Formula is blunt and memorizable. Cold and feelingless. Unlike poems you can interpret it in any way you like it. They are alive and give lives to other people ~ Noorul.Aaron Drowning
Sesungguhnya.
Saya hanya seorang guru Kimia, yang saban hari mengadap fakta dan logik akal . Cuba memberi makna pada apa yang berlaku di sekeliling. Memang, seperti ia kaku dan beku. Walau kaku dan beku itu bukan selayaknya, kerana saban hari penemuan baru sentiasa sahaja berlaku.
Cumanya, dinamika dalam logik ini hambar tanpa roh. Dan kerana itu puisi hadir melengkapi.
Puisi itu memberi nafas.
Memberi roh dalam dinamika itu. Memberi getar dan rasa yang berbekas, agar sains itu tidak jumud dan kembali hidup.
Saya tidak pandai berpuisi, tetapi cuba memahami, kerana saya tahu puisi yang baik itu sangat indah dan memberi makna.
Tetamu Senja, puisi yang sering ke udara di radio Ikim. Baru hari ini menemuinya.
Sesungguhnya kita saling melengkapi. :)
Salam kasih yang mewangi dari saya.
~cikgunormah@klcitizen~
yaa, kita saling lengkap melengkapi sesama
ReplyDeletebetul gen2
Deletesalam cikgu,
ReplyDeleteketawa, menangis, suka, duka sentiasa bersama dengan kehidupan ini.
saling melengkapi kan
Deletewalaupon kita berjaya sekalipun kiter masih memerlukan org lain utk melengkapi diri :)
ReplyDelete