"Want to deliver the message, be the message ~ Saifulislam "
Selamanya saya tertanya dan saya tahu , saya tidak berperanan mana. Sampaikanlah walau satu ayat, tidak saya jelmakan dalam cara dan tindakan saya.
Saya sayang agama ini, saya sayang iman ini, tetapi kehendak itu, merealisasikan mesej menyampaikan , tidak saya penuhi. Dan kita pun tahu, pemergian Rasulullah usai khutbah terakhir Baginda, menghasilkan ribuan pendakwah yang mati mereka bukan di bumi Arab malah melangkaui ke negara jauh, yang bahasa pertuturan dan budaya amat asing sekali. Kerana tanggung jawab menyampaikan itu, walau pun hanya satu ayat tidak melemah atau mematahkan semangat mereka.
Dan saya di sini, dengan sahabat dan jiran yang masih berlainan agama pun tidak tega berbicara tentang agama yang saya kasihi ini.
Lemah sekali kan.
Cumanya saya berharap dengan hati sekeping ini agar, mesej Islam yang hendak saya sampaikan itu terselit dan terjelma dalam tindak tanduk dan langkah yang saya bawa.
Saya mahu menjadi mesej itu.
menyangkut bahagia dalam hati ..... |
Mesej apa?
Bahawa agama ini adalah agama yang penuh dengan rahmat mencurah. Agama ini terisi dalamnya segala kebaikan, kasih dan pengertian.
Justeru itu, saya mahu menjadi insan yang terisi dalam diri ini dengan segala kebaikan, hadir saya mendatangkan kebaikan bagi insan lain , kewujudan saya mencambahkan kebaikan dan pemergian saya mewariskan kebaikan.
Saya juga mahu menjadi insan yang terisi kasih dalam hati ini, melimpah ruah, sehingga semua yang ada di sisi juga terpenuh hati mereka dengan kasih yang sama.
Saya juga mahu menjadi insan yang penuh dengan pengertian, memahami kepayahan sahabat dan membantu memudahkan, mengerti waktu dan saat sahabat memerlukan pertolongan dan doa tanpa perlu diminta dan ditagih.
Tetapi persoalannya ... boleh dan mampukah saya?
~cikgunormah@klcitizen~
kita akan menjadi seperti yang kita inginkan dengan keredhaanNya..untuk mendapat keredhaanNya kita perlu mencintaiNya lebih dari segala-gala..mahupun diri kita sendiri
ReplyDeletekita juga diberi nyawa untuk bernafas di muka bumi untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.. kemampuan itu terletak pada diri kita sendiri..sekurang-kurangnya menjadi khalifah kepada anak-anak atau ahli keluarga kita..
ReplyDeletesalam...dah lama rasanya tak jenguk blog cikgu ni..cikgu apa khabar?sihat?
ReplyDeletesaya menjemput cikgu untuk baca buku terbaru saya bertajuk SUARA MARHAEN TENTANG AUKU.
http://pre-lawrian.blogspot.com/2012/02/buku-barusuara-marhaen-tentang-auku.html
terima kasih cikgu.Semoga terus bersemangat mendidik anak bangsa :)
Sampaikan dakwah islam itu walaupun sepotong ayat.
ReplyDelete