana?

Manusia itu, kan diberi Tuhan, hati dan fikiran. Jika ingin hidup kita ini dipermudahkan Allah senantiasa, bukankah kita wajar memudahkan kehidupan insan-insan lain di sekeliling kita yang ditakdir Allah melalui jalan yang sama yang sedang kita lalui.

Takut dimanipulasi insan lain?

Itukah yang menjadi alasan?

Bukankah kita boleh menilai dengan kaca mata hati dan fikiran. Walau tidak selalunya tepat, tetapi menilai kesusahan insan lain yang langsung tidak melibatkan bahan material dari kita pun, apakah tiada rasa kemanusiaan yang boleh kita hulurkan?

Simpati dan empati.

Meletakkan diri kita pada tempat insan yang merayu. Dan penolakan jika pun perlu, andai teriring adab dalam berbahasa,  akan meletakkan nilaian kita di tempat yang sewajarnya semula.

Bukankah Melayu itu indah budi dan bahasanya? Tapi mungkin,  itu Melayu yang  dulu ...




~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Kesian dgn kwn kita ni.. kekadang bila dh diberi kuasa, manusia ni sering tersalah guna.. lupa diri.. moga2 kita dijauhkan dr perkataan tu kan..

    ReplyDelete
  2. Sungguh tidak bertimbang rasa. :-(

    ReplyDelete
  3. kdg2 kita x boleh salahkan dia..amanah yg diberikan pada dia merupakan tanggungjawab dia..mungkin dia ada alasan yang tersendiri..jika ada apa2 yg terjadi die harus bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  4. Cikgu, saya rt ke @MyRapidKL.. Kalau ada lebih ramai lagi yang rt ke @MyRapidKL lagi bagus.

    ReplyDelete
  5. Salam..
    suka ayat anda ini..
    "Bukankah Melayu itu indah budi dan bahasanya?
    Tapi mungkin, itu Melayu yang dulu.."

    Selamat datang ke realiti Cikgu Normah..
    Itulah realiti Kuala Lumpur hari ini,menyedihkan..
    jangan cakap bab anak nak kencing..kita ambil bab
    parking kereta pun boleh bergaduh sesama melayu :(

    www.zulkbo.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.