Monday, May 17, 2010

Sampai hati abang buat saya macam ni ya....

tulisan ustaz Pahrol Mohamad Juoi memang menjadi minat sebagai bahan bacaan saya. apatah lagi kalau beliau membicarakan soal hati dan cinta. memang luar biasa penulisan tentang cinta yang digarapnya.


bukan seperti kisah cinta atau tips orang lain yang kekadang membosankan saya.


Bukan Cinta Biasa! dalam majalah SOLUSI isu no.18, membicarakan cinta luar biasa yang berpaksikan KERANA ALLAH.


antara tulisannya yang terkesan ialah...

' Subhanallah, hasil kajian menunjukkan setelah bertahun-tahun berlalu, mereka yang bersabar dengan perkahwinan yang tidak bahagia akhirnya lebih bahagia daripada mereka yang mengambil keputusan untuk bercerai.

Itulah berkat sabar. Kerana kesabaran itu lebih dekat dengan iman. Bukankah kesabaran itu separuh dari iman.

Bukankah dalam hidup ini, mereka yang berjaya mengharunginya, bukan orang yang bijak, cantik dan ternama... tetapi oleh orang yang sabar. '


Ustaz juga mengungkap kesabaran Siti Hajar yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s. di tengah padang pasir keseorangan bersama anaknya. Tidak boleh terbayangkan macamana.


Sedangkan kalau saya ditinggalkan di tengah pekan keseorangan pun boleh jadi sedih mengalir airmata seperti tidak dihargai. Apatah lagi kalau saya ditinggalkan seperti Siti Hajar, agaknya meraung bagai orang gila di tengah padang pasir keseorangan...


Soalan yang ditanyai oleh Siti Hajar kepada suaminya hanyalah "Apakah ini kerana Allah?". Dan bilamana suaminya mengiyakan, beliau pun merelakan perpisahan tersebut.

Agaknya kalau saya.... "Sampai hati abang buat saya macam ni ya. Tergamak abang tinggalkan saya".... macam skrip-skrip drama melayu kitalah kan.

Kata Ustaz Pahrol...' Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah. Itulah tradisi dalam cinta para solihin dan muqarrabin.. Dan iktibar buat kita, untuk mengekalkan cinta dalam rumah tangga inilah juga asas dan terasnya. Jangan ada 'kerana' yang lain. Jika ada yang lain, pasti cinta itu tergugat jua walaupun seteguh mana sekalipun janji dan peneguhan kata yang dimeterai.

Untuk mengekalkan cinta, ini sahaja prinsipnya- berbuatlah apa sahaja kerana Allah. Lurus, tulus dan telus tanpa belok dan bengkok.'


Jom kita usahakan untuk dipraktikkan.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. kalau lynn plak yg nak kena tinggal ni..selalunya tanya, "nak ikut boleh?". hohoho!

    ReplyDelete
  2. tulisan ust. pahrol mmg best!

    ReplyDelete
  3. Allahuakbarr.. berapa ramai dari kita sanggup berbuat sebegitu kan?

    Terimakasih, berkongsi info.

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum

    lynn---hahaha, samalah kita lynn. camana tu nak mengikut siti hajar

    ummumishkah--betul, saya setuju

    azie--tak taulah azie, insan2 yang berhati kental, tapi yang pastinya, saya belum mencapai sabar spt siti hajar

    ReplyDelete
  5. mmmm
    mahu jd yg lbih baik

    sama2 lah kite ye kak=)

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu,
    Terlebih dahulu nk ucap SELAMAT HARI GURU. Sy ni memang selalu ditinggalkan pun dek hubby, tapi kerana tugas dia dh cam gitu nak buat camne, hehehe

    ReplyDelete
  7. TERBAIK!!!!superb lah..heehe

    ReplyDelete
  8. memang berpegang pada ayat bertemu dan berpisah kerana Allah. huhuhu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.