You see, no one can ever be sure that their heart is at its best. I remember hearing once that if you think your heart is safe then that’s probably when it’s at its most vulnerable state and sometimes the furthest away from being good—because you are being arrogant ~ It doesn't make sense : Ruzky Aliyar
Selalu.
Hati saya terdetik, ah, saya bukan seperti itu. Ayat-ayat saya terjaga, tidak sekasar itu. Bibir saya masih terlindung dari memanggil dengan perkataan kurang ajar itu. Dan saya tidak secelupar itu.
Babi! Bodoh! Anak haram jadah! P*#@mak!
Betulkah?
Mungkin detik perasaan yang tersemat itu hanyalah bisikan syaitan yang cuba mengelabui perasaan saya , mewajarkan tindakan saya dan meletakkan diri lebih baik dari manusia lain. Yang kononnya mereka itu kurang adab dan santunnya.
Kononnya.
Soal hati bukan soal kecil.
Kerana saya pernah terdengar, amal sehebat mana pun jika hati busuk bernanah, jangan mimpi hendak bersantai atas dipan-dipan emas di syurga. Kisah si pelacur yang baik hatinya terhadap seekor anjing, yang saban waktu kisah itu dijaja dari mulut ke mulut menjadi bukti.
Silap manusia lain memang senang kita nampak.
Celupar mulut orang lain memang jelas benar di cuping telinga kita.
Tapi tatkala marah sedang menggila dalam diri kita? Bagaimana? Sedarkah kita? Waraskah kita waktu itu?
Saya kira, perkara yang paling sangat sukar dilakukan ketika marah ialah mengawal kata-kata yang terlepas dari bibir atau pun barisan tulisan yang kita ketuk di keyboard. Memang!
Saya juga tidak terkecuali.
Waktu marah itu menjadi sebesar gunung dalam dada, dalam ketar bibir dan rasa menggila, perkataan yang terhambur keluar menjadi tidak tentu arah, dan kata-kata kasar itu menjadi begitu lembut di hujung lidah. Diri tiba-tiba menjadi hebat dan insan yang dihadapan menjadi sangat kecil seperti semut, terasa mahu dihenyak dan dipijak-pijak sesuka hati.
Apatah lagi jika dalam saat marah itu, kata-kata dan renungan mata dibalas. Dan orang keliling menyuruh kita bersabar.
Ada pengalaman seperti itu?
Apa pandang-pandang? Engkau dah langgar kereta aku dari belakang, engkau nak jadi samseng pulak!
Saya lihat lelaki gagah itu mendepang dadanya. Seperti seekor ayam jantan mengirai kepaknya bila menghadapi musuh. Tetapi lawannya pun tidak mahu mengalah. Menjawab sambil menuding jari. Kereta mereka yang menjalar, bontot dan hadapan kereta masing-masing menjadi saksi asas pergaduhan.
Jalan menjadi sesak.
Orang ramai bertumpu. Bukan cuba melerai sengketa. Tetapi ingin tumpang menonton drama sebabak. Oh! Saya pun tumpang sekaki. Ah... menipulah saya. Saya pun tumpang dua kaki.
Itu cerita semalam.
Semasa menghantar kereta untuk diservis, sempat lagi saya merakam kejadian. Maaflah. Rakaman saya hanya berputar dalam kepala. Tak kuasa lah nak melayan peminat-peminat Youtube yang suka benar menjadikan babak menarik seumpama itu viral di dunia maya dengan merakam dan memuat naik atau memuat turun.
Tapi sekelumit kejadian itu menjadi bahan entri saya hari ini.
Bahawa sangat sukar sebenarnya, sangat sukar... mengawal kata-kata yang terhambur bila kita sedang berada di puncak kemarahan.
Dan mereka yang berjaya diam di waktu sedang marah itu sebenarnya adalah manusia hebat.
Jomlah, kita cuba, cuba menjadi manusia hebat.
:)
Oh Ya! Salam kasih dan ingatan buat sahabat yang sangat kedekut dengan asetnya .
~cikgunormah@klcitizen~

jarang² je saya boleh diam..cthnya masa kereta kena langgar belakang dulu...
ReplyDeletememang kalau kita start marah dia akan berterusan..kalau berjaya diam dari awal insyaAllah akan terkawal
memang sukar nak mengawal amarah, tapi menjadi cikgu kena belajar mengawalnya kan?
betul naman, jadi cikgu kena banyak bersabar, walau kerap juga hilang sabar :)
DeleteSalam..
ReplyDeleteermm...pernah kena langar belakang juga dulu
mamat tu tak banyak cerita..tebgok bumber gugur
exzos bengkok..terus dia hulur RM200..kalau ke balai
kedua kena saman RM300
elokla tak bertegang urat kat situ kan...
Deleteorang yang kuat adalah orang yang mampu mengawal kemarahannya..
ReplyDelete=)
betul, dan saya belum terkategori dalam senarai org kuat
Deletewalaupun kereta sy penah dilanggar..tp bila keluar kereta sy tanya pemandu tu ok ker x..huhu
ReplyDeletewah, jebeng! respek la ngan jebeng... tahniah
DeleteSabar dan mengawal lidah daripada menyatakan sesuatu pada saat marah memang penyelesaian terbaik.
ReplyDeletebetul tu kak long :)
DeleteEntry ni buat saya termenung seketika. Memang betul sukar kawal diri ketika marah. Kadang2 bila marah kita tak keluarkan kata-kata kesat, tapi dalam hati kata macam-macam.
ReplyDeleteps: Teringat sebuah hadis, yang mempunyai maksud orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal perasaan marah
betul affan. tapi bukan sebarang orang yang boleh menahan diri dari berkata2 semasa sedang marah kan
Delete