Hoi !!
Dia mengisyaratkan kemarahan dengan dongakan kepalanya. Orang lain tidak sedar. Tapi saya yang memang bersifat k-poci memang tahu apa yang berlaku. Kerana duduknya di depan saya. Kekasih di sebelah dia sudah tersipu malu.
Mamat India yang dimarahinya tadi datang membawa ais kosong.
Hoi ! Apa yang engkau tak puas hati dengan aku ?
Takde, saya mahu tukar lah itu air ..
Yang engkau buat muka dengan aku apahal ?
Inilah keturunan Hang Tuah dan Hang Jebat. Takkan Melayu hilang di dunia. Kerana tidak puas hati dengan layanan manusia lain dan merasakan dia lebih tinggi tarafnya dari Mamat India, maka dia berhak meninggikan suaranya di hadapan orang lain. Persetanlah dengan semua orang. Hak dia , itu yang penting.
Bukan begitu?
Babak tidak habis setakat itu.
Mamat India datang lagi, kali ini membawa mee goreng sepinggan. Saya membayangkan dia akan membaling pingan mee itu di hadapan anak muda ini. Tetapi tidak. Ah.... kalau ya, alangkah bagus adegan drama sebabak yang boleh saya rakam dan muat naik ke akaun Youtube. :)
Anak muda itu berusia awal 20an, saya kira. Sasa badannya. Keliling kukunya kehitaman , balik dari bengkel , agaknya. Seluar jeans yang dipakainya kelihatan rugged kerana ada kesan koyak di belah peha dan lutut.
Engkau apahal ? Aku mintak ais kosong tiga kali, kepala hotak engkau bagi air suam. Lepas tu engkau buat muka kat aku. Apa jadah ? Apa yang engkau tak puas hati ?
Muka Mamat India sudah merah padam. Menahan marah atau menahan malu? Entah. Kuasa dia terhad waktu itu. Ini tempatnya mencari makan.
Dan kerana itu si Mamat India segera berlalu.
Budak muda itu tak puas hati lagi. Provokasinya tidak menjadi.
Dia berdiri. Mengeluarkan rokok sebatang dan menyalakan. Disedut asap rokok sekali dan lantas berjalan ke arah cashier. Perjuangan perlu diteruskan , kalau boleh hingga ke titisan darah (atau titisan air liur ?).
Saat itu, adegan babak yang berlaku sudah jauh dari saya. Yang saya nampak ialah Mamat India itu dipanggil, dan budak muda itu mengadu pada tauke restoran sambil menuding jarinya yang berkepit rokok pada Mamat India. Tauke kedai hanya mengangguk memohon maaf.
Dan saya lihat nada puas kemenangan tergaris di muka anak muda ini.
Anak muda zaman sekarang, yang kaya dengan darah perjuangan. Bergejolak semangatnya. Bahasa sentiasa menunjukkan bangsa. Dan kata-kata sentiasa membayangkan status hati seseorang.
Ingin rasanya saya pergi pada anak dara di sebelah anak muda itu dan berkata, "Kalau boleh anakku, carilah lelaki lain yang kurang sikit semangat juangnya. Takut nanti bila Mamat India tak ada, awak pula yang akan menjadi mangsanya."
Tak begitu?
Entahlah, saya kurang bersemangat juang hari ini.
~cikgunormah@klcitizen~
Sudahlah Melayu, Islam pula barangkali kan cikgu ? Haih.
ReplyDeleteyalah ZIR... sayang, ikut sunnah Rasulullah hanya tertinggal di slogan sahaja. :(
Deleteitu rasanya lebih diertikan sebagai kurang ajar atau kurang adab sopan. orang akan ego bila terasa diri lebih daripada orang lain
ReplyDeletebetul mutiarasuri, bila kita tiada rasa kehambaan, kelembutan hilang dari tutur kata dan tindakan. sedih+geram+menyampah bergumpal dalam hati saya . janganlah anak, cucu kita hilang kelembutan hati dan ketinggian akhlak.
Delete.....adohai....geram gak membaca ni!!!
ReplyDelete.....nak tunjuk terror depan mak we lah tu......
agaknyalah, penat balik kerja kut
DeleteOrang macam ni biasanya cakap saja berdegar-degar. Kena gertak sekali, mencicit lari tak cukup tanah hehehe.
ReplyDeleteagaknyalah kan
Deletebiasalah darah muda.. masing2 tunjuk gagah..
ReplyDeletebila berdepan dengan Allah masing2 kalah..
tak taulah nak kata :)
DeleteIsh... tak tahulah nak kata apa kak, geram pun ada dengar gelagat anak muda tu. Tapi percayalah, orang-orang camnielah penyebab keganasan yang sering berlaku di negara kita. Tak kiralah rumahtangga ke atau pergaduhan. Tak habis-habis dengan panas baran mereka.
ReplyDeletememang tak pernah surut baran diaorng ni..
DeletePosting ini tidak ada kaitan dengan berlaku di restoran KFC yang hangat diperkatakan?
ReplyDeletetak ada kaitan... yang terkaitnya ialah sikap panas baran je la
Deletebudak tuu bodo
ReplyDeletekurang sabar sebenarnya... :)
Deletedi luar mesti dia seorang yang kesunyian, sbb tu asyik nak cari perhatian
ReplyDeletemungkinlah jugak kan
DeleteK-poci? Apa maksudnya cikgu? Samseng kena bertempat. Saidina Umar pun garang bertempat. Saya nak jadi macam Saidina Umar r.a lah!
ReplyDeletehehehe... buzy body :)
Delete