Thursday, December 16, 2010

Tips hendak hidup senang dan rezeki mencurah

Mak mertua berpesan... kalau hendak hidup senang  dan rezeki mencurah buat 2 perkara sahaja, satunya jangan lupa dekat dengan Allah dan keduanya, jaga hubungan dengan ibu dan bapa. Itu pesannya dalam telefon pagi tadi. Itu pun setelah diingatkan oleh suami agar menelefon semula emaknya setelah mak mertua tidak dapat bercakap dengan saya dalam panggilannya yang pertama.

Bila orang yang lebih tua berpesan pada orang yang akan tua, bermaksud orang yang akan tua ini telah terlupa beberapa perkara, terutamanya bab menjaga hubungan dengan ibu bapa. Biasalah, sibuk dengan hal sendiri, leka dengan masalah sendiri, hal ibu bapa kekadang diselit dalam poket buat sementara waktu.

Menantu ini sedang cuba menjadi lebih baik dari semalam...., hihihi. Esok, jika diizinkan Allah, akan cuba melapangkan waktu menziarahi beliau. Ke China sanggup ku tempuh takkan setakat highway yang membosankan tu tak dapat diharungi kan....?

* memang betul kata-kata orang tua tu, jangan diambil remeh dan diambil mudah

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. salam kak,
    orang sekarang memang suka ambil mudah kan.. yang susah tu katanya mengarut aher,, disebaliknya tak dikaji pula..

    ReplyDelete
  2. petua yang amat bermakna dan bermanfaat..

    ingatkan akak bercuti lama..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam..mmg betul..terkadang kita lupa, hubungan dgn org tua,disebakan kita terlalu sibuk dgn hal sendiri&fmly.

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Thanks 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  5. IM tengah fening untuk fikir 25hb dan 1 hb perlu balik kg.

    ReplyDelete
  6. nasib baik tersedar awal...
    redahlah apa saja halangan demi mereka sementara mereka masih ada.

    ReplyDelete
  7. salam cikgu...
    pesanan tua lagi klasik yang selalu dilupakan oleh kita yang akan tua-tua kelak...
    terima kasih kongsi petua 'penuaan'.. :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum cikgu...

    Orang tua banyak pengalaman...ikut kata mereka asalkan tidak menyimpang dari jalan syariat..

    ReplyDelete
  9. saya ada seorang kawan. Lancar saja perjalanan hidupnya. Sampai masanya, dapat tawaran belajar. Sampai masa sesuai, ada lelaki yang datang meminang.(tidak perlu mencari), Setelah itu, tidak perlu menunggu lama untuk dikurniakan zuriat. Rahsia kejayaannya "taat pada ibu bapa"

    ReplyDelete
  10. Assalam Normah

    Betul tu. berkat Taat pada Allah dan taat pd kedua ibubapa. Insyaallah murah rezeki. Mama teringat nak tag Cikgu Normah utk join contest ni. Kalu dah join bagus tu.

    GIVEAWAY HAVEN RESTAURANT CASH VOUCHER FROM EYRIQAZZ.COM

    ReplyDelete
  11. salam..
    alhamdulillah..
    bertuah dapat mertua
    yang menyayangi menantunya

    ReplyDelete
  12. @cikgu isza

    cakap orang2 tua banyak yang benar

    ReplyDelete
  13. @n@m@n

    masih bercuti sekolahkan kita naman....

    ReplyDelete
  14. @s1t1 2uL41k4

    memang mujarab betul ... dan betuahlah keduanya , ibu dan bapa dan dirinya

    ReplyDelete
  15. @mamawana

    waalaikummussalam

    tag pulak ya.... insya Allah kalau ada kelapangan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.