Wednesday, July 8, 2009

...penat...

'cikgu... nak pergi mana, tu?'

jerit saiful and sufi dari tangga...

'eh... masuk kelas ya... saya nak ke klinik ni, ada budak patah tangan....'

Patutnya, pagi ini saya ada kelas sains dengan pelajar-pelajar ni. Tetapi mendapat panggilan pula dari guru PJK bahawa ada pelajar terjatuh semasa bermain bola sepak di padang.

Ujian Allah..
Minggu ini minggu saya bertugas di sekolah. Dan masa ini juga bermacam lah perkara yang diuji.

'alah... tak habis lagi lah syllabus ni... ni dah bulan 7, ada 2 bab lagi tak di sentuh. ' 

Itu kata hati, dalam laju kaki melangkah.

Terpandang-pandang muka guru kanan, penolong kanan dan pengetua.

'ya, cikgu2 mesti pastikan syllabus habis akhir Julai ni....ya.. '

Adui.

Kecut perut rasanya. Dan setiap tahun hendak menghabiskan syllabus ni memang menjadi akan masalah.

Dari klinik kerajaan di keramat, 'berlarilah' pulak saya membawa pelajar tersebut ke HKL.

'cikgu... lain kali kalau jatuh-jatuh macam ni, teruslah bawak ke HKL...kat sini tak ada x-ray...ya'
Itu pesan juru rawat yang manis  di klinik kerajaan di keramat.

Sesampai di HKL , perkara pertama yang melemahkan semangat ialah bila melihat ramai sunguh orang di bahagian kecemasan HKL.

Jam sudah pukul 12.30 tengah hari, namun giliran saya dan anak murid ini tidak tiba-tiba lagi. Dalam pada itu teringat pulak anak di rumah, pukul 1 nanti, bila anak sendiri  balik ke rumah, siapa pulalah yang akan belikan makanan untuk dia. Dan kalaulah saya tersangkut di sini lama lagi, bagai manalah pula dia di rumah berseorangan.

Sambil itu juga, teringat pulak tentang  kelas tambahan pada pukul 1.05 nanti. Nampaknya terpaksalah ditangguhkan lagi. Tapi, kelas tambahan nadi di sekolah pada pukul 3-5 petang nanti, memang tidak boleh ditangguhkan. Ades,  sesaklah pulak kepala.

Dalam kelam kabut perasaan itu , tetap dalam hati saya panjatkan doa, semoga Allah mudahkan segala urusan ini.

Alhamdulillah, tanpa saya duga, bapa pelajar tersebut sampai dalam pukul 12.35pm dan  dia tidak keberatan  menunggu anaknya itu.

Dan 'berlarilah' pula saya balik ke rumah, membeli makanan untuk anak. ke  kelas tambahan dan kelas nadi di sekolah pula.

ah... penatnya...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Salam...begitulah kehidupan di dunia ini, kita boleh merancang tapi yang menentukan semuanya dari Allah SWT.

    Boleh jadi urusan yang menyukarkan kamu adalah pada permulaan sahaja dan yang menyenangkan kamu adalah yang terakhir, seperti awan, awalnya kilat dan petir, sedangkan akhirnya hujan yang menyenangkan kamu.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 cikgu layan anak orang di sekolah...tapi anak sendiri di rumah tak sempat nak layan.. Ada kawan2 saya yang jadi cikgu, macam tu lah gayanya...kesian tengok..Mudah2an Allah permudahkan segala urusan cikgu2 yang berhati mulia.

    ReplyDelete
  3. kakpah pun ikut rasa terkejar-kejar. banyaknye tugas yang nak diselesaikan.

    ReplyDelete
  4. dearest
    en razak: harapnya begitulah

    tirana: amin

    ReplyDelete
  5. mulianyer kerja pendidik ni.. semua kerje di buat!

    ReplyDelete
  6. Salute juga kat teacher, boleh buat macam2 dalam 1 masa, it is not easykan..tapi itula hidup kita ni mmg macam tu...anyway i am sure u antara favourite teachers kat sekolah tu..

    ReplyDelete
  7. belari ke sana sinilah cikgi ari ni... Itulah dia cikgu sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu
    wah penat betul cikgu hari ini. Tak apa pahala banyak tu =)
    nak dengar pendapat cikgu pasal dasar baru PPSMI

    ReplyDelete
  9. cabaran seorang guru..
    yang kerapkali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan pihak.
    moga2 saya dpt mjadi seorg pdidik yg sntiasa kental mcm akak :)

    ReplyDelete
  10. Salam..saya banyak pengalaman di hospital.Sebagai warden kadang-kadang budak patah tangan, patah tengkuk, demam panas, apendik dan macam2 lagi. Kadang-kadang pergi 9 malam, baliknya nun 2 pagi..tapi itulah tanggungjawab..

    ReplyDelete
  11. dearest :
    -->k.pah : alhamdulillah, dipermudahkan segalanya hari ini

    -->ummumishkah: sama mulianya seorang isteri dan ibu

    -->zai:seorang ibu dan isteri sama juga bebannya kan..

    -->mantan: alhamdulillah

    -->zharif:la, zharif nak dengar ke pendapat dari org tak bertauliah ni

    -->ainee: insyaallah ainee akan lebih hebat..amin

    ReplyDelete
  12. imanshah: betulla iman.. ada juga rakan yang jadi warden bercerita.. alhamdulillah saya tak terbeban sebegitu rupa.. kalau tak masamla laki kat rumah..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.