Tidak banyak yang saya tahu tentang Haiti. Yang saya tahu rakyatnya berkulit lebih gelap dari saya. Jauh, memang jauh dari Malaysia. Terletak di antara Amerika Utara dan Amerika Selatan kalau menengok dari peta dunia.
Berblogwalking di blog rakan-rakan terjumpa gambar di bawah yang menggigit perasaan. Malangnya saya tak ingat blog siapa untuk di link semula.... Maafkan saya, berbanyak sorry.
*bukan gambar lucah*
A woman lies on the pavement near the General Hospital where people
infected by cholera are being treated in Port-au-Prince.
Haiti's cholera death toll passed 1,000 yesterday as
tensions spiked with Nepalise UN peacekeepers
accused by some
of being the source of the outbreak.
Photo: AFP/Hector Retamal
Menyayat hati melihat gambar tersebut. Haiti adalah antara negara yang miskin di dunia, ditambah dengan banyaknya bencana alam yang menimpa, menyebabkan persekitarannya tidak kondusif. Awal tahun ini sahaja, gempa bumi berskala Richter 7.0 telah menggegarkan Haiti dan ramai yang terkorban.
Hujan lebat awal November baru ini kesan dari Hurricane Tomas menyebabkan banjir lumpur yang menjadi pencetus wabak taun yang sedang melanda Haiti. Isu sumber air yang bersih yang tidak dapat ditangani dan tiada sistem kumbahan asas di sana menyemarakkan wabak tersebut. Walau pun ramai di sana menyalahkan Pasukan Tentera Pendamai dari Nepal menjadi punca pembawa strain bakteria taun tersebut, keaadaan sekitar dan cara hidup yang tidak bersih menyebabkan wabak tersebut merebak dengan pantas. 21,000 orang telah dijangkiti dan 1250 rakyat Haiti telah meninggal dunia kesan dari wabak taun (sumber).
Bukan Haiti sahaja yang dilanda bencana alam. Tahun ini merekodkan banyak bencana alam di seluruh dunia dan yang paling hampir ialah letusan gunung berapi di negara jiran kita. Malaysia juga tidak terkecuali dengan banjir yang melanda utara tanah air kita. Alhamdulillah ia tidak seburuk negara China yang dilanda banjir lumpur yang teruk baru ini.
read more |
Bersyukur....sememangnya, kerana kita ditempatkan Allah di bumi ini. Pastinya kehidupan di luar sana lebih perit dan jerih yang mungkin tidak terbayang oleh kita.
Kita berada dalam zon selesa, dan harapan kita moga zon selesa ini sentiasa dalam lindungan Allah.
*selamat menghadapi peperiksaan SPM buat semua anak murid saya...moga Allah permudahkan dan kurniakan kejayaan dunia dan akhirat buat semua*
~cikgunormah@klcitizen~
bersyukur di tempatkan di Malaysia..
ReplyDeletemereka berdepan dengan bencana alam..
kita?
jgn ayam
ReplyDeletebersyukur dilahirkan di Malaysia. I'm proud to be Malaysian! :D
ReplyDeleteInsaflah kita.. insaflah kita...
ReplyDeleteassalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteBersyukur atas nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita semua..
Dan saya doakan semoga pelajar cikgu diberi mudah oleh Allah SWT dalam peperiksaan SPM yang bermula hari ini dan dianugerah kejayaan...amin
yups
ReplyDeleteitu kes taun dekat Haiti
kesian gila
sebab diorang takut berjangkit
memang taun boleh berjangkit ker?
den pun dah pening
P/S : Jom Jalan - Jalan Cari Makan Di Kedai DENAI dekat Menara UOA Bangsar
Salam Normah.
ReplyDeleteMengenangkan musibah yang mereka hadapi memang kita patut bersyukur. Satu pengajaran yang perlu kita ambil apabila kita hayati kejadian ini ialah gambaran kita di sana ketika semua alam ciptaan Allah hancur, berebut-rebut untuk mendapatkan minuman dik terlalu dahaga... dan pelbagai kesukaran lagi... didoakan kejayaan buat semua pelajar yang menduduki peperiksaan..
Syukur..kita tinggal diMalaysia..
ReplyDelete@relevan
ReplyDeleteMemang bersyukur sungguh
@cikgu isza
ReplyDeleteKita terjebak ngan masalah sosial kan isza yang semakin menjadi
@PutraRocker
ReplyDeleteKalau kucing bole? :)
@Rara
ReplyDeleteSudah semestinya kan rara
@azieazah
ReplyDeleteInsaflah ni kejap azie... Esok lusa tak tau lah pulak
@Abd Razak
ReplyDeleteWaalaikummussalam razak
Ameen utk doa itu
@hans
ReplyDeleteBerjangkit melalui sumber air yg tak bersih dan tercemar dengan najis pesakitlah tu
@Werdah
ReplyDeleteLemahnya kita ni kan, kak werdah
die terbaring mcm tu x der org ambil tahu ker?
ReplyDelete