Thursday, January 12, 2012

kekasih hati diambil orang

Saya nak awak keluarkan buku dan baca! Jangan ada yang bercakap.

Typical seorang guru tua , kan. Dengan berat hati dan lemah tangan , masing-masing mengorek-ngorek buku dalam beg . Hilanglah peluang untuk bersembang nampaknya, mungkin itu yang terlintas di kepala mereka.

Merelief rakan yang tidak hadir ke sekolah hari ini kerana kurang sihat. Biasalah, hari ini hari dia, esok lusa tak tentu lagi, mungkin giliran kita pula tidak dapat hadir ke sekolah atas urusan tersendiri.

Jadi, sebenarnya saya memang tidak kenal anak-anak murid di hadapan ini. Setelah berjaya menunjukkan kuasa, saya duduk di meja guru, bertentang mata dengan tiga orang budak lelaki yang kelihatan pura-pura membaca.


Cikgu..


Ya?! 


Dulu, cikgu memang cita-cita nak jadi cikgu ke?

Muka budak yang bertanya ini serius. Memandang tepat ke mata saya. Ah, pelajar sekarang memang berani. Tidak kecut perut pun memandang wajah gurunya. Tidak seperti saya dahulu. Hendak meminta kebenaran ke tandas pun terpaksa berfikir beribu kali dan mengarang ayat paling rapi.

Taklah...

Saya lihat wajahnya hairan. Bagaimana mungkin orang dewasa ini tidak bekerja seperti apa yang dicitanya semasa belajar dahulu. Ah, budak mentah. Saya pun seperti dia dahulu, bercita-cita sekian, sekian, dan yakin sungguh yang hidup saya nantinya seperti yang dicita dan dikejar sepenuh hati dulu. Waktu usia 15 tahun. :)

Saya dulu .., bercita-cita nak jadi isteri Perdana Menteri Malaysia! Tapi sayang, Datin Seri Rosmah dah kebas....

Mulut budak itu melopong.


*memang best merepek ngan bebudak ni .

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. Gulps, telah air liur mendengar jawapannya. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... :) sesekala berangan , apa salahnya .

      Delete
  2. ish marah kak ros kalau dia dengar. ... tapi marah lagi suami cikgu normah kalau dia baca ini .... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... dia tak marahnya. dah tau perangai merepek ni.

      Delete
    2. steady sebab dia tau tak kemananya. YB, blog YB tu imej di skrin macam tak betul.... kenapa ya. ke, laptop saya yang prob

      Delete
  3. haha. saya pun selalu bagi jawapan sengal-sengal ubi kalau students duk start nak merapu dalam kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah ain, menghibur hati sendiri, berangan nak jadi raja lawak, tak dapat :)

      Delete
  4. Cikgu...pasti budak tu malam ni balik tak boleh tido dok memikir statement cikgu. Baring sambil letak tangan atas kepala...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hahaha, pening kan budak tu... biarkan

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Comel jawapan cikgu tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikummussalam razak... sesekala bergurau ngan anak murid

      Delete
  6. salam..
    ermm..kesian kan..?
    kumbang bukan sekor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm, memang kesian sungguh. merana sepanjang hidup, hehehe

      Delete
  7. Salam perkenalan. Terkenang pulak masa sekolah dulu. Saya malu sikit nak bertentang mata dengan guru. Maklumlah budak lelaki yang jarang bergaul dengan orang berlawanan jantina.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih mengunjung ke sini muzakkir. wah, pemalu orangnya rupanya

      Delete
  8. hahaha..saya boleh terbayang muka budak tu melopong...dan perasaan kak normah slps bagi jawapan tu..saya pun selalu buat macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah puan mutiara ... hehehe. perasaan bet tak terkira :)

      Delete
  9. kesian murid tu. tak pasal-pasal tanda tanya keluar kat kepala dia. betul ke cikgu ni? hehehe. ragam pelajar sekarang. kadang-kadang bertanya sekadar nak mengena. sekali sekala mengena pelajar camtu seronok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mirul, mengenakan budak sekali sekala , kan :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.