Lama sungguh tidak menyinggah di pasar tani hari Sabtu berdekatan dengan rumah. Pagi Sabtu, selesai menghantar anak ke sekolah kerana kelas tambahan, saya menyinggah di pasar tani tersebut.
Pasar tani sudah menjadi seperti pasar malam, tetapi saya lebih gemar suasana di pasar tani ini. Lebih banyak kepelbagaian dalam barangan yang dijual. Dari barangan Avon, Tupperware, telekung, baju, kain sutera hinggalah ke ikan masin dari Sabah. Segala benda lah.... makanan pun pelbagai, nasi lemak, lemang hinggalah ke satay di pagi hari pun kalau teringin memang ada.
Semuanya orang Melayu. Ha siapa yang kata orang Melayu tidak pandai berniaga dan pemalas. Siapa?
Sebelah petangnya sempat pula menjamu mata di Pavillion KL. Lama juga tidak ke sini. Sekadar menjamu mata dan melenguhkan kaki menapak di setiap inci ruang Pavillion. Ramai sungguh manusia. Memang pelbagai betul. Cantik-cantik juga hiasan kedai dan barangan yang dijual. Orang Melayu pun ramai juga, ramai yang jadi pembantu kedai kepada tuan punya yang pastinya bukan Melayu.
Yang berlegar seperti saya pun ramai juga orang Melayu. Ramai juga yang Melayu ini berplastik beg di kiri kanan tangan , dengan trend pakaian terkini dan henfon pastinya yang canggih. Apatah lagi anak muda Melayu.. memang pandai betul membawa diri dengan fesyen terkini.
Siapa kata orang Melayu tidak berduit? Siapa?
* sedih juga melihat orang kita hanya bisa menyewa tapak gerai di pasar tani dan masih terlalu ramai yang tidak berdaya bersaing di pusat membeli belah terkemuka. malang juga, saya memang tidak pandai berniaga*
~cikgunormah@klcitizen~
siapa?mungkin saya...sbb kalau diperhatikan org miskin,ramai juga yg melayu.kan?terpulanglah..pandangan masing-masing ;D
ReplyDeleteSaya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)
saya berniaga di koperasi sekolah
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSebenarnya orang melayu memang pandai berniaga, cuma sebahagian darinya perlukan bantuan kewangan dan pendedahan tentang pemasaran...
alhamdulillah..
ReplyDeletesaya ada bakat meniaga, sebab ada pengalaman...
dan memang pernah berniaga..cuma tahun ni je memang xbuat apa2 bisnes..hanya buat bisnes dengan penulisan :)
Perkahwinan kali kedua ini dapat orang meniaga. Pagi jula roti canai. Sabtu pula meniaga nasi tomato di pasar malam. Mulanya terkial-kial juga sebab first time. Lama kelamaan dah jadi biasa. Saya lihat orang melayu boleh bersaing kalau diberi tempat. Orang melayu memang pandai berniaga
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya pun baru nak belajar berniaga. Tengok org2 di taman kita ramai yg dah berjaya.
Salam,
ReplyDeleteGembira melihat orang kita sekarang ni makin ramai yang berniaga. Tetapi bila berniaga tu, hendaklah jujur, jaga kebersihan dan tidak lupa tanggungjawab kita kepada Allah.
LF perhatikan orang kita gemar berniaga jualan makanan. Di tempat tinggal LF, terdapat lebih daripada 100 buah restoren. Jenis makanan lebih kurang sama. Itu yang membimbangkan LF dan sudah adapun yang golong tikar. Kena fikirkan bidang-bidang perniagaan yang lain.
Kebolehan orang Melayu sebenarnya sudah terbukti. Kehebatan ini usdah terlakar dalam sejarah kita. Kehebatan orang Melayu dalam banyak hal tidak dapat dinafikan. Hatta bahasa Melayu juga sudah mampu menjadi lingua franca suatu waktu dahulu.
ReplyDeleteMalang sekarang kehebatan dan kebolehan Melayu dilihat seolah-olah tidak berdaya saing. Hakikatnya orang Melayu sendiri yang meletakkan persepsi Melayu susah, Melayu miskin, Melayu tidak bersatu, Melayu terpinggir, dan pelbagai lagi. Untuk apa? Kepentingan politik semata-mata. Hasilnya, orang Melayu terperangkap dengan isu kemelayuan yang tidak sudah-sudah.
orang kita pandai berniaga...kalau kena gaya & cara boleh maju ! yang gagal tu...ntah lah macam2 sebab agaknya...saya ade "bergelumang" dengan orang Melayu berniaga ni....yang gagal saya tahu sebabnya...yang berjaya kureng !
ReplyDelete