“The poor man is not he who is without a cent, but he who is without a dream” – Herry Kemp
Saya mengimpikan kasih ini berkekalan, tidak kenal erti surut dalam limpahan sayang tetapi terus mekar dalam redha Allah. Walau saya tahu impian dan kenyataan adalah dua realiti yang jarang sungguh terjumpa titik pertemuannya.
Awak datang kursus motivasi semalam ?
Pelajar-pelajar perempuan ini berlima, tinggal sebentar selepas kelas, membantu saya mengemas makmal. Menyapu dan menyusun kerusi dan alatan makmal.
Datang.
Semuanya mengangguk. Pelajar-pelajar yang baik. Pekerti mereka juga sedap dipandang.
Ramai tak datang semalam kan ?
Mereka mengangguk.
Biasalah, bila kursus motivasi percuma, ramai yang mengambil peluang memonteng dari sekolah. Tidak hadir, kerana merasakan diri sudah bagus dan tidak perlu suntikan apa pun dari sudut persediaan serta mental.
Seronok tak ?
Best, cikgu.
Awak dah buat buku yang disuruh oleh fasilitator tu semalam ?
Buku impian tu, ya , cikgu ? Dah, semalam pergi beli.
Wah, bagusnya ... jangan lupa selitkan juga ...
Terhenti. Sengaja saya berhenti sebentar, mahu mereka menerka dan bertanya.
Kimia A ya cikgu ?
Yalah, tapi bukan yang itu.
Habis ?
Tuliskan juga impian tentang orang yang akan mengasihi dan menjadi pasangan anda nanti. InsyaAllah apa yang tertulis dalam buku impian, akan direalisasikan Allah.
Anda pernah dengar ?
Saya baru hendak punya satu :)
~cikgunormah@klcitizen~
Macam buku rahsia eh cikgu? Tulis segala angan or impian kita yang hendak dicapai.
ReplyDeleteBuat check list. Jika dapat, terus tick. Begitukah cikgu?
betul azie... tapi lebih spesifik dan mendetail
Delete.....teringin juga memiliki buku macam tu lagi.....
ReplyDeletebanyak yang nak di catat...
dan nak di tick andai dah tercapai....
saya pun baru nak cuba
Deletesalam..
ReplyDeletesaya pun nak cuba juga lah
kuota ada 3 lagi nih :)
wah-wah :)
Deletesuka dengan impian tentang pasangan tu..dulu2 ada gak tulis dlmbuku.tp bukan buku impianlah.hehe..
ReplyDelete*kok bahasa indon.hehe..
cari yang bahasa melayu tak jumpa :)
Deletebuku impian saya ada dr dulu lagi :)
ReplyDeleteBuku impian tidak mahu saya nanti orang lain curi impian saya. :-)
ReplyDelete