Tak ramai sangat, kan. Dikatakan 10% dari penduduk dunia adalah kidal. Maksud kidal? Takkan tak tahu kut....... iaitu orang yang tangan kirinya lebih dominan berbanding tangan kanan.
Rupanya ramai juga orang yang terkenal di dunia ini kidal, contohnya Presiden USA sekarang, Barack Obama adalah kidal. Berbangga betul orang kidal kan.
Alkisahnya....., Julius Caesar adalah seorang kidal masa zaman kerajaan Rom dulu. Beliaulah yang mewajibkan manusia pada zamannya berjabat tangan dengan tangan kanan. Dan tradisi tersebut kekal hingga hari ini. Kerana apa? Kerana beliau kidal, dan memegang senjata di tangan kirinya, jadi, bila berjabat tangan dengan tangan kanan, tangan kirinya masih memegang senjata, tetapi musuhnya yang bertangan kanan terpaksa menggunakan tangan kiri mereka yang agak lemah untuk memegang senjata mereka semasa berjabat tangan. Pandai si Caesar ya... Baca lanjut tentang sejarah kidal dan sistem memandu di sebelah kiri pula di sini.
Ada banyak fakta menarik tentang si kidal, antaranya, 4 dari 5 orang-orang yang menghasil perisian Macintosh adalah kidal. Bill Gates juga kidal...Jadi orang-orang kidal ini ada harapan menjadi Presiden atau orang terkaya dunia....
Orang kidal perlukan alatan yang khusus. Contohnya, pisau dan gunting khas.
sumber |
gunting 1 - untuk pengguna kidal
gunting 2 - untuk pengguna tangan kanan
Sekiranya anak-anak kita kidal, seeloknya kita menyediakan alatan khas untuk orang kidal seperti pen khas untuk mereka. Boleh melihat contohnya di sini
Seronok juga menyingkap tentang kidal... Atau pun, saya hanya seronok sendiri?
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
memang seronok mengetahui tentangnya..
ReplyDeleteada juga org yang mengejek org yang meggunakan tangan kidal dan cikgu tahu apa jawapan yang diberi oleh orang kidal itu..?
kalau kamu potong buah... saya sanggup tak makan..
fikir2kan lah.. :)
kkeke >.< asal jgn makan guna tangan kiri, dah la
ReplyDeletekidal ialah keturunan... jadi setakat ini belum ada lagi keturunan yg kidal...
ReplyDeleteKelebihan org kidal ni, mereka lebih banyak guna HOKI (hemisfera otak kiri)
anak lelaki saya dua2 semasa kecik dia kidal, makan pun kidal, tapi bila dia beransur2 besar dia pun beransur2 guna tangan kanan. agaknya asyik kena tegur sahaja.
ReplyDeletedua anak lelaki saya kidal tapi makan menggunakan tangan kanan.
ReplyDeleteapa dia HOKI tu...tlg nida jelaskan.
bagus maklumat ini.. keran 2 anak saya pun kidal jugak
ReplyDeletet.kasih cikgu. inilah kali pertama sy mendapat maklumat ada barangan yg dibuat utk org kidal.
ReplyDeleteorg bertgn kidal byk kelebihannya... tak caya cari & kaji org yg bertgn kidal di dpn mata kita @ yg selalu kita jumpa.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteAda orang kidal hanya menggunakan tangan kiri utk menulis, yang lainnya kanan. Tapi bab kat tandas tu kita kena guna tangan kiri..
Man Kidal antara yang popular dengan tangan kidal nya..
ReplyDelete@cikgu iszaoo ada yang tak sanggup makan buah yang dipotong oleh saya yang tangan kanan ni ke.. ok, nanti kena pakai sarungan tangan plastik masa memotong buah
ReplyDelete@ohManusiaselalu makan steak guna garfu di tangan kiri
ReplyDelete@Nidafirst time dengar tentang HOKI
ReplyDelete@al-lavendaribiasanya begitulah budak2 yang mendengar kata
ReplyDelete@abu muazHOKI... kena tanya nida
ReplyDelete@endiemanak kidal ni pandai2 kata orang
ReplyDelete@ckg rashbetul tu rash
ReplyDelete@Abd Razakyalah tu..makan mesti ngan tangan kanan
ReplyDelete@relevanya... memang popular dan berbakat
ReplyDeleteSalam Cikgu Normah,
ReplyDeletebagus yer sekarang dah ada peralatan untuk orang kidal.
Salam Cikgu Normah,
ReplyDeletebagus yer sekarang dah ada peralatan untuk orang kidal.
bestnya.. dapat lagi info terbaru..
ReplyDelete