Thursday, July 16, 2009

yang tidak berdosa...

cerita dah basi..
tapi nak cerita juga. supaya tidak berbuku di hati.

cerita tentang kes pembunuhan Juliana Md Fuzi 2 tahun lepas. One of the accomplice was her own friend.

mencari-cari sahabat-sahabat aruah... terjumpa di sini.

walau pun tulisan bahasa di blog tersebut memang susah nak baca.. oleh orang-orang lama macam saya ni.. tapi digagahi juga membaca. adoii... memang sedihnya

yang ini salah seorang sahabat aruah juga. di sini.

membaca cerita di kosmo sedih... membaca blog rakan-rakan aruah pun sedih...

kita doakan semoga aruah ditempatkan bersama orang-orang soleh
kita doakan juga orang-orang yang dihukum diampunkan dosa mereka
kita doakan keluarga aruah tabah
kita doakan juga keluarga yang dihukum juga tabah

ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. tak ingat dah kes ni. nnt saya baca link yg diberikan

    ReplyDelete
  2. ada terbaca kisah nie...

    sampai hati org tue...

    ntah apa yg bermain dminda dorang sampai sanggup buat cenggitu..

    :(

    ReplyDelete
  3. Slm Teacher..
    Mmg sedih baca cite tntg arwah kat link kawan2 arwah tu..tapi yg sorang tu citenya bagus tapi penggunaan bahasanyer jer..masyaAllah..merangkak2 juga saya nak faham..

    ReplyDelete
  4. a'aa. tulisan kat blog tu banyak sgt short font. tapi still bleh baca dan dpt menghayatinya. aku pun rasa sedih. cuma aku masih tak paham kenapa diorang bunuh arwah tu. eeiiii geram btul. semoga roh arwah dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  5. Salam...yg menjadi mangsa pembunuhan moga Allah ampunkan dosanya dan yg membunuh sesungguhnya tersebut dlm al-Quran tidak akan selamat dari azab Allah di akhirat kelak.

    (Jauhkan diri kita dari melakukan kerja2 Allah seperti mencabut nyawa makhluk)

    ReplyDelete
  6. saya masih ingat
    kerana apa
    KUIM
    sebahagian fasi saya dtg dari KUIM....
    dah lama tunggu hujungnya..
    dah pun sampai kehujung...

    biar apa pun persoalan..
    semuga semua yg terlibat : disedarkan......
    selagi nyawa dikandung badan.ada ruang untuk kita kembali pada kapasiti sekarang.
    yang dah pergi - alfatihan

    ReplyDelete
  7. terasa tak selamat alam sekitar hari ni...tak seronok /tak gembira.....semuanya kena berhati2...

    ReplyDelete
  8. Dear klcitizen,

    Terima kasih kerana meng'highlight'kan kisah ini. Memang payah sikit nak baca blog kawannya tapi gigih juga la nak membacanya. Barulah tahu yang salah seorang pembunuhnya adalah kawannya semasa darjah satu, dibunuh kerana beliau dirompak oleh rakan sendiri...sigh... What a waste?!! But itulah ketentuanNYA... al-fatihah

    ReplyDelete
  9. dearest sahabat:

    ---> LOL: masa tu syaitan yang memain peranan

    --->zai: saya pun merangkak membacanya, tapi faham jugakla.. sedih membayangkan mak aruah mengemas barang-barang aruah masa tu

    --->mr penyu biru: kerja2 syaitan memang tak boleh nak kita faham

    --->mr razak: semoga Allah jauhkan kita dari telunjuk syaitan

    --->mr jinggo:: tentu tuan hamba lebih arif tentang isu tersebut

    --->sonata: betullah sonata, hatta nak duduk rumah sendiri pun sekarang kena banyak2 berdoa

    ReplyDelete
  10. ina : semoga musibah seperti itu dijauhkan dari kita

    ReplyDelete
  11. pernah baca pasal ni dulu.. pembunuh berdua tu dah mati ke belum hah... (tetiba emo pulak)...

    tak tahu nak kata apa dah dgn keadaan sekarang... nyawa manusia mcm dah tak de harga dah. senang2 je nak bunuh...

    moga Allah ampunkan mereka.

    Dan Moga Arwah sentiasa dirahmati Allah di sana... Al Fatihah...

    ReplyDelete
  12. chimera:... baru jatuh hukuman lah. nak merayu pulak

    ReplyDelete
  13. Memang sukar nak percaya dengan sifat-sifat kelembutan manusia menyamai haiwan.......

    Walau apa pun, kita kembali kepada yang hak, yang berdosa menerima hukuman.....segala-galanya telah ditentukan Allah

    Al Fatihah untuk arwah........

    ReplyDelete
  14. Salam kak,
    Nak seriuslah plak kat blog akak.. hehheh... Kejamnyer diorang ni. Apalah salahnyer mangsa tu sampai kena bunuh. Sekarang ni dok kat Malaysia dah rase tak selamat. Setiap masa rase terancam. Alfatihah untuk mangsa yang telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  15. terdiam seketika membaca cerita ini.... moga arwah tenang di sana!

    ReplyDelete
  16. sedih sangat bila membaca cerita kawannya berkenaan aruah. Semuga dia dimasukkan dalam golongan orang beriman. semuga yang terlibat juga tabah...

    ReplyDelete
  17. salam
    saya pun baru tau kes ni kat blog cikgu.Agak tragis juga. Bila pesalah sendiri menangis2 dan mengatakan dia tidak bersalah pasti ini akan menimbulkan emosi kepada para pembaca juga kan.

    ReplyDelete
  18. Kak,
    LoL dah masuk setiap blog kwn2 Jue.
    Thanks g tau ok...
    gud day!

    ReplyDelete
  19. dah tiba masa arwah Jue dipanggil..

    cuma caranya yang amat ngeri dan tragis..

    semoga roh arwah dicucuri rahmat olehNYA..

    dan semoga orang yg melakukannyerr akan melalui hukuman yg telah ditetapkan..

    AL-Fatihah untuk arwah..

    ReplyDelete
  20. Salam..
    Memang bila ada je berita2 camni..mmg akan terasa sedih dan sayu..even tk kenal tp tetap terasa simpati ...
    Semoga roh arwah di tempat mereka yg beriman...dan dicucuri rahmatNya..amin.
    Al-fatihah...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.