Sunday, September 2, 2012

kabur diri






Awak ingat tak saya citer pasal Sofea terantuk kat dashboard tu?

Saya sengih.

Ah, memang awak tak ingat, kan! Penat je saya citer.

Alahai. Ingatan saya memang lemah. Camana tu?

Risau juga kalau nanti satu hari entah bila, jalan balik hendak ke rumah pun tidak dapat saya jumpa sebab sudah hilang ingatan. Nauzubillah!

Eh, tapi kan kalau saya tak ingat, awak boleh citer benda yang sama berulang kali, dan saya akan dengar seolah itu kali pertama saya dengar, kan. Bukan bagus macam tu?

Dan berderai kami bergelak. 

Bukankah seorang sahabat itu sedia memaafkan atas kelemahan sahabatnya dan menerima kelemahan tersebut tanpa syarat.




Selesai membaca buku di atas. Hadiah daripada rakan.

Dan ada  sedih dan pilu di hujung rasa, usai membaca buku tersebut. Memoir sebenarnya, tentang kehidupan penulis di seminari, sekolah berasrama yang menyediakan diri pelajar-pelajar menjadi paderi.

Membaca memoir ini kadang mengingatkan saya tentang pengalaman saya bersekolah di SRK Convent dan Main Convent, Ipoh di awal tahun 70 an dan 80an. Kehadiran Sisters atau rahib-rahib wanita di persekitaran sekolah sentiasa menimbulkan rasa ingin tahu dan taajub dalam diri saya.

Membaca memoir bagi saya sesungguhnya menambah kekayaan pengetahuan dan pengalaman. Seolah kita mencuri sedikit pengalaman hidup insan lain dan menampalnya dalam ruang lingkup ingatan kita.

Bukankah pengalaman hidup kita adalah deretan kenangan yang terpendam dan tersimpan kemas. Dan hanya kita yang tahu pahit, manis , wangi atau busuknya pengalaman itu waktu kita hidup ini.

Bagi saya buku ini banyak menelusuri sisi spiritual dan emosi kehidupan penulis, bagaimana insiden-insiden dalam hidupnya mencorakkan keteguhan, kejatuhan dan pengembalian semula nilai agama dalam diri penulis. Bagi saya, ia sangat menarik, memberi nilai baru dalam kefahaman saya tentang kehidupan mereka yang ingin menjadi paderi.

Bukan sedikit daripada kita umat Muslim juga yang mengalami kejatuhan dan pencarian diri serta makna diri di sepanjang kehidupan masing-masing.
Dulu, saya fikir saya sahaja yang tidak siuman kerana sering mengalami keadaan seperti ini. 
Tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. Pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depression mereka dalam pelbagai bentuk. 
Ada yang kerana cinta. Ada yang kerana pelajaran. Ada yang kerana dakwah. 
Malah ramai juga yang tidak pasti apa sebabnya… seperti saya. 
Mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan.   
“Carilah satu dunia asing…untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. 
Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah… sama ada di tikar sejadah, atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah”, itu nasihat saya. 
Carilah damai untuk diri sendiri. 
Khususnya buat anak muda berjiwa dai, yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi… hanya kamu dan Dia… tiada yang ketiga.
Selamat Mencari Damai Diri ~ Saifulislam

Saya juga pernah melepasi fasa tersebut. Fasa kabur dan keliru.

Bukan sekarang pun kabur juga ke?

Suara dalam hati mengetuk, sambil jari saya membetulkan cermin mata saya yang makin tebal ini.


kalaulah boleh ... kan !

* moga Allah memudahkan segala urusan kamu humaira !

Salam kasih.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. semoga segalanya d permudahkan

    ReplyDelete
  2. Setiap garis dan setiap helai putih tidak pernah lupa sebelum bergaris dan pernah hitam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia tak pernah sunyi dari silap dan salah kan

      Delete
  3. bila dh dalam fasa kabur dan keliru..kene berhenti seketika utk muhasabah diri..

    ReplyDelete
  4. "Bukan sedikit daripada kita umat Muslim juga yang mengalami kejatuhan dan pencarian diri serta makna diri di sepanjang kehidupan masing-masing."-bukan saya sahaja, saya fikir semua orang begitu, kerana punya banyak pilihan dalam membuat keputusan.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.