sumber |
Selalunya ada dua orang yang dominan di tempat itu.
Seorang namanya Satis dan seorang lagi Mani. Satis sudah lama tidak kelihatan. Saya kira hubungan mereka berdua adalah seperti majikan dan pekerja. Sebenarnya saya pun tidak tahu banyak tentang mereka berdua, walau sudah bertahun juga mengguna khidmat mereka.
Mencuci kereta!
Ya, hampir saban minggu, sudah jadi rutin mencuci kereta dengan si Satis dan Mani.
Walau cuba juga mengubah angin, mencari tempat mencuci yang lain, masih lagi tetap setia dan berulang semula terpacak duduk menunggu sehingga habis.
Apa yang istimewanya?
Tak ada istimewa mana pun, cuma saya fikir perkhidmatan mereka itu cepat dan amanah.
Satis dan saya dari Madras.
Baru saya tahu. Angin ingin berborak tiba-tiba bertiup perlahan.
Teringat tentang teknik FORD bagi melancarkan perbualan. Mesti ada yang tak tahu apa teknik yang saya sebutkan itu, kan. F = family, O = occupation, R = recreation, D = dreams. Khabarnya kalau buntu idea hendak memulakan perbualan, gunakan soalan berkait salah satu perkara di atas, pasti, insyaAllah, perbualan akan jadi lebih lancar dan tidak mati .
Eh, saya dah lari topik lah pulak ni.
Sudah 16 tahun saya di sini.
Kenapa datang Malaysia?
Saya rasa soalan saya itu dalam kategori soalan bodoh kan. Alahai, berhijrah mestilah sebab hendak mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Bukan begitu?
Saya terbayangkan orang-orang kampung Mani di Madras, dalam keadaan daif dan hampir mati kebuluran. Kesian, kan.
Oh, saya bukan orang susah. Sana emak dan bapa saya memang ada duit.
Aiik.
Mimpi ngeri tentang kebuluran dan kedaifan tiba-tiba musnah dari ingatan saya.
Emak dan bapak saya hantar saya sini masa umur saya 15 tahun. Saya sudah takmau belajar, jadi saya join budak-budak nakal tempat saya tinggal. Banyak nakal. Nasib baik saya tak masuk penjara saja.
Saya rasa mata saya bulat tak percaya.
Sana budak banyak nakal. Guna parang panjang-panjang.
Dia sengih. Saya pun sengih. Teringat aksi berlawan dan bertumbuk dalam cerita Tamil. Deshum!
Tapi, nasib baiklah saya datang sini. Kalau tidak , memang saya sudah masuk penjara. 8 , 10 tahun tak tentu lagi boleh keluar.
Oh, macam tu. Kalau Mani balik sana, mesti Mani ini banyak kaya ya?
Soalan kategori apa ni ya? Soalan memancing kut. Ingin tahu sebesar mana kekayaan si Mani ni.
Rumah saya sudah 100 tahun lebih, rumah pusaka. Besar dia dari sini sampai situ ...
Tak payahlah saya bagi ukuran rumah dia. Memang besar mak datuk!
Diwali tahun lepas, saya baiki rumah itu, sudah habis 50 ribu ..
50 ribu ringgit ya... bukan rupee.
Wow! Betullah orang kata, jangan menilai dan membuat penilaian berdasar apa yang kita tengok dan lihat sahaja kan.
Jadinya, moral of the story?
1. Tauke cuci kereta ni lebih kaya dari saya !
2. Bukan semua orang datang kerja kat sini miskin papa kedana.
3. Saya kena bukak kedai cuci kereta lah pulak .... kihkihkih
*oh esok dah mula bekerja ! Jom kita tempah baju untuk raya haji pulak :)
~cikgunormah@klcitizen~
....selamat hari raya cikgu...
ReplyDeletemamaijat kena tempah baju untuk ke tempat kerja....
habis dah semua rasa sendat...hu hu hu...
selamat hari raya mamijat... jom, kita menempah juga. nasib kita serupa :)
Deleteorg meniaga mmg kaya..hehe
ReplyDeletetak semua, ada jugak yang muflis kan ...
DeleteSaya agak was-was baca kekayaan mereka berdua ini.
ReplyDeletesaya pun ... :)
DeleteSaya follow sume tulisan Akak ,, best ... Rindu Akak, Kak sal, Kak harlina
ReplyDeletealahai... lama tak dengar citer harlina, la lin :)
Deleteselamat hari raya - maaf zahir dan batin
ReplyDeletedon't judge the book by it's cover !
selamat hari raya juga ... memang betul, tak boleh melihat luaran sahaja
DeleteTersenyum saya baca kisah ni.. terutama moral of the story yg no. 3 tu... :)
ReplyDeleteberangan je lebihnya nur :)
Delete