Saturday, March 27, 2010

tips mencari barang salah letak...

tajuk tu sebenarnya gimmick je.
saya bukannya ada tip untuk mencari barang yang dicari tak jumpa, kerana letak tempat lain, cari di tempat lain.

pernah saya parking kereta di kawasan lain, tempat open space,
tapi bila nak balik,
puas saya melilau mencari di kawasan yang lain.
hampirlah saya nak menangis dan nak buat report polis, kereta hilang.

itu bab kereta.

yang terbaru.
meletak hand bag, di tempat lain.
puas mencari, hingga saya berulang balik ke restoran mencari beg saya (sebab saya ingat, perkara akhir saya buat sebelum tersedar beg hilang ialah saya membayar bil makanan)
kemudian, saya berkejar ke balai polis membuat laporan kehilangan hand bag.
balik dari balai polis,
nak pergi mandi, mencapai tuala yang tersangkut,
elok saja hand bag tersebut terletak di celahan tuala mandi saya.

itulah akibat tabiat kurang baik saya.

jadi ini senarai sifat tak baik saya:

1
saya memang pelupa,
selalu meletak barang di satu tempat yang kononnya senang nak cari,
terutamanya barang-barang yang kecil2 seperti cermin mata
tapi,
alih-alih lupa kat mana barang tersebut diletak akhirnya.
sang suami memang selalu tak puas hati dengan sifat pelupa saya ini.


2
selalunya jumpa balik barang tu bila?
tengah solat...
dalam solat tu lah terjumpa barang yang dicari.

ini menunjukkan apa??


3
tak khusyuk dalam solatlah... tu....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 comments:

  1. hehe..kebanyakan kita memang camtu kan

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Terlalu banyak yang difikirkan, maka akan banyak pula yang dilupakan, maka jadinya mudah lupa.

    ReplyDelete
  3. biasa la cikgu......huhu
    tp yg penting kita usaha exercisekn otak kita.......mudah2an x tambah teruk..........huhu

    ReplyDelete
  4. naman

    assalammualaikum

    geram jugak kat diri sendiri...

    ReplyDelete
  5. razak

    waalaikummussalam

    banyak mengingat benda tak penting kut...

    ReplyDelete
  6. yati

    selalu jugak exercise otak ni..
    tapi sebab dah tua kut...
    tak banyak perubahannya

    ReplyDelete
  7. hahaha.. xpe ganti plak

    ReplyDelete
  8. Nida pulak pernah hilang IC... rupa2nya terpos bersama borang UPU dulu..hehe.

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum maiyah

    jenuh lah nak mengganti...kan

    ReplyDelete
  10. nida

    assalammualaikum

    ummm...yang itu pun parah juga ya..

    ReplyDelete
  11. saya pun ada penyakit pelupa gak...lepas tu asyik salahkan orang lain...sebenarnya sendiri yang pelupa...sekarang ni selalu muhasabah diri dan jangan mudah salahkan orang lain...kalau sendiri salah, tanggunglah sendiri

    ReplyDelete
  12. ok...dah boleh komen
    ngehhehehheheh
















    sy tak kisah lupa bnda lain kak
    tp sgt kecewa kalo dlm solat leh lupa rakaat brapa dah sbnrnya













    susah nya nk khusyuk;(





    sama2 lah kita cuba yer utk lbih khusyuk lps neh

    ReplyDelete
  13. salam buat cikgu...
    bila ingat kes terlupa cam tu.kita senyum sendiri

    ReplyDelete
  14. Salam Normah,

    Rasanya ramai yang macam ni. Kak nak kongsi pengalaman, selalunya bila lupa letak barang di mana2 baca doa sujud sahwi sambil cari barang tu insyaAllah tak lama jumpalah.. kak selalu amalkan alhamdulillah selalunya berjaya dilorongkan ke arah barang yang salah letak tu.. tak ambil masa yang lamapun insyaAllah.

    ReplyDelete
  15. citiz,
    Ada macam-macam petua kalau tak nak lupa.

    Satu drpdnyeL: Masa letak apa-apaa tu, sebutkan tempat kita letak tu

    Contoh: Handbag ni letak kat tuala...

    Kereta letak depan KFC.

    Tapi, kalau dah pelupa tu lupa juga....sebab ada yang lebih penting yg nak diingat... ye tak?

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah hingga skrg ingatan msih kuat..jrg2 lupa kalau letak barang...

    amalkan Ya Haq bnyk2 kali bila nk mencari sesuatu..insyaallah.

    ReplyDelete
  17. salam....macam sama je dengan saya....memory ram dah tak cukup la tu....

    ReplyDelete
  18. hekhekhek. betul, dan saya pun begitu jugak. wahahaha, tak senonoh kan?

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum

    iza- ya, kita cubalah sama2 kan

    jane- ha, yang itu pun selalu, lupa rakaat yang ke berapa...

    pak long - bila dah lepas memang la tersenyum, masa tengah kejadian, panik

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum

    kak werdah- baru tau petua ni ... insyaAllah boleh diamalkan

    mantan- petu ayang ini pun bagus juga

    ida - bertuah lah ida. dapat lagi satu petua ni, tq

    lizz- memang betul...x senonoh, tapi sikit je la kut

    ReplyDelete
  21. Salam Cikgu Normah,

    Kak ani pun dalam usia sekarang pelupa yang amat. Tulah selalu amalkan makan kismi. Tapi bimbang jugak takut kencing manis pulak.

    Dapat idea dalam sholat, kerja "dia"lah tu supaya kita terlalai sekejap dari mengingati Allah.

    ReplyDelete
  22. yup,betul lah tu,bila kita solat mulalah kepala otak menerawang dan carik bende tu. Ismail Kamus pun ade cakap,kalu nak cari barang salah letak,cuba try solat,jupelah nanti. :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.