Thursday, August 5, 2010

agen 007

Belajar Chemistry. Tajuk Pengoksidaan dan Penurunan.

"Untuk memudahkan, awak semua kena hafal beberapa nama agen pengoksidaan atau agen penurunan." Mata saya memandang satu-satu wajah pelajar 5B di hadapan.

"Jadikan jadual m/s 89 dan 90 sebagai panduan. Kalau saya , saya cuma hafal salah satu agen sahajalah. Saya lebih senang menghafal agen penurunan, ya. " Masing-masing muka stress di hadapan saya.

Entah apalah yang cikgu normah ni membebel kan, agaknya, itulah dalam kotak fikir anak-anak ini.

"Jadi.... yang penting di sini, hafal nama-nama agen ni. Agen pengoksidaan, agen penurunan dan agen double -o- seven (007)..."  saya cuba membuat lawak bodoh, sambil memerhati sekeliling

Tiada respons. Masih blur dan semakin stress di muka mereka.

"Awak ni...semua. Lain kali kalau saya buat lawak bodoh... gelak lah sikit. Bagilah moral support kat saya, tau"

Barulah....mereka tergelak.

Saya fikir, kementerian perlu adakan kursus membuat lawak bermutu untuk guru-guru juga......kan.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. kadang² tergelak dengan lawak sendiri..haha

    ReplyDelete
  2. kadang2.. anak didik saya pun tak berani nak gelak..

    bukan tak lawak.. deme confius betul ke cikgu deme yang selalu serius ni buat lawak..

    fikir banyak kali nak gelak tuu..

    :) <--tersenyum sendiri...

    ReplyDelete
  3. Kak KL,
    Kita sebagai guru ni kak - lebih kurang cam artis juga.. kena wat performance kow2 bila ngajar.. tapi memang betul kata akak - kalau ada kursus buat lawak - tak kata akak, saya pun nak pegi juga.. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Boleh jadi cikgu yang serius bila buat lawak, pelajar tak berani nak gelak...:)

    ReplyDelete
  5. Salam,
    LF tentang sains ni berat sikit. Pernah awalnya dulu jadi cikgu (6 tahun) tetapi tak pernah ajar sains. Tak tahulah kalau kementerian setuju adakan kursus lawak. Kalau ada, LF sendiri sanggup nak ikuti. Betul, kita perlu menjadi guru yang tidak membosankan pelajar!

    ReplyDelete
  6. salam,

    hehe..tergelak saya pepagi buta ni membacanya..apa nak jadi la bebudak skolah ni, dah hilang sense of humour? cikgu pulak yg nk pi kursus..ada ke patut..isk..

    ReplyDelete
  7. Cikgu ..

    mereka tak kenal Bond 007 sebab hero tua.

    ReplyDelete
  8. hahaha...

    kak normah ni mmg kelakarlah..

    ReplyDelete
  9. saya dulu aliran Arab, tapi cikgu Sains saya sangat kelakar.

    bila sudah selesai ujian, murid2 pun tanya 'cikgu, siapa dpt paling tinggi? (markah)'

    cikgu tu selamba jawab 'paling tinggi ialah mohd zakhiri'

    sbnrnya zakhiri tu adalah pelajar paling tinggi dlm kelas kami.

    ReplyDelete
  10. tak faham kot..cik gu jangan serious sangat.

    ReplyDelete
  11. kena lebih mesra lagi dalam kelas :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.