Wednesday, July 15, 2009

tak nampak...

4 tahun lepas..
berpeluang mengawas peperiksaan di salah sebuah sekolah menengah di ampang,kl.

mendapat ketua pengawas yang unik...
guru geografi
very senior... rasanya beliau sudah bersara sekarang
beliau mengajar di salah sebuah sekolah menengah pendidikan khas... mengajar kanak-kanak buta

'cikgu... best tak mengajar di sana?' tanya saya, sebab jarang dapat berkenalan dengan guru-guru khas bukan dari sekolah saya terutamanya yang mengajar kanak-kanak buta

'ok la... dah berpuluh tahun di sana...' melopong saya...
'senang tak mengajar di sana?'

'masa mula-mula susah sikit.... you bayangkan
macamana
saya nak terangkan pada pelajar buta ni
tentang awan... jenis-jenis awan...."
'ha...ah, ee tak terpikir pulak saya ya....'

'itulah...silibus di malaysia ni tak friendly... dah lama budak-budak buta ni belajar mengikut silibus orang-orang yang celik... '

kesiannya ... dalam hati saya
tapi... dalam sembang-sembang tersebut ada cikgu itu memaklumkan bahawa guru-guru ini ada merangka silibus khas untuk pelajar-pelajar buta ini dan penilaian khas terutama peringkat spm dan pmr khas untuk mereka... program yang disusun dibawah kementerian pendidikan

harap-harapnya terlaksanalah secepat mungkin

2 tahun lepas...
saya bersesak dalam lrt... dari arah taman melati ke klcc
di stesen datuk keramat, naik seorang ibu muda bersama anak lelakinya, saya kira dalam usia 6-7 tahun
saya berdiri membelakangi mereka...

kebetulan ada penumpang yang sedang duduk berhadapan saya, bangun
mempelawa
kedua beranak itu duduk

jadi,
mereka menghadap saya
' ah... kesiannya, anaknya buta rupanya...' bisik hati saya

saya senyum memandang ibunya yang tidak cacat penglihatan

'mak... lrt ni warna apa?' tanya si anak pada ibunya
'warna merah...' jawab si ibu sambil mengusap rambut anaknya
'ooo...' balas si anak, puas dengan jawapan ibunya

aduh... hati saya macam dihiris pisau... sedih dan kagum dengan kedua insan tersebut
selang satu stesen, mereka pun turun
sempat saya bertanya hendak ke mana

'nak melawat bapa saudara...' beritahu si ibu sebelum turun

mestilah si ibu itu orang yang sangat tabah... membesarkan anak yang buta dari sejak lahir lagi..
melayan kerenah anaknya... yang sudah tentu mempunyai pelbagai soalan tentang benda-benda di sekelingnya ...sedangkan matanya tidak dapat melihat







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. Dear klcitizen,

    Itu la kan, kita ni sepatutnya bersyukur dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Teringat kisah seorang pelajar saya, dua-dua ibu ayahnya buta, tapi dia tak pernah rasa malu, malah bangga miliki dua insan yang tersayang yang cacat penglihatan. Saya selalu menasihati nya agar rajin blajar, dan akhirnya dapat membantu ibu ayahnya. Alhamdulillah dari Tingkatan 1 dia membesar menjadi anak yang baik dan cemerlang, sekarang sedang berjuang untuk menduduki SPM..Keputusan peperiksaannya sangat cemerlang..Semoga anak didik saya ini akan berjaya!!

    ReplyDelete
  3. biar pun diorang buta mata tapi diorang xbuta hati......

    xmacam org sekarang tak buta mata tapi buta hati...

    ReplyDelete
  4. saya yakin dengan cerita yang menaikkan belon bukan warnanya...tapi isi dalam belom..

    biar dimana dan dimana kita.
    kita berhak menimati dunia berdasarkan dimana kita...

