Tuesday, August 10, 2010

Fokus....normah, fokus!

Hati masih membengkak dengan surat yang baru diterima sebelum balik tadi. Manakan tidak, bulan puasa diminta menghadiri taklimat di Melaka selama 2 malam. Nature pekerjaan seperti saya ini memang semua tahu, tidak perlu out-station, jadi bila dapat arahan sebegini ditambah dalam bulan puasa , rasa geram di hati memang membuku.

Lantas kereta diarahkan masuk ke dalam laluan drive-thru McDonald.

Saya : Set GCB dua ya, yang besar punya. 

Budak McD: Okay. Semuanya RM29.55

Saya :  okay.

Saya pun lantas membayar amaun yang dikehendaki. Budak McD memulangkan baki duit saya lalu saya pun menggerakkan kereta ke hadapan.

Tidak lama selepas itu, sampai di hadapan rumah, selesai menurunkan barang dari bonet kereta , saya mencari-cari McD saya yang tadi tu....

Ah...sudah!

Kepala berserabut, padan muka saya. Rupanya saya tidak berhenti pun di kaunter yang sepatutnya mengambil makanan selepas membayar tadi. 

Budak McD: Akak tadi..., laju je...saya nak panggil pun tak sempat nak beri makanan akak ni...


Ha, jadi satu kerja pula nak pulang semula dan beratur di belakang kereta lain untuk mengambil makanan yang saya sudah bayar tadi.

Fokus....normah, fokus!

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. salam ramadhan...semoga outstation cikgu di bulan penuh keberkatan ini kan menerbitkan ilmu2 baru :-)

    ReplyDelete
  2. time mcm ni la kena praktiskan prinsip 9/10 Stephen R Covey..hehe

    ReplyDelete
  3. Salam Normah.

    Selamat menyambut Ramdhan, semoga tabah menghadapi tugasan.

    ReplyDelete
  4. kadangkala memang hilang fokus..
    buat2 hilang fokus pun selalu..

    selamat menyambut ramadan al-mubarak cikgu..

    ReplyDelete
  5. Salam:)

    Slmt menyambut Ramadhan:)
    Semoga diberikan kekuatan & kesabaran dlm melaksanakan tgs..
    + diberikan fokus yg jitu di melaka nanti...:)

    ReplyDelete
  6. salam cikgu.. saya tak pasti nak gelak atau nak tumpang sedih baca posting cikgu ni.. tapi memang teruk jugak penangan surat minta pergi Melaka tu ye. harap cikgu tabah harungi cobaan tu :)
    p.s: singgah sini dari blog sangilapi :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.