Thursday, March 25, 2010

cikgu dulu-dulu lebih baik?

betulkah cikgu dulu-dulu lebih baik, cikgu-cikgu sekarang kurang baik?

saya berpendapat tidak.
kerana saya seorang guru sekarangkah, maka saya 'bias'?
entahlah.

cuma saya kira, istilah baik itu perlu diperhalusi.
baik dari segi apa?
penyampaian? teknik pengajaran? sahsiah diri? kasih?

saya yakin semua dari kita pernah mengagumi sekurang-kurangnya seorang guru dalam perjalanan hidup kita, dan pernah membenci atau kurang gemar dengan sekurang-kurangnya seorang guru.

saya pun tidak terkecuali.
ada guru saya dulu Pn Ooi, guru Matematik yang saya ingat sampai sekarang, kerana cara pengajarannya yang sangat saya minati.
dan
ada 2 orang guru Geografi saya yang saya kategorikan sebagai guru yang malas dan tiada visi semasa mengajar. itu dari segi pengajaran.

2/3 zaman saya bersekolah, saya bersekolah di sekolah perempuan sahaja.

ada guru saya yang saya kira tidak sensitif dengan perasaan dan suka memalukan pelajarnya pada zaman saya itu, yang bila saya fikirkan bukan tujuan untuk mendidik.
ada pelbagai cara boleh digunakan.
contohnya mempamerkan kerja tangan saya sendiri semasa di darjah 3 (membuat puppet dari stokin), dengan memperlekehkan hasil kerja tersebut dan di ikuti deraian ketawa rakan2.

bayangkan budak darjah 3 buat sendiri, jahit sendiri tanpa pertolongan sesiapa, kerana emak dan bapa sibuk berniaga. sedangkan puppet rakan-rakan adalah hasil kerja emak mereka.

zaman saya dulu, ada juga guru yang berpakaian seksi. kalaulah nak kata guru-guru dulu mempunyai sahsiah yang baik.

jadi, kerana pengalaman hidup saya bersama guru-guru dulu zaman 70an begitu rupa, jadi saya berpendapat tak semua guru-guru dulu-dulu lebih baik dari guru-guru sekarang.

mungkin kerana bilangan guru sekarang lebih ramai,
dan harapan ibu bapa sekarang lain dari harapan ibu bapa dulu-dulu,
makanya,
seolah-olah guru-guru sekarang nampak kurang komited seperti guru-guru dulu-dulu.
yakah?

entahlah,
pandangan masing-masing.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Cikgu sekarang ramai yang bagus daripada yang sebaliknya. Tapi kena diperhatikan dan ditangani dengan segera supaya tak jadi gejala @ virus

    ReplyDelete
  2. aida

    assalammualaikum

    betul, ada cikgu sekarang yang memang tak pandai menjaga diri..

    ReplyDelete
  3. maaf ada kawan saya jadi guru kaunseling rumahnya berterabur...anaknya pun merokok.susah bila difikir-fikirkan.

    ReplyDelete
  4. abu muaz

    assalammualaikum

    mm.. memang susah nak cakap ya...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.