Hidup adalah sekolah , proses pembelajaran sepanjang hayat.
Kita berhenti mempelajari dan mengajar insan lain setelah nyawa kita diambil Allah keluar dari jasad yang fana ini. Dan waktu itu segalanya dibentangkan semula. Satu, satu.
Ah, menakutkan...
Apa yang saya pelajari hari ini?
Belajar bersabar dalam jemu menunggu waktu, dan tahu bahawa orang lain akan senyum pada saya dengan syarat saya senyum terlebih dahulu kecuali kanak-kanak di bawah ini.
Mereka bukan anak-anak saya atau pun anak buah, tetapi anak-anak yang sedang menunggu waktu untuk masuk ke wad bersalin menziarahi ibu mereka . Dan penantian mereka dipenuhi dengan rasa keterujaan untuk mencium adik baru.
Kenapa makcik tak nak keluar baby?
Itu, yang berbaju putih bertanya saya. Tersedak saya dalam menyedut air MILO kotak. Masih jam 420 pm waktu itu, ada lagi 40 minit sebelum pelawat dibenarkan masuk menziarahi pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kelang.
Ada baby best tau, makcik, kita boleh cium-cium...
Ini untuk makcik, nanti boleh letak kat muka.
Itu yang saya tak tahan dan tak faham. Kenapa batu mesti diletak di muka?
Hahaha...
~cikgunormah@klcitizen~
boleh kasi licin kat muka tuh.. hik3
ReplyDeleteagaknyalah kut :)
Delete...kenapa akak tak budak berbaju putih tu,apa sebab batu itu perlu diletak pada muka... :)
ReplyDeleteterlupa pulak nak tanya :)
Delete....tak tanya...budak berbaju putih...(pembetulan)
ReplyDeleteTeringat pulak lagu Batu nyanyian Sweet Charity..hehe
ReplyDeleteooh, lagu batu ya ?
Deleteehehehe.. comey ja adik ni.. ada lak batu bikin letak kat muka.. ehe
ReplyDeleteitulah, itu yang mushkil tu
DeleteBatu letak kat muka? Supaya nanti dapat kuar baby? hahahahaha! gurau.
ReplyDeleteKanak-kanak tetap indah dunia khayalan mereka.
betul azie... mana tau, letak batu kat muka dapat kluar baby kan . :D
DeleteCute telatah anak kecil. Mereka teruja dapat adik walaupun tidak faham. :-)
ReplyDeletememang cute kan :)
Deleteramah betul anak² kecil ni..murah senyuman pulak tu
ReplyDeletebetul. senyuman adalah sahabat karib budak2 agaknya :)
Deleteuntuk hilangkan jerawat kot , dulu2 kalau saya pergi mandi air tejun memang akan sental muka dan badan guna batu hehehe
ReplyDelete