Ahad.
Segalanya tentang hal peribadi dan keluarga perlu dilangsaikan hari ini. Tapi, masih berlengah, mengambil ruang masa untuk menulis juga.
Lalu Mariam kata, " Alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku pun dilupai, tak dak sapa kenal aku."
Dia tahu ujian Allah, tapi (sebagai) seorang hamba Allah , berat dia rasa, kalau mati pun tak palah, dia kata.
Allah Maha Pengampun, Allah tak murka kat Mariam. Allah rakamkan apa yang Mariam sebut. Allah tahu ini hambaNya. Ini beban.
Ulamak-ulamak tafsir menyebut bahawasanya, apabila satu orang itu (terasa) beban dengan ujian hidup, dia rasa beban dia nak hidup, dia kata Ya, Allah, kalau kau matikan aku pun tak apalah. Tidak dianggap berdosa, selagi mana dia mintak kat Allah. ~ bermula minit ke 0:15 - 1:01
Maryam ibu kepada Nabi Isa, takut menghadapi fitnah selepas beliau diberitakan perkhabaran yang dia mengandungkan Nabi Isa tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi.
Betapa besar dan hebatnya ujian itu.
Hendak dibanding dengan ujian yang saya tempuh hari-hari? Setakat, pelajar degil dan bermasalah. Setakat duit tinggal sesen dua sementara gaji akan masuk di hujung bulan.
Tak payahlah rasanya saya membanding diri dengan Maryam.
Cukuplah dengan membanding dengan wanita-wanita yang membesarkan anak mereka untuk menjadi syahid di Palestin.
Itu pun ibarat jauh panggang dari api.
Memang jauh nilai hati mereka dengan sekeping hati yang saya punya.
Itu pun ibarat jauh panggang dari api.
Memang jauh nilai hati mereka dengan sekeping hati yang saya punya.
Ahad, memang hari terbaik untuk membanding diri. :)
~cikgunormah@klcitizen~
.....tak terbanding rasanya antara kita denagn Maryam..pengorbanan nya tidak ternilai...
ReplyDeletesaya pun berperasaan begitu
DeleteAssalamu`alaikum kak,
ReplyDeletesaya memang suka membandingkan apa yang saya ada kak, tapi bukan yang lebih baik, sebaliknya yang lebih malang daripada saya. Kerana saya sedar, kalau saya terlalu memandang orang yang lebih baik, saya akan menjadi semakin tak bersyukur dengan apa yang ada.
Fitrah manusia, semua pun tak cukup. :)
betul mama murai. saya pun nak ikut cara mama murai :)
DeletePerbandingan secara sihat akan memberikan hasil positif, insyaAllah...
ReplyDeletesemua yang positif akan hasilkan yang positif, insyaAllah
DeleteUntuk membandingkan diri dengan wanita-wanita yang mendidik anak untuk menjadi syahid di Palestin pun terasa kerdilnya diri..
ReplyDeletemariam insan mulia..yana kena tegur sikit pun dah melatah..haish..
ReplyDeletebukan kata yana, saya sendiri pun sama juga
Delete