Segala serba tak kena masa sedang makan, jangan ada yang tersalah cuit, pasti selera merudum dan air mata mengalir. Sudahlah hendak membuka mata pun payah, apatah lagi suruh mengunyah makanan. Selagi tidak ditegur, makanan hanya akan dikemam dalam mulut, sambil mata terpejam.
Itu zaman yang telah berlalu bagi ramai dari kita.
Kini baru faham bagaimana perasaan emak, risau kalau terlambat bangun sahur, takut tidak sempat memanaskan lauk atau nasi. Kasihan nanti mengenangkan anak yang akan kelaparan seharian.
Dari awal malam sudah menyiapkan apa yang perlu nanti untuk bersahur, supaya kalau pun terlewat bangun, masih sempat mengejutkan isi rumah agar dapat mengunyah dan minum apa yang patut, kan.
*Selamat berpuasa semua, terima kasih atas semua ucapan. Tidak sempat ke blog kengkawan dek kesuntukan masa. Moga puasa kita ini diterima Allah sebagai amal bekal kita nanti.*
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Normah,
ReplyDeleteZaman kak kanak-kanak dulu zaman dapur kayu, pelita ayan, kena bangun sahur tersangatlah awal seawal tiga pagi, nak tanak nasi, nak goreng ikan kena hidupkan api pada kayu dulu,dapat makan hampir pukul 5 pagi .. sejuk pula tu.. sekarang alhamdulillah tak ada lagi semua tu..
Selamat berpuasa.
Salam KLCitizen,
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan Mubarak. Semoga mendapat berkat dari Allah.
salam ramadhan. sunyi sahur tanpa mak. tapi meriah dengan keletah anak-anak, ya
ReplyDeletesalam ramadhan untuk cikgu normah sekeluarga. maaf segala gurauan yang mengecilkan hati...
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteBegitu pentingnya sahur, ibu-ibu semuanya ambil berat tentang tuntutannya seperti yang Rasulullah s.a.w. pesan, "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (HR Bukhari dan Muslim)
kenangan zaman kanak-kanak sukar untuk dilupakan
ReplyDeleteSalam Cikgu,
ReplyDeletekalau boleh nk kembali ke zaman kanak2. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak, kalau ada salah silap dan terkasar bahasa harap dimaafkan.
salam ramadhan utk cikgu ya
ReplyDeleteSelamat berpuasa, cikgu! ^_^
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeleteSelamat menyambut Ramadhan Mubarak. Semoga mendapat berkat dari Allah.
hari ni anak yg lima tahun tu bangun sahur..xkejut pun, cuma kejut kakak dia (tidur sebilik)...nak puasa katanya. Makan 2 3 suap dh xnak, sudahnya saya suapkan. Td masa hantar g skolah pesan ngan cikgu dia, kalau dia minta mkn, nnti tghr bg ler. bukan apa...biar dia belajar dulu, stgh hr pun xpe.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ramadhan utk cikgu normah
ReplyDeletewaktu berpuasa kena control, kena kawal sabar dengan anak2 seusia begini - tersentuh sikit mulalah bad mood...
ReplyDelete