saya yang memandu terkejut 'beruk' sekejap. budak-budak menunggang motosikal ni main memotong je di kanan semasa saya hendak keluar dari simpang. nasib baik la tak sakit jantung cikgu kamu ni.
kalau dah dasar merempit, siang buta berbaju sekolah pun nak merempit.
menengok baju dan lagaknya, memang pelajar-pelajar sekolah saya. dengan tidak berhelmetnya, beg sekolah pun tak ada, entah datang sekolah ke tidak bebudak ni.
bila pukul 1.40, kekadang barulah muncul diorang ni, bedesuup sana, bedesuup sini. kekonon diorang pun baru balik dari sekolah.
peraturan di sekolah, sesiapa yang tiada lesen dan tidak memakai topi keledar, tidak dibenarkan meletak motosikal dalam kawasan sekolah. tetapi diorang ni kan para bijak pandai, tak ada lesen dan tidak memakai helmet, tidak menjadi hal, caranya ialah meletak motor di luar kawasan sekolah, beramai-ramai.
yang ibu bapa pun, saya memang tak faham. dah beri motor, pastikanlah anak membawa dengan cara yang betul. pastikan ada lesen, pakai topi keledar dengan betul. sesekali buatla spot check, tengok anak-anak ini cara pemanduannya.
nanti kalau anak dah tersadai di tepi jalan dengan otak berterabur di atas jalan raya, tidaklah menyesal tak sudah, kan.
nak membesarkan anak bukannya senang, tapi nak memusnahkan hidup mereka sebenarnya... mudah je.
kat taman ni pun ramai yang parking kat rumah orang.. nak jer telefon polis suruh rantai motor tu.. siap ceroboh pun ader.. nak buat entri pasal ni lah.. huhuhu
ReplyDeletepengaruh dunia luar dan kengkawan kan?
ReplyDeletekesian yg merempit ni sbb pemikiran dorg masih sempit...kot....huhu
ReplyDeletemat rempit ni tunggu otak bersepai keluar dr tengkorak, baru nak insaf agaknya
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteGejala rempit ni dah tak terkawal, kalau kerajaan nak berhentikan jual motor susah lak pada orang yg tak mampu nak beli kereta. Ia berbalik kepada didikan ibubapa di rumah.
minta jauh dari anak2 kita tapi betul ah.. parents kena monitor anak2 ni!
ReplyDeleteSetuju. Risau kiterrrrrr....
ReplyDeletesaya penah dok kat felda...budaya membenarkan anak2 menggunakan motor dah lama berlaku..bukan takat x berlesen malah kebanyakannya pun dibawah umur...kadang kita plak risau bila tgk budak2 sek ren..membawa adik2 yang baru berumo 5-6 tahun sekali...atau naik mnotor 3-4 orang...mak bapak seperti x ambik kisah...x hairan la kalo di felda tu ramai orang2 muda nya meninggal muda...sebabnya merempit dan mendadah..memang menyedihkan!!
ReplyDeletekalau lah lynn yg jadi pak guard sekolah, dah ku luku kepala masing2 yg merempit tu :D
ReplyDeleteSalam Cikgu..
ReplyDeleteSubhanallah.. saya cukup tak suka nengok budak2 nih.. yang rata2.. kalau 10, 8 tu mesti sebangsa dengan saya..
Kekadang tu rasa.. kita saja yang risaukan diaorg.. depa2.. langsug tak guna akai..
Haihhh...
Salam..
ReplyDeleteCikgu dh marah dan 'berleter' ..hi..hi..hi. Sama la bebudak sekolah acik. Tak ada lesen pun bebas bawa motorsikal dn letak luar sekolah.. alasan jauh nk masuk ke rumah.
Salam cikgu..
ReplyDeleteHati hati diJalan raya..anak anak sekarang sekolah lagi dah punya motor sendiri..besit sana sini tanpa kawalan..
Teringat n3 "Jom Rempit!!!" saya hari tu.. terbayang alangkah indahnya andai semua berscooter ke sekolah
ReplyDeleteKak,
ReplyDelete"nak membesarkan anak bukannya senang, tapi nak memusnahkan hidup mereka sebenarnya... mudah je."
==betul Kak..
senang sangat..
adeh..
dulu2 masa dok hantar anak pergi sekolah, kami anak beranak saja yang pakai topi keledar....sampai dia kena ejek dgn kawan2....
ReplyDeletekesian..tapi
bagi tau dia..nyawa kita wajib kita jaga, kita usaha menjaga baru kita tawakal
naman-- kadang2 pengaruh tak jauh mana pun, orang sebelah rumah bermotor, takkan anak kita tak bermotor
ReplyDeleteisza-- betul tu, tapi polis pun tak cukup kaki dan tangan
ain-- kalau otak sendiri dah bersepai, tak guna menyesal dah
yati-- betul sangat tu
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleterazak-- nak larang beli memang tak boleh lah kan. tapi kuasa mengawas itu di tangan ibu bapa/penjaga
ReplyDeleteummumishkah--memanglah itu doa-doa kita bersama. ameen
azie--betul tu, kalau kita terlanggar dia, kita jugak yang salah
hai--kat sana memang lagilah parah ya.kat kampung saya pun gitu lah jugak
lynn-- pak guard pun takut juga , bebudak ni ada geng mengegeng kan
ReplyDeletepayarumput-- dah nama pun budak, akal memang pendek lagi lah kan
gitulah acik, setakat marah ngan berleter je la
relevan--memang terpaksalah berhati-hati, bukannya dia takut kita langgar dia, kita takut pulak kalau dia langgar kita
nida--ya, ada tengok gambar scooter tu di nz.. best gak kan
dearie LOL-- itu lah yang saya kata, kan
kujie--sekarang ni benda yang betul jadi bahan ketawa...
salam ziarah..
ReplyDeleteagreed with u..
nak membina amat payah, nak mmusnah kunfayakun sj..
membaca entry ni & melihat gambar di atas, mGingatkan sy pada arwah rakan sek0lej..
memang kaki rempit..
temui ajal tersadai diheret l0ri, digilis kereta..hancur!
dalam perjalanan pulang bercuti, tidak sempat bertemu famili..
huwaa!!! seriau tengok pics tu :(
ReplyDeleteYour phrase is magnificent
ReplyDeletei hate mat rempit..kalu nyawa dorang je,tak kesah..ini nyawa orang yang takde kaitan pape plak yang melayang..hish,bile la budaya rempit ni nak abih..agaknye penggunaan motor kene diharamkan..takpe,buat la kete murah2 yang semua orang mampu beli..kn cikgu?setuju x?
ReplyDelete