Saturday, August 14, 2010

Dasar pendengki

Nasib sendiri memang kita tidak tahu, kan.

Bercerita dengan sahabat tentang kehidupan, cerita sahabat atas sahabat. Dua buah kisah yang hampir sama  dan membuat fikiran sendiri berlegar-legar di jalan cerita  yang bukan rekaan ini.

Dua wanita berlainan , punya kisah yang hampir sama tetapi tidak serupa. Keduanya meninggal dunia kerana kanser dan tidak lama selepas itu suami berkahwin lain. Ibarat kata orang, tanah kubur masih merah lagi, suami sudah mengganti permaidani baru.

Ya, hidup memang perlu diteruskan, tetapi insan yang terdekat dengan wanita-wanita tersebut agak terkilan.

Bukan apa, ...dalam hidup ini kita sentiasa merancang. Biasanya merancang dengan orang yang tersayang, kumpul harta terutama rumah. Memasang impian punya rumah idaman, bermandi peluh menyimpan wang bagi merealisasikan impian tersebut. Namun, takdir dan ketentuan mengatasi perancangan. Tidak sempat menyaksikan mahligai indah terbina, giliran mengadap Ilahi sampai. Dan rumah indah yang tersergam kini dihuni suami dengan insan lain bergelar isteri.

Sedih juga ya. Memang apalah harta berbanding amal. Yang pergi kita doakan sahaja agar mendapat tempat yang selayaknya, yang hidup memang perlu meneruskan kehidupan....

Jadinya nanti, bagaimanalah kita ini nanti, kan?

*bila difikir, ikut hati yang cemburu, nak belanja je semua duit yang ada...hehehe, kalau dah memang  dasar pendengki*


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Saya faham apa yang tersirat. Memang ada rasa terkilan juga melihat apa yang diusahakan selama ini, hasil nikmatnya dikongsi dengan orang lain yang mejadi orang baru.

    hmmm beruntung badan.

    Apapun semoga yang pergi tidak dilupakan.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    LF dapat fahami. Tetapi kita hanya merancang dan berusaha. Allah akan menentukan kesudahannya. Tak apa cikgu. Teruskan apa sahaja yang terbaik yang tidak melanggari kehendak agama kita. InsyaAllah kita akan memperolehi kejayaan dengan izinNYA.

    ReplyDelete
  3. kalau dfikirkan pihak yang lagi satu.. memanglah..

    yang diharapkan.. nasib anak2 terbela..
    mudah2an begitu..

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..

    Sememangnya begitulah kita manusia ada sifat cemburu dan sebagainya kerana ianya merupakan apa yang dibekal Allah dengan kita di dunia ini dan ianya bakal diuji Allah dengan pelbagai cara.

    Iman kita yang bakal memberi input kepada ujian tersebut. Jika baik penerimaan kita dengan ujian Allah itu maka baiklah balasannya. Jika disebaliknya maka akan buruklah balasannya. Terimalah apa saja ketentuan Allah.

    ReplyDelete
  5. @azieazah

    lebih sedih kalau yang sudah pergi seakan dilupakan oleh suami kerana sibuk dengan kehidupan baru.... kan

    ReplyDelete
  6. @luahfikiran

    ya...
    sekadar berdoa dan berharap agar segalanya yang terbaik, kan

    ReplyDelete
  7. @cikgu isza

    itu lah harapan kan...
    untuk anak2

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    nak kena didik iman di hati ni lah...kan

    ReplyDelete
  9. selalu juga terpikir2 dalam kepala otak ni: nanti sekiranya aku tak ada, ada orang lain basuh kaki masuk rumah aku ni, bilik aku ni, gunakan semua peralatan aku ni ... hahaha...
    kawan2 selalu cakap, kau simpan duit banyak2 buat apa. baik kau belanja. sok kau mati sedap2 orang lain belanja.
    kawan2 ramai yang batu api.
    insyaAllah.. DIA pandai merancang untuk kita.

    ReplyDelete
  10. saya tak berani komen sebba saya tak kawen lagi, ntah2 esok jadi kat saya

    ReplyDelete
  11. Saya faham......
    Kerana pernah 'memerhati' senario yang sama...

    ReplyDelete
  12. begitulah sifat semulajadi manusia boleh melupakan perkara yang telah pergi..

    ReplyDelete
  13. @ckLah@xiiinam

    Yang pernah memerhati memang akan faham

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.