Monday, February 13, 2012

memang tak ada kena mengena pun..

Manusia boleh terbang di udara seperti burung dan berenang di laut seperti ikan, tetapi masih ramai yang tidak boleh hidup di muka bumi seperti manusia.

Bila terbaca kata pujangga tersebut, lantas terus jatuh cinta.

Bukan jatuh cinta pada penulisnya, tetapi pada kata-kata tersebut. Walau pun memang penulis dan cara penulisannya memang hensem, tetapi kata-kata tersebut saya kira pun bukan hak mutlak beliau. Baca artikel beliau di sini , tajuknya pun hensem : Mereka tak tahu dendam dan kecewa.

Saya teringat dulu, tatkala masih zaman budak-budak, waktu itu awal 70 an, memang zaman apa tu ya? Zaman hippies kut  kan. Zaman itu saya berangan sangat-sangat hendak punya rambut stail flip.

Macamana stail flip tu?


cantik tak ? link nya di sini


Saya memang hendak yang amat sangat mengikut. Tuhan saja yang tahu. Nasib baiklah, tak reti dan waktu itu pun masih budak lagi. Sekadar berangan.

Saya sentiasa mengingatkan para pemuda dan sahabat saya. Ia satu amalan sunnah, jika kita belajar dan mengajarnya kepada orang lain, kita akan mendapat banyak ganjaran ~ Syeikh Fattabiouni.
Bukan mengajar dan mengamal potongan rambut ala flip tu, tapi tentang satu rutin yang selalu kita lakukan, tetapi jarang benar kita kaitkan dengan amalan sunnah yang Nabi sangat gemari.

Kalau kita buat dalam keadaan kita sedar secara khusus serta mengajar orang lain untuk punya kesedaran khusus itu, menggemari lalu mengamalkannya bukankah ia pahala yang berterusan dan menjadi pencen kubur kita juga nanti.

Apanya?

Mengutamakan segala yang kanan dalam mebuat kerja baik.

Pakai kasut sebelah kanan dulu, sikat rambut sebelah kanan dulu, beri minum pada orang sebelah kanan kita dulu, menyusun benda dan meletakkannya mengikut urutan kanan dahulu, memberi dan menerima barang sebelah kanan dulu.

Bukankah semua itu perkara biasa yang kita lakukan setiap hari.

Tetapi tanpa sedar, kita tidak mengaitkan ia dengan sunnah Rasulullah.



Contoh; kalau saya pergi ke kedai gunting. 
Saya akan ajarkan dia dengan berkata, Ya fulan, sunnah Rasulullah SAW, baginda suka dahulukan mencukur bahagian kanan sebelum bahagian kiri. 
Lebih baik kau ikut sunnah Rasulullah SAW. 
Berapa banyak kau gunting dalam sehari? Dia mungkin jawab, 10, 20 kali dan yang terkenal mungkin 40 kali sehari. 
Jika kita congak kebiasaannya 20 kali sehari. Jadi dalam setahun sebanyak 70 ribu kepala yang telah dia guntingkan. 
Maka kita telah hidupkan sunnah nabi SAW sebanyak itu. Sebab itulah saya suka bercukur di kedai gunting . 
Kenapa? 
Supaya saya boleh ajarkan mereka sunnah Nabi SAW. Dengan itu saya telah sebarkan sunnah Rasulullah SAW yang asing bagi orang lain. 

Saya yang menonton video itu tadi , terasa keterujaannya hendak mengingatkan dan menyebarkan tentang  sunnah Rasulullah SAW yang satu itu, iaitu mendahulukan yang kanan. Sebab ia teramat mudah. 

Jom.

Kita buat dan kita tahu ia adalah sunnah.

*Jadi apa kena mengena mengutamakan sebelah kanan dengan rambut flip ? Tak ada kena mengena pun. Saja merapu. :)


~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Salam Cikgu Normah,

    Teringat akak ketika menghadiri satu seminar, kata pesan salah seorang pembentang kertas kerja tu "buatlah sesuatu yang baik di sebelah kanan, yang paling mudah, cuba pakai jam di sebelah kanan, sebab jam sesuatu yang baik".

    Ini kerana kebanyakan dari kita pakai jam di sebelah kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pakai jam di belah kiri... ha camana tu ya?

      kena tukarlah :)

      Delete
  2. Salam Cikgu.

    Betul tu. Apa2 perbuatan jika kita kaitkan dgn Allah dan Rasulullah s.a.w semasa hendak melakukannya maka jadilah ianya ibadat. Jika tidak, maka sekadar adat sahaja tanpa mendatangkan pahala.

    Terima kasih berkongsi peringatan.

    Kalau cikgu nak beri buah tangan kpd jiran2 bolehlah utamakan kami yg di sebelah kanan rumah cikgu tu (jika dilihat dari arah depan) .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe

      insyaAllah, tapi jauh juga nak melompat beberapa jiran yang lain dulu :)

      Delete
  3. saya nak kata lagi..akak seorg penulis yang baik ;)

    ReplyDelete
  4. setiap kali amik anak dekat tadika sy akan ingatkan aiman pakai kasut mula dr kaki kanan dulu..anak sy kena selalu tegur sbb dia kidal..Insyaallah akan terus amalkan.sbb amalan paling senang dan menjadi rutin...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul puan kutu, kena sebut juga , ini sunnah Rasul. biar dia tahu

      Delete
  5. ya saya setuju dengan kata2 ini.. mulakan semua yang perbuatan yang baik daripada sebelah kanan dulu... macam tu juga lah kan kita menerima amal kebaikan sebelah kanan semasa d akhirat kelak..

    selamat pagi cikgu Normah

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi

      ya, terbiasa di dunia, insyaAllah akan terbiasa juga di akhirat :)

      Delete
  6. Kalau baik kita akan terima buku amalan dari tangan kanan kan?

    ReplyDelete
  7. Kalau sudah potong rambut di kedai mamak memang sah tidak dapat amalan Nabi.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk peringatan tu kak, saya bersetuju dengannya. Saya sendiri walau selalu mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan, tak kiralah semasa mendidik anak atau pun pelbagai hal lain, tidak pernah menekankan secara khusus kepentingannya kepada anak-anak.

    Flip tu pun kira peringatan juga :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.