Saturday, May 22, 2010

Tips Jika ditangkap polis




Tertarik sungguh membaca artikel undang-undang dalam majalah i isu mei 2010. Tulisan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, En Khairul Anwar Rahmat memang menarik bagi saya.


'Jika anda ditangkap polis'..... itu tajuknya.


Malang tidak pernah berbau. Pelanduk dua serupa memang ada. Kita berdoa tidaklah kita terkena dengan situasi tersebut. Tetapi jika berlaku juga, ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan:


1. Jangan anggap polis sebagai musuh. (kalau orang jahat menyamar sebagai polis takutlah juga ya)

2. Jangan panik. (ini memang peraturan sejagat. apa masalah pun jangan panik. tapi yang inilah yang susah sikit nak buat kan.)

3. Bertanya pada polis itu, " Mengapa saya ditangkap?"- ini kerana sesuatu tangkapan tidak sah jika kita tidak diberitahu alasan tangkapan berkenaan.

4. Jangan melawan.

5. Gunakan hak anda untuk membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga/ rakan dan/ atau seorang peguam.- maklumkan pada mereka bahawa anda telah ditangkap pada masa dan tempat tertentu dan sebab penangkapan itu.

6. Jika mampu dapatkan khidmat nasihat daripada peguam yang anda pilih sendiri.


Itulah beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh kita.


Selain itu, penulis juga mengingatkan bahawa, perkara pokok yang mesti diingati oleh warganegara Malaysia ialah, pihak polis hanya boleh menahan kita paling lama selama 24 jam bagi tujuan membantu penyiasatan. Jika siasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh 24 jam, kita mesti dibawa kehadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan.


Di harap info ini dapat menambah pengetahuan. Jaga diri dan keluarga kita.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. tak pernah lg kena tangkap!hehe..dan taknak kena..hehe

    ReplyDelete
  2. salam,

    peraturan "jangan panik" tu lynn dah belajar amalkan sejak tingkatan 1 lg. maklum le..PRS le katakan..kena la macho sket, huahaha!

    ReplyDelete
  3. harap 6 lagi yang serupa kita baik2 belaka..

    ReplyDelete
  4. Jangan melawan tu penting...polis keja tak tentu masa, kalau kita melawan, silap-silap kena sepak terajang...hmhmm

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Terkadang perasaan marah tu timbul kerana kita tidak bersalah ditangkap harus sabar ketika itu..

    ReplyDelete
  6. tp yg xtahan n kesian kt org yg da terkena tu ialah dlm tempoh siasatan tu kena belasah cukup2 suh ngaku...padahal dia xbersalah cmner nk ngaku...huhu

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Terima kasih atas info berguna ini.

    Jemput baca dan berkongsi pandangan.. http://www.faridrashidi.com/2010/05/21/putera-idaman-buat-puteri-pilihan/

    ReplyDelete
  8. Bukankah polis kena perkenalkan diri dan tunjuk kat kuasa dulu? Cemana kalu kad tu palsu?

    Camna kita nak pastikan ek?

    ReplyDelete
  9. takut tak sempat tanya mengapa saya ditangkap?

    tetiba kena peluru sebiji betul-betul atas dahi...

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum

    iqbal-- janganlah terkena ya

    lynn--apa-apa pun jangan panik.

    isza-- ya, doa saya pun serupa juga

    rashid--kalau saya tak melawan la, ketar lutut kat situ je...pucat lesi lagi ada


    razak--ya, mungkin jujian tuhan, kita tak tahu kan, masa depan


    farid-- sama-sama


    azie-- huhu, tak taulah pulak tu... kena cari tips lain lah pulak


    relevan-- takbir!! Allahu akbar


    abu muaz-- tips kalau kena tembak tak adalah pulak lagi....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.