Wednesday, August 18, 2010

teringat anak, terlupa isteri

Berbuka bersama rakan setaklimat. Berenam semeja. Kebetulan teman sebilik berempat, jadi di meja makan tadi, ada kekosongan dua tempat duduk. Datang guru berbangsa Cina dan India mencari tempat, lalu kami mempelawa duduk bersama.

Bagusnya mereka, menghormati kami yang berpuasa, dan  agak keberatan makan terbuka di hadapan kami, walau pun berkali kami nyatakan tidak mengapa. Selesai makan, bersembang sebentar bersama rakan semeja.

Memang lumrah sifat ibu, sepanjang bersembang, titik persamaan antara kami selain bernegara yang sama, makan semeja dan berbahasa yang sama, ialah cerita kami berkisar pada anak masing-masing. Sambil mendengar, diselangkan tawa, mendengar keletah anak-anak masing-masing.

Memang naluri seorang ibu, jauh mana pun badan berada, hati dan ingatan tak lekang dari mengingati anak di rumah.

Seperti kata orang yang ada benarnya....."Orang perempuan ni kalau ternampak anak orang, mesti teringat anak sendiri, orang lelaki pula, nampak anak dara orang, terlupa isteri sendiri, kan......."

Ada yang hendak membantah?

*penat menapak di dataran pahlawan*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Salam KLCitizen,
    Mungkin hanya sebahagian lelaki sahaja begitu.
    Saya, bila nampak pasangan bersama anak perempuan, terus tunduk dan terfikir kenapa Allah tak beri kepada saya anak perempuan?

    ReplyDelete
  2. IM ni bila terpandang anak dara orang teringat anak teruna IM sendiri dan terperasan.... aku ni dah tua rupanya!

    ReplyDelete
  3. anak2 dara pulak, bila nampak anak org yg masih kecil, hati melonjak2 mau kawennn.. haha

    ReplyDelete
  4. Tak pasti nak komen apa. Lagipun kalu saya komen Cikgu baca tak? Kalu baca tapi tak respons pun, saya rasa sehala saja...

    Sekadar tengok anak dara orang takper, jangan perasan anak dara orang macam bini sendiri, dah ler...

    ReplyDelete
  5. salam cikgu. hahaha ketawa baca 'kata orang' tu.

    ReplyDelete
  6. @Pengasas

    ya... mungkin tak semua lelaki gitu kan.

    ReplyDelete
  7. @Insan Marhaen

    rupanya terinat anak juga ya...baguslah

    ReplyDelete
  8. @azieazah

    baca...lah azie
    cuma sekarang ni sibuk
    lebih lagi di bulan puasa ni. kekadang tak sempat nak membalas komen.
    terima kasih memberi komen di sini. janganlah serik lagi ya.

    ReplyDelete
  9. bukan.. sayangkan isteri ditinggal-tinggalkan.. ghitewww.. kahh

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu,
    gelihati pagi2 ni nengok komen2 yang diberi. Agaknya tu sebab "syurga terletak dibawah kaki ibu". Kena ke ngan topik ni,

    ReplyDelete
  11. salam cikgu ...

    he he he... bila dah anak2 meningkat remaja , ada teruna dan ada anak dara , hati selalu bimbang jer .... takut pd gejala2 luaran yg tidak baik.

    eh eh dah meningkat usia ler kita...

    ReplyDelete
  12. @Ummi Humaira

    memang zaman sekarang zaman yang menakutkan , terutama anak2 muda kita, banyak sangat cabaran

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.