Florida di US (dalam peta di atas berwarna merah)
luasnya 170, 304 km persegi
didapati kilat di sana berlaku pada puratanya 90 kali sehari
Malaysia
luasnya 328, 657 km km persegi
dan direkodkan Malaysia menerima kilat dua kali ganda sehari berbanding Florida
Didapati tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap bahaya kilat sangatlah rendah.
Saya kira, bukan tahap kesedaran ini sahaja yang rendah di kalangan kita rakyat Malaysia ni, kan.
Setiap tahun , kilat membunuh sekurang-kurangnya 25,ooo manusia seluruh dunia.
Orang putih ni saya kira, segala benda diorang ni peka, sampaikan Persatuan Keselamatan Kilat pun diorang ada.
Apa yang kita perlu lakukan jika kilat berlaku :
Jika kita di luar- (sumber di sini)
- kilat selalu mengena objek tinggi, jadi pastikan kita tidak berdiri atau berdiri berdekatan pokok
- jauhkan objek logam berdekatan
- jika hujung rambut kita berdiri dan bulu roma menegang, kemungkinan kilat akan menyerang, tutup kepala dan 'practically roll into a ball' (camana nak translate ni ya).
Jika kita di dalam rumah -
- jauhkan dari barang-barang elektrik yang terpasang
- elakkan mandi semasa kilat sedang berlaku
- jauhkan dari tingkap
Tentang menjauhkan dari barang-barang elektrik ini, memang ada kes anak jiran yang sedang bercakap melalui telefon rumahnya semasa kilat berlaku, cedera telinganya kerana tersambar kilat. Alhamdulillah kecederaan tersebut segera pulih...
Jadi, berhati-hatilah
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.