Tuesday, July 28, 2009

saya tak cantik....

"It is 1979, a basketball game in the Brandeis gym.
The team is doing well, and,
the student section begins a chant.

'we're number one! We're number one!' Morrie is sitting nearby.


He is puzzled by the cheer. At one point, in the midst of 'We're number one!' he rises and yells, 'What's wrong with being number two?' The students look at him. They stop chanting. He sits down, smiling and triumphant."

-petikan dari buku 'tuesdays with Morrie: an old man, a young man and life's greatest lesson'
**** (4 bintang untuk buku ini)

- kesempurnaan...
kita sedih jika tak sempurna, tak pandai, tak bijak....
tapi
hakikatnya tiada siapa yang sempurna

jika dulu2
saya sedih
sebab tak cantik
(sekarang dah rasa cantik dah....hehehe)
sedih
sebab tak pernah dapat nombor 1 dalam kelas.. asik2 no 11...
(padahal memang malas belajar pun)

tapi segalanya kalau boleh kita nak yang terbaik...kan
the first in everything...

tapi melihat
kanak-kanak PKBP (Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran)...
kekurangan mereka menunjukkan keindahan
Kesempurnaan dalam Penciptaan Ilahi...subhanallah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. cikgu..

    tak ada manusia yang sempurna..

    saya ada kawan yang mempunyai anak istimewa ni.. setiap kali berjumpa dengan dia, dia akan selalu ceritakan kehebatan anak istimewa tu..

    baginya, anak itu anak yang hebat..

    kekadang sambil bercerita, dia akan menitiskan airmata.. begitu juga saya..

    tersentuh dengan pengorbanan kawan saya tu..

    ReplyDelete
  2. kita sume tau takde sape yg sempurna..
    tp kita ttp sedih jika xdpt apa yg dihajati...

    ReplyDelete
  3. Salam kak,
    Salah seorang anak saya insan istimewa. Ada sindrom SOTOS. Agak jarang didengar dan kadang2 ada yang tak tahu pun nama sindrom ni.

    Tapi pengalaman saya sangat seronok bila bersama anak saya ni. Dah berumur 3 tahun setengah tapi still tak boleh cakap. Tapi yang bestnyer walaupun tak boleh cakap tapi apa kita suruh dia buat semua dia buat. Even kalo suruh mandi pun dia pegi mandi sendiri.

    Memang anak yang istimewa ni ada kelebihan tersendiri berbanding yang sempurna. Cuma kita kena tengok dan boleh nampak kelebihan disebalik kekurangan dia.

    Kadang-kadang bila bersama dengan wife selalu jugak bercerita tentang si Along ni. Perangai dia lain sikit berbanding si Angah. Agak pendiam tapi kadang-kadang bersikap agak agresif. Kadang-kadang bila bercerita tu kitorang risau bila kenangkan nnt Along nak kena sekolah KHAS. Risau budak-budak akan buli dia dengan keadan fizikal dia tu.

    ReplyDelete
  4. tidak ada yang sempurna dalam perjalanan menuju Yang Sempurna.
    Tidak ada salah untuk mempunyai kesilapan kerana mengetahui kesilapan itu akan membuatkan kita menuju ke arah kesempurnaan

    ReplyDelete
  5. salam ziarah...
    dijemout menjadi follower sy yer..

    http://www.buaya-merah.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. nita: ibu bapa anak2 istimewa adalah insan2 terpilih yang berjiwa kental dan besar

    ainee:betul tu...kita selalu menipu diri sendiri

    webmaster:kanak2 istimewa di sekolah akak mendapat guru2 yang sangat berdedikasi...alhamdulillah, pelajar2 arus perdana dah biasa dengan pelajar2 ini, tak ada pulak masalah buli yang didengar...wallahualam

    buaya: insyaallah

    ReplyDelete
  7. Salam kak...

    Saya pernah merasa setahun mengajar di kelas pendidikan khas masalah pembelajaran ni...

    Mengajar diorang memang banyak membantu sy apa erti kesabaran...sikap mereka memang mampu membuat kita hilang sabar...tapi bila mengenangkan keistimewaan mereka...automatik kita akan bleh mengawal diri...

    Memang amat bersimpati dengan nasib diorang...ada sesetengah tu...umur tak sampai 5 tahun jaraknya dgn sy masa tu.... tapi terlalu jauh bezanya antara kami dr segi pemikiran...kelakuan dan sebagainya. Mereka tak ubah kanak2 kecil yg sentiasa perlukan bimbingan...

