"Sebenarnya segala yang telah dan sedang terjadi dalam hidup kita ini adalah yang terbaik untuk kita. Janganlah ditanya-tanya kenapa kita tercampak dalam situasi begitu atau begini. Allah letak kita di situ kerana Dia Maha Tahu bahawa kita boleh mengatasi ujian tersebut .. ~ Ustaz Pahrol "
Lebih kurang begitulah intipati yang disebut oleh Ustaz Pahrol dalam rakaman audionya di radio Ikim yang saya ulang dengar sambil menggosok baju-baju yang sangat berkedut.
Kalaulah boleh kulit muka yang berkedut ini digosok begitu, menjadi licin dan rata, bagus jugakkan .
Ah, merepek.
Ustaz Pahrol menjawab persoalan seorang wanita yang bermadu dan mengalami kesedihan berganda setelah pengorbanan wanita itu yang merelakan dia dimadu seolah tidak dihargai oleh si suami. . Dan kini sudah beberapa minggu suaminya tidak mempedulikannya.
Ish ... ini bukan tahap tragis lagi. Lebih teruk dari tragis apa ya? Magis ? Sadis? Rasis ?
Kalau saya di tempat wanita itu bagaimana ya?
Entahlah.
Tak mau difikir.
Kadang Allah meletakkan kita dalam situasi itu supaya kita dapat membetulkan semula rasa kasih yang sepatutnya. Siapa yang paling kita cinta itulah yang menjadi ujian bagi kita. Urutan cinta bagi seorang wanita itu ialah Allah, Rasul dan selepas itu ialah suaminya. Kalau urutan cinta kita itu ialah suami yang paling utama, maka waktu itulah suami akan menjadi ujian bagi kita. Dengan ujian itulah Allah sedang mahu mengajar kita supaya meletakkan cinta hati kita yang pertama itu ialah Allah dan mahu kita kembali membetulkan hubungan kita dengan Allah.
Ujian hebat bagi wanita hebat sebenarnya kan, dan saya pasti kedudukannya di sisi Allah lebih baik dari sebelumnya.
Awak asal dari mana?
Panas waktu itu. Dan saya mahu bersegera masuk ke dalam rumah setelah mengambil barang-barang belian sebelumnya dari dalam kereta.
Kulit dia lebih gelap dari saya. Dan saya tahu dia bukan berasal dari sini.
Di kiri kanannya ada dua bungkusan beg berisi kain baju, penuh dan sendat. Tapi tetap digendongnya dan dipegang erat yang satu lagi seolah barang berharga yang baru diperoleh.
Rohingya.
Balasnya pendek.
Saya tahu niat dan kemahuan dia. Dan hati saya belas. Kerana saya tahu kalau saya di tempat dia, mungkin saya juga akan seperti dia sekarang. Bergerak dari rumah ke rumah. Meminta.
Ah ini semua sindiket!
Pasti ada yang berkata begitu.
Entahlah. Pendapat masing-masing. Saya tidak tahu kisah hidupnya. Tetapi saya tahu kisah hidup kaum seetniknya.
sumber |
Rohingya adalah etnik minoriti yang paling banyak teraniaya sejak 1978 lagi. Di tanahairnya sendiri dan juga di bumi asing seperti di negara kita. Ramai dari kita melihat mereka dengan sebelah mata sahaja, termasuklah saya, merasakan kehadiran mereka mengganggu seperti kehadiran warga asing yang lain.
Ah terlebih lagi menambah perit hidup mereka mungkin kerana warna kulit mereka yang agak gelap berbanding dengan warga asing yang juga menumpang di tanahair kita ini.
Warna kulit memang boleh saja menimbulkan prejudis tanpa kita sedar.
Betul, kan?
Dan saya perhatikan wanita di hadapan saya ini. Melihat matanya. Dan membayangkan jika saya dan dia bertukar tempat. Apakah perasaan saya waktu itu agaknya?
Sebenarnya ujian hidup bagi wanita ini lebih berat dan hebat. Saya pasti, walau pun saya tidak tahu bagaimana sejarah hidupnya terlakar. Dan saya tahu juga hatinya lebih kental dan tabah dari saya. Kerana itu dia di situ. Bukan saya.
Bersyukur sungguh. Sangat. Kerana saya tidak berada di tempatnya.
Tapi hidup di dunia ini seperti roda kan.
Oh, itulah yang ditakuti. Takut tidak bisa memikul bebanan ujian dan tersungkur.
*Selamat berpuasa, berbuka puasa dan bersahur kawan semua. Buat sahabat yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati, harap dapat berjumpa lagi bulan depan.
~cikgunormah@klcitizen~
salam..
ReplyDeletesama2 kita berdoa agar
Allah melindungi penduduk rohingya
ya.. sama2lah kita doakan
DeleteSalam.. Suka membaca entri Kak Normah ni.. Sangat bagus untuk dibaca oleh semua wanita yang ditimpa ujian.. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Kak, saya mohon izin untuk linkkan entri ini dalam blog ye.. Terima kasih.
ReplyDeleteboleh aja ... dipersilakan :)
DeleteTerima kasih banyak kak.. :)
DeleteSetiap mempunyai dugaan. Samada berat atau tidak tertanggung.
ReplyDeletemereka ini sgt tabah.agaknya jika bertukar tmpat adakh kita setabah mereka?..
ReplyDelete