Friday, February 10, 2012

dah tetua baru nak insaf

Kita adalah orang atau insan yang sentiasa nak jadi baik walau pun kita belum menjadi baik, tapi kita komited nak jadi baik. ~ Ustaz Pahrol Mohd Juoi : Orang ikhlas tertindas?
Itu mukaddimah Ustaz Pahrol dalam sembang bicaranya pada petang 23 Jan 2012 di radio Ikim, yang saya ulang dengar sekarang, sambil menaip entri di hari Jumaat yang penuh berkat ini.

Suara Ustaz bergemersik menyentuh hati.

Belum pernah lagi berjumpa dengan Ustaz Pahrol, tapi saya membayangkan mestilah orangnya tampan dan soleh.

Membuat kerja walau kecil tetapi dengan berjiwa besar.

Seperti kisah budak gembala kambing di zaman khalifah Umar yang tetap enggan menjual seekor kambing dari beratus ekor kambing milik tuannya kepada khalifah Umar, walau dipujuk oleh khalifah Umar yang mencadangkan supaya budak itu menipu kepada tuannya.

Katakan sahaja seekor kambing itu telah dimakan serigala.

Umpan Khalifah Umar, yang secara logiknya memang boleh diterima akal oleh sesiapa sahaja, ekoran suasana waktu itu di padang pasir dan budak gembala itu hanya bersendirian.

Kalau begitu, di mana Allah?

Bijak budak itu menjawab. 

Ah, lantas saya teringat diri saya. Sudah puluhan tahun bekerja, walau pun bukan sebagai gembala kambing. Tetapi saya pasti , saya tidak seamanah budak itu. 

Memanglah saya tidak menjual kambing yang bukan hak milik saya.  :D

Tapi, saya pasti ada -  mengguna bahan di tempat kerja dengan bukan tujuan kerja tapi dengan tujuan untuk diri sendiri. 

Charge henfon mungkin , tanpa kebenaran dan tidak pernah membayar bil elektrik sekolah.

Alahai ....

*dah tetua baru nak insaf , kan    :(

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. .....Alhamdulillah,mujur juga wujud keINSAFan tu....walau dah tetua...
    yang bimbangnya,takut x sempat temui keINSAFan tu..kita dah pergi dulu...
    Adohai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kan mamaijat. nasib baik jugaklah sedar diri sendiri. harap2nya , istiqamah lah saya ni .

      Delete
  2. Betul. Guna harta pejabat untuk kegunaan sendiri. Macam kebiasaan. Adehhh...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la azie... insaf sekejap :(

      dah nak pencen baru nak sedar

      Delete
  3. biasalah tuh.. kadang2 masa dah tua ni ler banyak
    perkara yang kita baru ingat nak mengubahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, alhamdulillah Allah masih beri peluang :)

      Delete
  4. memang amanah sifat yang terpuji,,,semoga kita sama-sama menginsafi diri.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana pula kalau buka air pili dengan besar semata-mata angkat air solat Jumaat? Sudahlah sedekah tabung masjid pun payah. Nabi SAW sendiri menyarankan supaya tidak membazir kerana amalan Syaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lah jugak ya .

      setuju sangat. saya pun hendak lebih berhati2

      Delete
  6. salam..
    ermm..tak pernah dengar Mrs
    saya charge handphone di sekolah
    lagi lah..sebab charger satu je..
    itupun ada di rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, dapat isteri solehah. doa isteri solehah insyaAllah sentiasa makbul. :)

      Delete
  7. Takpe la cikgu, lebih baik insaf daripada tak insaf sampai mati.

    ReplyDelete
  8. Sama je lah dengan saya cikgu, makin tua, makin banyaklah pula keinsafan yang datang. Tapi kadang-kadang ada juga yang tak terlaksana sepenuhnya. Mungkin dah jadi fitrah manusia, masa sakit, tua dan susah sahaja ingat kepada Pencipta-NYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mamamurai. harapanya saya dapatlah istiqamah

      Delete
  9. betul! saya pun... kadang2 terlewat beberapa minit menapak ke kelas. Kalau kumpul dah banyak mana agaknya... ishhh

    Ingin perbaiki diri...

    ReplyDelete
  10. yup cikgu ..sedikit sebanyak kita mesti ada buat sesuatu yang salah dalam sedar dan tk sedar.. bagus lah cikgu ..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.