Suasana makin parah di kalangan remaja kita. Yang pastinya anak-anak yang lahir ini adalah anak yang tidak diingini oleh kedua pasangan, dan kemungkinan besar mereka lahir di luar ikatan yang sah. Dan saya yakin, pasangan ibu bapa mereka adalah pasangan muda Muslim yang telah buntu fikiran dan celaru mindanya apabila menerima hasil dari perbuatan zina mereka.
Sesuatu yang tidak betul, saya kira sedang menjalar dalam hubungan komunikasi antara anak dan ibu bapa. Anak-anak yang menghadapi masalah tidak dapat mencari tempat mengadu dan melepaskan diri dari kemelut masalah mereka, lantas mengambil keputusan nekad sebegini.
Ya, perbuatan mereka sangat tidak betul, tetapi, jika setiap hari asakan dari segala sumber tentang keghairahan dan nikmat seks diterima hatta boleh diakses di hujung jari sahaja, bagaimana anak-anak yang sedia lemah ini mampu untuk menahan godaan. Kenapa anak-anak Muslim sahaja yang sedemikian?
Saya kira, anak-anak bukan Muslim pun hebat juga, tetapi budaya mereka yang dapat menerima kehidupan sebumbung tanpa nikah, menyebabkan mereka punya pelbagai alternatif menyalurkan nafsu seksual mereka.
Lantas pilihan kita bagaimana?
Ramai yang memberi cadangan , kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Betul, tidak dapat disangkal lagi, tetapi sistem pendidikan kita sekarang ini mampukah?
Kembali itu bagaimana? Apakah langkahnya? Bermula di rumah. Betul. Setuju. Tetapi, tidakkah ia terlalu umum?
Langkah Majlis Ugama Islam itu adalah satu contoh tindakan. Meski tindakan itu tidak dipersetujui ramai pihak tetapi mereka mengambil pendirian untuk mencegah.
Kalau setakat menyeru anak muda ini kepada Islam, tanpa tindakan, malahan tindakan di radio, akhbar dan televisyen, jelas semakin merancakkan budaya zina di kalangan umat, sampai bila pun saya pasti masalah ini akan berleluasa.
Teringat drama Glee di televisyen, di mana seorang pelajar perempuannya mengandung secara terbuka dan tidak disisihkan. Pastinya anak yang dilahir nanti tidak akan dibuang. Jika, anak muda kita dibenar berkahwin dan kurikulum fleksibel digubal bagi membenar mereka bersekolah adakah kita akan rugi?
Tugas kita adalah mendidik dan membimbing. Sekiranya hubungan mereka berlaku secara sah, dan mereka belajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab dari ibu bapa dan kurikulum sekolah khas, tidakkah nanti ini dapat mengurangkan masalah zina dan buang bayi?
*saya teringat kes di sekolah dua atau tiga tahun lepas, pasangan pelajar ini melahirkan anak dalam pengetahuan ibu dan bapa, tetapi pasangan ini tidak dapat dinikahkan kerana di bawah umur, malangnya, walau pasangan ini telah menerima habuan dari ibu bapa, di rotan, dikurung dsb, masih lagi mereka berjaya menghasilkan anak yang kedua tanpa nikah juga. zina yang sebegini, dosanya ditanggung oleh semua yang tahu, bukan?*
*saya teringat kes di sekolah dua atau tiga tahun lepas, pasangan pelajar ini melahirkan anak dalam pengetahuan ibu dan bapa, tetapi pasangan ini tidak dapat dinikahkan kerana di bawah umur, malangnya, walau pasangan ini telah menerima habuan dari ibu bapa, di rotan, dikurung dsb, masih lagi mereka berjaya menghasilkan anak yang kedua tanpa nikah juga. zina yang sebegini, dosanya ditanggung oleh semua yang tahu, bukan?*
Wallahualam.
~cikgunormah@klcitizen~
anak yg dibuang hari ini.bermakna diproses 9 - 10 bulan tahun lepas....
ReplyDeleteada kajian melihat pada peristiwa yang berlaku tahun2 lepas.
anak2 yg diproses semasa pesta2 hujung tahun.......
kita kena fikirkan sesuatu untuk itu
kena fikir dan bincang pro dan kontra nya dulu
ReplyDeleteIM fikir kita perlu fokus pada punca masaalah yakni agama. tapi yang IM nampak setakat ini heboh nak buat sekolah dan undang-undang bunuh je.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSaya belum melihat dan tak pernah dengar dalam pemerintahan Negara kita menyebut melaksanakan Hukum Syariah Islam. Semuanya menghala hukuman bunuh tapi kesannya tetap juga sama. Contohnya, hukum bunuh bagi kesalahan mengedar dadah. Namun, dadah tetap juga yang berleluasa di kalangan kita.
Salam,
ReplyDeleteKecewa dengan apa yang berlaku dan bertambah kecewa apabila melihat pihak gadis/wanita sahaja yang dihukum. Mengapa satu pihak sahaja ?
sekali sekala dengar cerita tentang hidup bebas remaja ipta/ipts ... berdiri bulu roma!
ReplyDeletemotivasi! motivasi! motivasi!
ReplyDeletemcm masa sekolah rendah dulu. ada motivasi sebelum peperiksaan besar. motivasi keislaman. ibu bapa duduk bersama anak2. menangis-nangis..mencurah segala yg terpendam..ibubapa mendoakan secara terbuka di hadapan anak2 tentang harapan dan kepercayaan.
mungkin cara ni boleh membuatkan ibubapa lebih memahami anak2 mereka org yg mcm mana. dan anak2 ada tempat mengadu masalah (ibubapa). bukan lepas tension kat kekasih sampai dpt anak luar nikah.
sakit perut saya ni bila pikir bayi dibuang, dibakar, ditanam..aduh!