bila anak demam sikit
hati cepat betul diragut risau
macam-macam yang terlintas dalam fikiran.
apatah lagi kalau si anak,
biasanya keletah, bising mulutnya,
dan bila beliau diam membisu, dan hanya berbaring,
mulalah bibir tidak henti memanjat doa.
bila suami lewat balik dari biasa,
tidak pula menelefon atau sms.
hati mula dilanda bimbang,
bermacam sketsa timbul dalam kepala,
takut kalau-kalau malang tidak berbau, menimpa.
mulalah bibir terkumat-kamit, memohon doa,
agar dijauhkan dari segala bahaya dan mala petaka.
memang kita sebagai perempuan ni,
saya kira, lebih cepat risau dan bimbang.
segala perkara kita fikirkan,
dan biasanya kita memikir perkara buruk.
patutlah makin banyak kedut di dahi ni.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.