    Mcm2 kenangan slama setahun tu...terpaksa berlari keliling sekolah sebab nak menangkap budak khas ni yg lepas lari... sama2 memanjat tangki air...semata2 nak menurunkan mereka yg senyap2 dah smpai ke atas...

    Sbb tu sy memang respek kpd cikgu2 yg mampu bertahan bertahun2 bersama kanak2 istimewa ni...

    ReplyDelete
  8. Saya juga begitu, ingin sekali sempurna..susuk bak model..wajah bak pelakon sinetron.haha..tapi diakhirnya sedar betapa setiap kejadian ada hikmahnya..Syukur Ya Allah!!

    ReplyDelete
  9. Kanak2 Pendidikan Khas .. di sekolahkupun ada - they are not disabled, but they are differently abled ...

    ReplyDelete
  10. ahaii kecantikkan bukan hanya pada luaran.. tapi dari hati kan. hati kita cantik insyaALLAH akal kita cantik, dan kecantikkan kita teserlah dengan tanpa kita sedari..

    mungkin kita tak dengar orang puji kita cantik, tapi kita mesti pernah dengar org kata kita baik.. baik kan cantik.. hehe..

    yer ke? err.. ok laa tu kan.. org yg baik pd org lain, baik pada kanak2 istimewa, org tu laa paling cantik yg pernah sya jumpa.. ngee..

    ReplyDelete
  11. Salam Teacher,

    Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

    Jika kita buruk setidak-tidaknya kita bebas rasa riak dan takbur.

    ReplyDelete
  12. kakpah ada seorang anak kurang sempurna, cacat pendengaran dan bercakap menggunakan bahasa isyarat. Tapi dia tidak pernah merasakan diri dia tidak sempurna dibandingkan dengan adik beradik yang lain. sebab kami juga tidak melihat akan ketidaksempurnaannya itu sebagai satu yang tidak sempurna.

    ReplyDelete
  13. tahun lepas semasa berjalan sorang diri kat kompleks, ader aktiviti khas anak2 istimewa. semua persembahan dorang kendalikan. dari menari, menyanyi...

    dan paling dik tak tahan bila ada kanak2 menyanyikan lagu...

    "..Tidak ku pinta lahir ke dunia
    Tidak ku duga cacat begini
    Bukan ku minta kasih dan manja
    Bukan ku rayu bantu simpati

    Maafkan..
    Wahai teman
    Ku menumpang di sudut dunia
    Mencari ketenangan
    Sampai waktu ku pergi jua...."

    Ketika itu airmata tak tertahan..
    ingin saja dik memeluk mereka dan jangan nynyikan lagu itu..

    sedihnya... :(

    ReplyDelete
  14. Setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangan masing-masing. Memang manusia mahukan semuanya terbaik. Tetapi dunia tidak akan dinamakan dunia sekiranya semua manusia adalah sama sempurna.

    ReplyDelete
  15. saya pong tak cantik, tapi mensyukuri pemberianNya akan lebih menjadikan seseorang itu cantik.

    ReplyDelete
  16. salam cikgu.

    yerp, bersyukur dgn pe yg ada.
    pasti kata-kata ni tetap dalam ati:


    "apabila berada di langit tinggi jangan lupa rumput di bumi,"


    p/s;adik sye berumur 19thun, dia juga sgt istimewa:)

    ReplyDelete
  17. Salam Teacher.,
    Mungkin ada yg menyangka bila tak cacat dia dah sempurna tapi mereka lupa hati mereka mungkin cacat...banyak perasaan dengki, busuk hati dan mcm2 perasaan yang tak elok lagi bila melihat orang lain

    Pun tak sempurna juga...

    ReplyDelete
  18. Tapi saya ada seorang kawan yang anaknya istimewa. Malangnya apabila kita pergi kerumahnya dia takkan membenarkan anak tu keluar.Menyampah betul aku kerana ia tak dapat terima hakikat anaknya begitu. Inilah cubaan....pada ibu-ibu dan bapak-bapak yang ada anak demikian janganlah anda jadi begitu.

    ReplyDelete
  19. dulu2 mse dok klas 5A yg kt hjug dunia tue(sblh tnds),klas memasak drg kt bwh..part yg plg best,bler drg msk maggie terhidu smpai atas..huhu..akt2 drg kt skul amatlah best teramat,siap der horse riding ngan swimming lg...alangkah kalau dlm jdual ktorg dlu pon ader gk mcm tue..hihihi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.