    ReplyDelete
  5. gua pulak sangat berminat hendak mendekati orang2 bisu, kalo bole gua nak belajar isyarat tangan orang bisu. nak guna isyarat tangan berborak ngan mereka. mereka2 ini tersangat istimewa.

    ReplyDelete
  6. bersyukur kita setiap ketentuan Illahi....

    ReplyDelete
  7. cerita yg sgt menarik dan penuh pengajaran ;))

    ReplyDelete
  8. Warna kehidupan di dunia pelbagai corak, Allah ciptakan tidak sia-sia untuk menguji manusia

    ReplyDelete
  9. Merenung pada diri sendiri dah banyak nikmat Allah tarik dari diri ini..mata dah kena pakai contact lense..selepas ni tak tau apa lagi...terasa insaf betapa kita ini terlalu kerdil

    ReplyDelete
  10. Salam Kak,
    Pengalaman yang menarik. Tapikan kak, kat Malaysia ni kemudahan untuk orang yang kurang upaya amat sedikit sangat. Bermula dari silibus pembelajaran sampailah kepada kemudahan awam. Kadang2 tukan bila saya fikir balik, camnelah saya nak tempuhi semua ni kalo kemudahan takde seandainya saya jadi seperti mereka. Saya selalu ke Korea Selatan dan bangsa korea ni terlalu prihatin terhadap golongan OKU. Setiap tempat boleh dikatakan ada kemudahan untuk OKU baik untuk yang berkerusi roda ataupun yang bertongkat.

    ReplyDelete
  11. dearest sahabat:

    ---> ina,sonata n zai: betulla kita ni perlu sangat bersyukur

    --->imanshah bertuah dapat berkenalan dengan anak murid seperti itu

    --->xpuashati: itu satu lagi golongan istimewa yang jarang dapat pendedahan kan

    --->jinggo n mr razak: penuh falsafah dan memberi kesan, tq

    --->echam: wah ke korea tak mengajak orang ya... kenapa kita kurang prihatin di sini?

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kak KL,
    Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..

    ReplyDelete
  14. catz: sangat benarlah pernyataan itu

    ReplyDelete
  15. salam cikgu
    dua cerita yang mengagumkan.Kedua-duanya mempunyai elemen ketabahan dan kegigihan.Kita yang sempurna pancaindera patut bersyukur dan berasa malu jika mereka yang disadvantage ni boleh perform well than orang normal

    ReplyDelete
  16. Salam Sis..
    LoL berlari-lari anak untuk menaiki 'Putra' dn mcm biasalah, LoL pasti akan terakhir naik. depan LoL ader pasangan buta hendak menaiki Putra tue. Yg LoL kesalkan, xder sesiapa pun yang cuba memimpin tangan at least salah sorang couple tu utk masuk kerana dr jauh LoL nengok dorang tercari cari pintu masuk. LoL berlari dan memimpin tangan utk menunjukkan pintu.

    Mungkin dunia kita sekarang nie semakin suka hidup aku aku, kau kau..

    LoL kesal..

    Nilai2 murni dh pudar!

    ReplyDelete
  17. LOL

    memang ditakdirkan si buta berjumpa LOL
    baik hati, dan suka menolong...
    sebab tu dunia masih berputar,
    kerana
    ada orang2 spt LOL

    ReplyDelete
  18. Salam cikgu,

    Adeh, da tulis pjg2...error plak.
    3 hari lepas tgk tilawah Al-Quran(tuh pon mak yg nak tgk...huhu)pas mkn nak g basuh tgn ni, tp ter'stop' dgn sorg bdk laki ni. Terharu saya melihat bdk laki tu kerana dia buta tapi baca Quran dgn syahdunya dan baik. Teharu saya. Mmg tersebak juga lah dada melihat adek Qayyim tuh. Dia baca Quran dgn braille pun, recites the Quran very well. Org2 yg mcm ni, shud be an inspiration and reminder to all of us.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.