Wednesday, May 12, 2010

Panik tidak bertempat.




ambik sudu, ambik sudu, cepat....

saya masih terpaku kat situ. macam orang bodoh. hanya melihat sahaja. tanpa berbuat apa. bila terfikir balik, memang tak pandainya saya. nama je cikgu sains tapi bab-bab begitu tak tahu nak buat apa.


panik sebenarnya... takut hendak menyentuh bekas pelajar tersebut. bukan kerana jijik atau apa. takut tersalah sentuh, makin parah jadinya.


bekas pelajar tersebut singgah ke sekolah. tiba-tiba terjatuh semasa sedang duduk akibat di serang sawan/ epilepsi. sewaktu itu beliau sedang berbual dengan seorang guru lain.


sedang berbual rancak, tiba-tiba sahaja beliau tidak sedarkan diri lalu jatuh ke lantai dari tempat duduknya?


alhamdulillah ada seorang guru lain yang pantas dan tangkas menolong, membasahkan rambut pelajar tersebut,membaringkan beliau di bawah kipas dan meletakkan sudu di dalam mulut pelajar tersebut. saya yang panik ini hanya memerhati tanpa memberi bantuan pun. aduhai, teruknya saya ni...


untuk peringatan, jika sesiapa berdekatan kita di serang sawan atau epilepsi, apakah yang perlu kita buat??


Dan betulkah anggapan kita yang apabila seseorang diserang epilepsi kita mesti letakkan sesuatu dalam mulutnya untuk elakkan beliau tergigit lidah..?


pakcik google sekali lagi tidak mengecewakan saya, rupanya ada Persatuan Epilepsi Malaysia.
Beberapa cara disarankan apabila kita berhadapan dengan orang yang diserang sawan/ epilepsi secara tiba-tiba.





- Jangan panik

- Bantu pesakit untuk baring dengan selesa dan jika boleh letakkan benda yang lembut untuk mengalas kepalanya

- Elakkan orang lain berkerumun di sekelilingnya, kerana ini boleh menyebabkan kurang oksigen

- Tanggalkan cermin mata (jika ada) dan longgarkan baju pesakit.

- Pastikan tiada benda tajam hampir dengan pesakit.

-JANGAN letakkan sebarang objek dalam mulut pesakit (walaupun jari anda) kerana ini boleh melukakan anda, gigi pesakit mungkin patah dan objek tersebut mungkin boleh menutup laluan udara pesakit (silap-silap mati lemas pulak ya). TIDAK benar bahawa pesakit boleh menggigit lidahnya hingga putus, kerana lidah terdiri dari otot yang kuat dan boleh sembuh dalam masa singkat

-Jangan cuba memegang pesakit atau mengikat pesakit (kesian pulak ya tengok dia kekejangan masa tu)

-Bila pesakit sudah sedar iringkan beliau, supaya laluan udaranya tidak terhalang

-Jika pesakit keliru, berikan kata perangsang yang semuanya okay

-Jangan cuba mempelawa pesakit makan atau minum kecuali beliau sudah pulih sepenuhnya

-Duduk sebentar bersama pesakit dan cuba bantu pesakit semampu yang boleh



Jadi kesimpulannya, saya tidak boleh ambil ringan perkara ini, bab-bab bantuan kecemasan , saya perlu lebih prihatin. Saya ingin berpesan pada diri saya supaya tidak berperanan sebagai manusia yang hanya sekadar melihat sahaja dan hanya berkerumun apabila perkara ini atau yang sewaktu dengannya berlaku. Lebih parah lagi , berkerumun dan hanya mengambil gambar atau video untuk dimuat naik dalam blog masing-masing sahaja. Yang ini lagi teruk rasanya.

Saya kira ini juga merupakan fardu kifayah, kan... wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Aslmkm Cikgu.
    Berjalan lewat malam Kak G ni ... tp tadi ttba ada hal kritis pula! :(
    Hmmm, mmg peristiwa camni mmbuat kita jd gelabah. Setakad dengar adalah. Ikut petua, begitulah ... beri je ruang & dia akan baik sendiri.

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Dulu pernah juga terfikir apa tujuan sebenarnya sudu tu, now baru tahu bahawa ianya ditegah..

    TQ cikgu

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing this info. Memang selalu dengar orang kata letak sudu kan...rupanya tak boleh.
    Orang berkerumun nak tau satu hal, tapi sampai hati pulak depa pi ambil gambar ya...untuk apa???
    Dulu pernah jugak someone tetiba jatuh pengsan nearby me. Memang panik gila. Lepas tu kawan pesan amik no telefon klinik, senang panggil ambulan. Second time dia pengsan, saya tak bawak phone...at last angkat dia masuk kereta pi klinik

    ReplyDelete
  4. Kalau saya pun.........takat jerit je lebih!

    terimakasih berkongsi...baru nak baca ni dan nak ingat.

    ReplyDelete
  5. Sangat penting untuk tau berkenaan penyakit sawan ni..oarng yang mengidap sakit macam ni seeloknya jangan dibawa untuk mandi manda disungai laut atau pun kolam renang..

    ReplyDelete
  6. sedih;(

    teringat arwah mak sedara saya kak...
    she's dead becoz of diz epilepsy ...

    ReplyDelete
  7. rasanya kalau sesiapa pun yg berhadapan dgn kes camni buat pertama kalinya mesti panik giler!!mujurla ada yg pandai,dan membantu...kesian kat budak tu!!
    tima kasih kat info tu!!

    ReplyDelete
  8. Arwah Abang saya pun gitu juga dulu. Masa kecik2 saya selalu hadapi keadaan ini. Mak saya akan bubuh senduk kayu kat mulut dia, ngelak dia tergigit lidah sendiri sbb dia kejang...

    Basuh muka, pastu dia lega sendiri.

    ReplyDelete
  9. SALAM KAK MAH..

    TERIMA KASIH ATAS INFOR KECEMASAN YANG BERGUNA....

    ReplyDelete
  10. saya ahli pbsm dari dulu lagi.. dan perkara penting yang diajar ketika kecemasan ialah JANGAN PANIK. Kalau panik janganlah kita berbuat apa2..

    ReplyDelete
  11. tks 4 d info... byk membantu tu. Mmg menurut seorang petugas pertolongna cemas, mangsa sawan xboleh letak sudu, pastu kena biarkan dia reda sendiri dgn memberikan udara yg cukup. Jgn ada yg berkerumun dkt dgn nya...dn yg cikgu google tu semuanya yg pernah pegawai tu ajar masa kursus dulu.

    ReplyDelete
  12. mmg perkara mcm ni nmpak remeh utk kita ambik tahu tp tu le bila saat kita perlu baru kita sedar kan kita perlu gak belajar

    mcm buat bntuan pernafasan tu pun pnting kekadang bukan utk org lain tp kuarga kita sndri, malang x berbau..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.