Hari ini hendak berkongsi luahan fikir dari Ustaz Hasrizal. Beliau ini pun merupakan insan yang saya gemar membaca buah fikirnya. Bijak menyusun ayat dan mencuri hati melalui tulisannya.
'Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar dia itu sebenarnya lelaki! Lelaki yang terdesak untuk menjadi perempuan.
Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersama jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah mungkin dia itu sebenarnya perempuan! Perempuan yang terdesak untuk menjadi lelaki.
Kata orang Arab : Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut.
Barat itu biasa-biasa sahaja. Yang terdesak mahu menjadi Barat inilah yang berlebih-lebihan. Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!'
sumber: Majalah Solusi isu 17 m/s 26
Kata saya:
Memang jelas di mata dan sakit di hati bila melihat sindrom Fake ini di kalangan anak-anak muda dan orang dewasa di kalangan kita. Minta jauh dari zuriat dan keturunan kita, ya.
*apa pun, hand bag saya yang memang fake ini kekal di hati.
~cikgunormah@klcitizen~
betul tu cikgu.. itu sebab ada peribahasa lebih sudu dari kuah
ReplyDeletemenarik!ada benarnya disitu!
ReplyDeletedunia akhir zaman ni mcm2 lah kan.. eh kita yg guna fake handbag ni apa status ekk? :P
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteFake handbag tu lebih baik daripada sikap manusia yang melampau-lampau tu..
mintak lah di jauhkan..
ReplyDeleteKepalsuan tidak dapat bertahan lama. sepandai-pandai tupai melompat, sekali sekala jatuh juga ke tanah.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteHidup penuh kepalsuan...yg tulin pun kadangkala org kata palsu.
ustaz hasrizal memang penulis yang luar biasa hebatnya. beliau bijak menyentuh hati pembaca.
ReplyDeleteape lah nak jadi.. ~~lebih barat dari barat..~~
Tips yang sangat berguna..Thanks...
ReplyDelete