Sunday, August 5, 2012

maut merempit

Pukul 2.30 pagi.

Mata saya terkebil-kebil. Cuba juga dibawa untuk tidur.

Dan bila waktu biasa saya bersahur tiba, saya capai telefon bimbit dan cuba mendapat berita.

Alhamdulillah. 

Perkataan itu yang segera terluah bila mendapat tahu semuanya selamat. Dan pagi itu bersegera saya balik ke kampung, mahu segera sampai dan tahu duduk perkara sebenar.





Allah Maha Kuasa, dan Dialah Maha Tahu.

Syukur kerana adik perempuan saya, suaminya dan dua anaknya, Allah selamatkan dalam kejadian yang mengerikan ini.

Kita memang hati-hati, tapi, orang lain punya angkara, kita juga yang terkena.

Nasib baiklah yang lain pakai safety belt
ya.. 

Malang memang tidak berbau.

Kata-kata yang kerap keluar dari rakan taulan dan saudara mara yang berziarah di wad bertanya khabar anak lelaki adik perempuan saya . Pada masa kejadian, anak buah  saya itu  sedang tidur di tempat duduk belakang dan tidak memakai tali pinggang keledar , mengalami pendarahan di kepala dan perlukan perhatian doktor. Walau bagai mana pun pada waktu saya menulis ini, anak buah saya itu telah dibenarkan keluar dari wad.

Alhamdulillah.

Punca kejadian?

4 budak bermotor membawa motor dengan laju seolah berlumba, ringkas katanya, merempit di tengah malam.

Dua dari mereka berjaya memotong kereta yang dipandu ipar saya, mana kala yang dua orang lagi tersangkut, kerana terdapat kereta yang datang dari arah bertentangan. Seorang terjatuh di jalan sebelah, dan kereta arah bertentangan yang dipandu lelaki India itu ,  demi cuba mengelak dari menggilis budak tersebut lantas melanggar kereta adik perempuan saya.

Seorang lagi mat rempit terjatuh dan terseret beberapa meter.

Dan innalillahi wa inna ilaihi rojiun, budak yang pertama jatuh itu dikhabarkan telah meninggal dunia semalam. Lebih menyedihkan lagi ialah budak yang meninggal dunia ini, berumur 11 tahun, seperti yang dimaklumkan oleh Sister Jururawat yang merawat anak buah saya itu. Tahun lepas, adik pada budak ini telah meninggal dunia akibat lemas dan tahun ini, dia pula menyusul meninggalkan ibu bapanya.

Dan terlebih tragisnya, mereka hanya berdua beradik sahaja.

Allah Yang menentukan ajal maut.

Apa lagi yang boleh dikata tentang mat rempit ? Entahlah kan. Saya percaya tidak ada ibu bapa yang waras yang mahu anaknya menjadi mat rempit. Di mana salah dan silapnya, hanya ibu bapa itu sahaja yang bisa menjawabnya.

Bagi saya, yang sangat penting ialah ahli keluarga saya, Allah telah selamatkan.

Syukur tidak terhingga.

Kejadian ini menyedarkan saya bahawa setiap detik hidup kita ini sebenarnya di luar kuasa kita menentukan.


Moga Ramadan kali ini lebih bermakna.


islamic quotes


*Salam rindu dan kasih buat humaira...


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Alhamdulillah family adik akak selamat.

    Sedih mengenangkan kematian sia-sia budak-budak merempit di bulan Ramadhan yang mulia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yala kan. kejadian yang sebenarnya boleh dielakkan. sayang sekali.

      Delete
  2. A'kum sdri.

    Salah siapa? Soalan cerpumas!

    Saya pernah kata satu ketika dulu.
    "Mana-mana budak bawah umur yang langgar anak aku, anak jiran aku, anak saudara aku. Aku akan tibai bapak dia sebab budak yang tak cukup akal tak salah tapi bapa yang membenarkan dia bawa motor itulah yang bersalah sebenarnya!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam

      memang soalan cepumas :) jangan kita termasuk dalam ibu atau bapa sedemikianlah kan .

      Delete
  3. Alhamdulillah semuanya selamat

    Semoga mat² rempit semalaysia dan sedunia diberi hidayah supayah berubah ke arah lebih baik

    ReplyDelete
  4. Syukur..
    Cuma kesian kepada keluarga mat rempit tu. Lebih kesian lagi pada mak bapa budak-budak. Kesal kah mereka?

    ReplyDelete
  5. nilah terjadi kalo tiada pemantauan ibu bapa..

    ReplyDelete
  6. Beberapa hari lepas sementara masuk waktu Isyak di Masjid berdekatan. Saya terdengar perbualan cikgu lelaki berceritakan salah seorang anak muridnya koma kerana kemalangan motorsikal. Cikgu berkenaan menyatakan rasa kesal kenapa kemalangan itu tidak berlaku anak muridnya yang ternyata kaki merempit tetapi kemalangan tersebut berlaku kepada anak murid yang baik.

    ReplyDelete
  7. Syukurlah adik Kak Normah tak apa2.. Teruk juga.. Saya ada dengar ceramah, jenazah mereka yg merempit ibarat membunuh diri.. Moga jadi iktibar pada kita semua.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.