"jangan tengok pada kulit wajah yang luntur tetapi lihat pada jasa yang ditabur. Bukan pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar. Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik.." ~ Kalau hati baik, wajah sentiasa cantik : Ust Pahrol
Awak ni memang cantiklah ...
Entah.
Sudah beratus kali rasanya pujian itu terhambur dari mulut saya. Memang mata saya melihat dia sangat cantik. Hidung mancungnya, putih gebu kulitnya.
Memang cantik.
Dia mencebik.
Awak belum tengok Erra Fazira lagi. Kalau awak tengok Erra Fazira mesti awak kata saya dah tak cantik ...
Ah, betul jugak tu. Saya belum pernah menatap wajah Erra Fazira sedekat saya menatap wajah rakan saya ini.
Tapi, bukankah kecantikan itu sangat subjektif. Cantik pada mata dia, tidak semestinya cantik di mata saya.
Oh .. awak dan Erra Fazira tu dua-dua cantik. Tapi kelas yang berbeza .
Saya cuba menjustifikasi nisbah kecantikan antara keduanya. Walau pun saya tahu, wajah rakan saya itu, tetap cantik di mata saya, walau berapa Erra Fazira pun yang menjadi banding taranya.
Kenapa?
Sebab cantik wajah itu tersangkut dengan hati budi.
Biarlah bagaimana hebat dan menarik paras rupa seseorang itu tetapi andai hati budinya itu tidak sejernih sinar matanya atau tidak seputih dan semulus kulitnya, tetap, cantik itu tidak menyinggah dan bertamu di mata yang melihat dan memandang.
Bukan begitu?
Ala ... awak kata saya tak ada kelas macam Erra Fazira ya?
Haha.
Memang senang memutarbelitkan fakta kata dan menyelit rasa tak percaya, kawan.
Tapi, kenyataan tetap kenyataan. Walau wajah sudah berkedut seribu, tetapi sinar mata yang lahir dari hati yang penuh kasih tetap menjadikan wajah itu cantik dan menarik.

sumber |
Salam kasih .
~cikgunormah@klcitizen~
~cikgunormah@klcitizen~
Bagi saya natural beauty adalah anugerahan Ilahi yang tidak ternilai.
ReplyDeletesegalanya kan anugerah
DeleteSuka baca entri akak. Cantik itu subjektif...
ReplyDeleteterima kasih nur
DeleteSalam cikgu normah dan selamat hari raya utk cikgu sekeluarga.
ReplyDeleteBetul, cantik itu subjektif. Apa lagi jika disertai dengan hati yg luhur. Tak cantik dimata kita, tapi cantik orang lain.
Selamat Hari Raya juga buat kak ani
Deletesalam aidilfitri cikgu Normah.
ReplyDeleteSetuju sangat dgn statement cikgu tu; cantik dalam kelas yang berbeza. kalau semua orang sama kelas kecantikannya, jemu la pulak. lagipun Allah Maha Kaya, kecantikan makhluk pun ada pelbagai kategori
variasi menambah warna hidup ini kan
Deleteowh, so sweet... salam aidilfitri cikgu.. salam kemerdekaan jua yang ke55
ReplyDeletesalam yang sama juga utk gen2
DeleteKalu banding dengan Erra Fazira memang ler jauh benor.. Erra tu Ratu Cantik.
ReplyDeleteSaya dah lali disebut tidak cantik, huduh macam Indon. So saya terpaksa terima...
Cantik di hati tetap menjadi idaman ramai.
memanglah jauh azie :)
Deletex perla..bio hati cantik..hehe
ReplyDelete