Agak-agaknya subjek apa yang susah bagi student untuk diskor ?
Tanda soalan di hujung soalan itu saya yang pandai-pandai menambah. Soalan yang muncul dalam jalur sembang group whatsapp di telefon mudah alih saya.
Diam.
Saya berfikir.
Membaca pendapat rakan lain dalam kumpulan yang sama.
Dan segera insiden siang tadi terbayang.
Kenapa "adalah mendirikan ...." ni akak bagi salah?
Saya membaca semula kertas jawapan pelajar tersebut. "...adalah berkata ...", " ...adalah membina ..." , semua frasa kata itu dibulatkan oleh guru tersebut, memberi tanda bahawa pelajar itu sudah melakukan kesalahan tatabahasa.
Bukan mempertikai.
Ingin tahu.
sumber |
Saya rasa subjek BM yang sukar untuk diskor.
Saya meluah rasa.
Kenapa ya, pelajar-pelajar Melayu masih susah nak skor dalam subjek Bahasa Melayu, walaupun setiap hari bercakap dalam Bahasa Melayu, mencarut, menyumpah, mimpi pun dalam Bahasa Melayu, dan masih juga tak boleh nak skor subjek Bahasa Melayu? Tak pelik bin ajaib ke?
Dan rakan itu menjawab ....
SPM saya pun, Bahasa Melayu saya dapat 4. Saya memang tak pandai mengarang. Eh... betullah
Itu pun sebenarnya bukan jawapan kepada soalan saya. Itu ialah luahan rasa hatinya juga. Oh ramailah pulak yang meluah rasa, walaupun bilangan ramai itu hanya dua orang sahaja waktu itu.
Ah, Bahasa Melayu saya pun lebih kurang berteraburlah jugak. Jangan kata budak-budak sekarang. Budak-budak dulu pun ramai juga yang tidak bijak mengarang. Tetapi, sebenarnya penting sangatkah kemahiran mengarang bila dah tua-tua macam sekarang ni?
Entah.
Saya rasa sama jugalah seperti kemahiran mengira lilitan bulatan, pengkamiran dan kemahiran-kemahiran yang sepertinya juga. Kepentingannya sangat relatif dan subjektif, bergantung pada situasi dan jenis kerja anda.
Kalau anda seorang guru Bahasa Melayu, mungkin juga kemahiran mengarang itu penting, atau pun kalau anda seorang kolumnis suratkhabar atau pun majalah, sudah pasti, ah... bukan , sangat pasti kemahiran itu yang utama. Tapi, kalau anda seorang akauntan, jurutera, misal katanyalah , masih perlukah lagi anda bijak mengarang?
Ah.... ayat-ayat saya terasa seperti taugeh-taugeh yang berserakan. Tunggang terbalik. Tak keruan.
Dan bertambah peninglah cikgu-cikgu Bahasa Melayu yang membaca entri saya malam ini. Maafkan saya, kawan-kawan.
*girdle dalam Bahasa Melayu apa ya? Oh ya, esok pagi cik nooryl dan saya mungkin dapat minum teh tarik percuma di sinu ... :)
~ cikgunormah@klcitizen~
syukurlah wpun bertutur dlm bahasa ibunda, BM saya dapat kredit~
ReplyDeletebahasa melambangkan bangsa, tanpa bahasa, hilanglah bangsa ~
ReplyDeletemungkin kurang minat menyebabkan pelajar tidak boleh skor..
ReplyDeletemasih perlu kak.
ReplyDeleteSaya tak pasti tentang pendapat org lain tapi sebagai org yg mengambil org bekerja, kami masih perlukan kebolehan oral dan written dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Sebabnya, zaman sekarang di dalam bidang apa pon perlu ada komunikasi dan salah satunya adalah dengan pandai menulis e-mail bagi arahan kerja, penerimaan kerja, dan sebagainya.
Itu sebab zaman sekarang walaupon belajar engineering masih kena belajar Technical Communication.
Satu hari semuanya akan jadi pentadbir. Itu sebab ujian utk jadi penjawat awam pun perlu tahu mengarang. Macam PTD, perlu tahu juga berbahasa - takut2 nanti bila dah jadi gabenor bank negara, rakyat tak faham apa yg cuba dijelaskan.
Tapi...kalau terlalu susah...hmm...memang payah.
Zaman sekarang budak2 boleh mengarang. Cuma tak suka berfikir untuk isi karangan. Tulis blog pun begitu juga.
Hehehe:P
Bahasa Melayu saya juga tidak berapa baik walaupun hari-hari bertutur bahasa ibunda. :-)
ReplyDelete