Monday, August 23, 2010

mati di Malaysia

Semalam berbuka di rumah abang ipar. Tiga keluarga berkumpul meraikan kedatangan ayah dan emak mertua.


Biasalah, bila berkumpul adik beradik, makanan yang dihidang juga di luar kebiasaan. Jika biasanya di rumah hanya berbuka dengan jemput udang dan nasi berlaukkan sejenis sahaja, tetapi bila sudah berlonggok tiga keluarga lainlah ceritanya. Setiap keluarga membawa menu masing-masing, walau pun bukan menjadi syarat pertemuan.

Orang kata.... ianya sebagai syarat  tetamu,  menjadi pemanis diri,  jadi bawalah juga buah tangan. Apa lagi, kuih , nasi lemak, ayam goreng, pizza... antara buah tangan yang dibawa tetamu.

Akhirnya meja makan penuh dengan hidangan yang pelbagai. 

Selesai makan, acara mengemas meja pula. Acara mengemas tidak semeriah semasa acara meletakkan hidangan sebelum berbuka. Perut sudah penuh,  mata dah kuyu, langkah pun makin lemah.

"Mak Su... ambillah makanan mana yang patut ni. Bawa balik untuk bersahur," pembantu rumah abang ipar bersuara, risau melihat makanan berlebihan banyak lagi di atas meja.

"Orang Malaysia ni... boleh mati dalam makanan. Kalau di negara lain, kan..., orang mati sebab tak dapat makanan..." bebelnya lagi.

*alhamdulillah.... kerna diberi peluang oleh Allah menjadi rakyat di Malaysia ni*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Salam Cikgu..ye betul..Syukur kita kepada Tuhan kerana di lahirkan di Malaysia ini..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Betul, di bulan puasa ni rezeki mencurah-curah..saya sering berbuka di masjid makanan terlalu mewah...

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Kita sangat makmur dgn makanan. Tapi tetap ramai lagi yang murah hati bersedekah. Semoga berkat.

    Bestnya berbuka ramai-ramai. Meriah gitu

    ReplyDelete
  4. @azieazah

    makan beramai memang best kan azie...meriah

    ReplyDelete
  5. Malaysia ku makmur...

    Ramadhan jadi bulan pesta makanan bagi sesetengah orang di Malaysia ni...
    Walaupun konsap asalnya adalah untuk merasai dan menginsafi golongan mereka yang miskin dan kebuluran.

    ReplyDelete
  6. patut bersyukur kerana tidak spt di pakistan kan..

    ReplyDelete
  7. tak dinafikan keadaan itu namun masih ada lagi keluarga yang hidup dalam kemiskinan tegar :(

    agensi yang berkaitan patut lebih aktif dan terbuka dalam soal ini[kerenah birokrasi]

    ReplyDelete
  8. makan memang boleh bawa mati..tak makan pun boleh mati,,,
    sila singgah sudah di terjemahkan

    ReplyDelete
  9. Hello KL Citizen...ni Canadian Citizen datang to wish you a pleasant bulan puasa.
    Apa you masak buka puasa? Ikan masak asam nanas? Udang gala masak with bamboo shoots lemak? Ha ha.
    Have a nice day and keep a song in your heart, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  10. syukur..rezeki melimpah di bulan ramadhan...jgn masuk membazir sudahlah...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah, begitulah adanya.........

    ReplyDelete
  12. Best nya sesekali makan beramai-ramai. cikgu bawa makanan ape masa tu? hehehehe

    ReplyDelete
  13. samalah waktu ke Cameron Highland - Aci yang jual sayur tu cakap, dia suka orang Melayu yang melancong ..suka beli sayur atau buah tangan utk saudara mara..jiran tetangga.....


    walau sayut kat pasar tepi rumah tu lagi murah!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.