Wednesday, January 4, 2012

otai sekolah, konon..

Biasanya segala yang pertama kali memang best kan.

Pertama kali tengok wayang. Best. Pertama kali bercinta. Best. Pertama kali makan steak. Best. Pertama kali naik kapal terbang. Best. Pertama kali memandu kereta. Best.

Hari ini.

Hari pertama mengajar untuk tahun 2012?

Best jugak.

Kak Normah, saya berdebar-debar lah nak masuk kelas hari ini.

Orangnya kecil molek. Matanya bulat menarik. Memang sesuai sungguhlah mata itu terletak di wajah comel itu. Muda lagi. Kalau di pandangan mata saya, kira, macam budak lagi lah.

Saya tak tahulah kenapa saya berdebar-debar ni.

Kelas tingkatan berapa? Tanya saya.

Tingkatan empat.

Saya hanya senyum. Entah. Tidak ada modal ayat hendak dijadikan bahan motivasi buat rakan guru yang berdebar hendak masuk mengajar di hari pertama persekolahan tahun 2012. Padahal ini bukan tahun pertama dia mengajar. Saya kira sudah tahun keempat.

Saya faham keadaan dia. Sebab saya juga biasa sangat berhadapan situasi tersebut. Setiap tahun sebelum ini , saya berdebar bila hari pertama persekolahan menjelang. 

Kenapa berdebar?

Saya kira kerana keterujaan . 

Terlalu excited hendak mengajar. Terasa ingin mengajar sehebat mungkin , meninggalkan segala kesilapan dan kelemahan dalam teknik pengajaran yang sudah-sudah.

Mengajar sebenarnya bagi saya adalah proses dua hala. Dalam masa kita cuba membina nilai pada anak murid, kita juga sebenarnya meneroka diri, mengenal kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Dalam membebel dan menahan marah , ia membuat kita berfikir dan menerima kebodohan diri sendiri. Dan dalam senyap, biasanya kita akan cuba membaiki diri.

Kerana itu , saya kira, guru-guru yang telah lama sungguh mengajar, punya pengalaman berpuluh tahun , kita lihat dia lebih mudah mengawal dan memanipulasi suasana pengajaran.

Otai lah katakan... kan .

Cuma , masalah besar saya kira bagi guru yang lama sungguh mengajar ini ada dua , iaitu .... mengah dan sakit lutut naik turun tangga hendak ke kelas.


Salam petang Rabu semua :)



~cikgunormah@klcitizen~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. setuju cikgu.. nampak mengajar memang mudah.. tapi bila kita yang alami sendiri, terselit 1001 kesabaran dalam diri....

    saya yang masuk tahun ketiga mengajar ni pun masih tercari2 rentak yang sesuai untuk menghadapi cabaran mendidik anak-anak bangsa ini dengan sebaiknya..

    lain nak mengajar secara kreatif dan bersungguh2, lain lagi nak mengawal disiplin kelas yang huru hara. semoga usaha kita yang ikhlas ini akan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  2. Kalau sakit lutut perlu minta pengetua tukarkan kelas ke bawah. :-)

    ReplyDelete
  3. hehe tak sangka cikgu pun ada debaran tuk masuk ke kelas , tengok cikgu2 semua confident je cikgu ..

    ReplyDelete
  4. Pertama kali masuk sekolah rasa best..lama2 rasa tak best..cikgu bg kerja rumah banyak..

    ReplyDelete
  5. gen2 > insyaAllah, moga Allah mudahkan :)


    akubiomed > wah , kalau dah separuh bilangan guru yang sakit lutut, kena bukak khemah kat padang je la , mengajar :)


    bee > memang ada, tapi cikgu2 ni ramai pelakon tak bertauliah :)


    relevan > betul, mula2 ngajar best gak, sbb budak buat kerja rumah, lama2, geram sebab asik tak siap kerja rumah :)

    ReplyDelete
  6. .....tersangatlah betul tu cikgunormah...
    termasuklah mamaijat... otai yang dah 27 tahun ni! x lepas juga dari sakit lutut tu...he he he..

    ReplyDelete
  7. SELAMAT KEMBALI
    ke sekolah cikgu

    ReplyDelete
  8. untuk hilang atau kurang kesakitan di bahagian lutut cuba sapu minyak DABUS Aromaterapi. juga berkesan untuk mengubati parut dan kesan luka.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.