Tak naklah malu dua kali seperti masa mengidam ayam goreng haritu.
Jadi, kali ini lebih berhati-hati. Saya jenguk dompet. Alhamdulillah. Berisi.
Berapa dik?
Dan senyum pun saya ukir seikhlas mungkin. Pagi lagi, klinik pun baru sahaja dibuka.
RM30 , kak.
Memang sekarang ini, segalanya mahal sungguh. Jumpa beberapa minit sahaja, tepuk sini tepuk sana dan guna alat paling 'canggih', stetoskop yang tergantung di leher itu sahaja pun, sudah mencecah tiga puluh.
Saya nampak ada dua jenis pil yang diberi, pil untuk sakit perut dan pil untuk cirit.
Saya hulur not ringgit pada cik adik di kaunter. Dia diam memandang saya.
RM30, kak.
Eh?
Dalam hati saya mulalah nak berkata.
Tak ada dik, akak tak ada duit kecik. Ada lima puluh ni aje lah.
Saya menggoyang lembut not ringgit yang saya hulurkan. Meminta dia mengambil saja not tersebut dan berikhtiarlah sendiri mencari duit baki. Doktor di dalam itu mungkin ada duit kecil, fikir saya.
Dia senyum.
Saya lihat not ringgit saya yang tidak laku itu.
Ya Allah! Tepuk dahi. Ini duit seringgit yang saya hulur pada dia. Bukan duit lima puluh ringgit. Patutlah tak laku duit ini.
Sori-sori... sambil senyum dan menghulur not lima puluh yang sebetulnya. Tetiba teringat adik McD dulu.
*warna duit seringgit dan limapuluh ni bila dilipat bersama, hampir nak sama je kan.
~cikgunormah@klcitizen~
haahaha ooke lagi tu...
ReplyDeletenasib tak bayar barang RM1 dengan RM50, lagi haru kak :D
betul dahlia, lagi haru, kan :)
Deletekalau takde duit terpaksa jugak hehe. kadang2 nak beli pisang goreng rm2, tapi takde duit kecil. Rasa kesian kat makcik yang jual tu, penat die kumpul duit kecik haha
Deletebetul, mmg hampir sama..mata sy pun selalu tersalah tafsir duit seringgit dengan RM50..
ReplyDeletenilai duit dah makin kecik skang nie.amik ubat anak pun dah takde below RM30 lg..
betullah puan kutu, duit 50 tu sekejapan je habis kan :(
Delete...HA HA HA HA.....
ReplyDeletelawaknya......
hidup penuh lawak memang menceriakan :)
DeleteDuit yang pelanduk dua serupa tapi nilai yang jauh.....berbeza. Kalau RM50 bawa pergi kedai runcit ala-ala kampung pun cepat habis.
ReplyDeletebetul muzakkir :(
Deleteduti amerika sama saiz dan sama warna semuanya. Ok aje org sana pun .... hahaha
ReplyDelete(saja nak mengusik cikgu)
oh, orang amerika tu bijak2 le nampak gayanya. tak pernah pegang duit amerika lagi YB :)
Deletehehe..pkaia spek tak masa tu ;)
ReplyDeleterasanya dah kena tukar spek le naman...
Deletekahkahkah....
ReplyDeletehehehe
DeletePerkara sebegini boleh berlaku kalau duit tersebut berlipat.
ReplyDeletebetul. ada alasan nak mencari dompet yang panjang lebar lah lepas ni, supaya duit tak berlipat
DeleteHahaha. Saya tersenyum lepas baca ni hehe. Biasalah tu, saya pun macam pernah alami benda yang sama. Konfiden je keluarkan duit, rupanya silap. Hehe
ReplyDeletebetulkan... selalu gak ni :)
Delete