Tuesday, July 24, 2012

cermin mata , kaca mata

Kalau tidak silap saya,  dua kali saya memanggil namanya. 

Dan pada setiap panggilan tersebut,  memerlukan dia bangun dari bangkunya dan bergerak ke meja saya. Rasanya kali yang pertama , saya meminta dia mengedarkan kertas kepada rakan-rakan dalam kelas. Kali yang ke dua pula tidaklah saya ingat apa kisahnya.

Tapi yang saya perasan, setiap kali dia terpaksa bangun, dia akan menarik kaca mata yang sedang dipakainya dan meletakkan atas meja. Selepas itu baru dia akan bergerak. 

Oh, si rabun yang tidak mahu orang lain sedar tentang kerabunan matanya.

Gelagat awak mengingatkan tentang perangai  saya  sendiri ..

Suara saya melalui mikrofon menarik perhatian pelajar-pelajar yang lain (Memang di makmal, saya mengajar menggunakan alat bantu mikrofon mudah alih) . Kebanyakannya ikut memerhati pelajar tadi, kerana sambil saya bercakap, saya pun turut memandang dia.

Tiada reaksi dari dia. 

Selamba. 

Memang budak selamba.

Dahulu, masa saya usia awal belasan tahun, mata saya dah rabun. Ayah saya pilihkan untuk saya bingkai cermin mata seperti ini ...

Saya pun melukis bingkai cermin mata yang dibeli aruah abah dulu. 



Masih saya ingat lagi, waktu mula-mula memberitahu aruah abah yang saya tidak nampak tulisan guru di papan hitam, aruah abah menulis beberapa huruf abjad pada kertas dan menampal di dinding. Dan dia mengarahkan saya berdiri beberapa kaki dari kertas tersebut lalu meminta saya menyebut huruf-hururf yang ada kuat-kuat. 

Memanglah saya tak nampak, dan kerana 'lulus' ujian tersebut, aruah abah bersetuju membawa saya ke kedai cermin mata.

Cantik ni , Liza. 

Aruah abah dengan yakin memujuk  saya menyetujui pilihan bingkai cermin mata tersebut. 

Dan saya ingat lagi, berbunganya rasa hati bila akhirnya saya berjaya mendapat cermin mata tersebut untuk dipakai ke sekolah. Segala di sekeliling nampak terang dan jelas.

Tapi ...

Tak segala indah rupanya. Sesampai di sekolah, rakan-rakan sekelas mentertawakan saya, dan memberi nama gelaran Nenek Mah, sebaik sahaja terpandang kaca mata saya. 

Dan saya pun jadi seperti awak, pakai cermin mata hanya bila nak tengok papan hitam. Itu pun curi-curi memakai, takut kawan-kawan nampak dan mengejek saya semula.

Pelajar dalam kelas yang turut sama mendengar kisah saya terdiam. Mungkin tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi, sama ada kisah saya  itu kisah sedih atau kisah lucu.

Dan awak sebenarnya hensem kalau pakai cermin mata tu Amir. Pakailah!

Ha... selesai saya memuji si Amir, rakan-rakan yang lain bergelak ketawa. 

Dan pagi tadi di sekolah, dua pelajar perempuan sekelas dengan Amir menjengah ke bilik saya.

Cikgu, kami asyik ingat je citer cermin mata cikgu tu . Lawakla ...

Oh !

Kisah cermin mata saya. bukan main lagi diingat ya. Bab belajar ..., sampai anak tekak saya dah rabak tak ada suara ni kan, liat betul nak melekat  kat kepala ya.

Dan budak-budak perempuan itu tersenyum lebar.

Betul,  kan?


*Harap-harapnyalah  kisah cermin mata saya tu keluarlah dalam soalan Chemistry tahun 2012 ni, kan  :)


Salam ingatan buat yang menyayangi si B dan bukan si A atau C.



~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. kalo kuar kisah cermin mata dalam exam mmg score la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau keluar , jebeng, memang ada harapan lah saya dapat hadiah lonjakan saujana bagi keputusan Chemistry :)

      Delete
  2. Budak sekolah suka subjek yang keluar topik. :-)

    ReplyDelete
  3. As salam Cikgu Normah,

    Apa khabar? Selamat berpuasa :))

    Tersenyum2 Marya membaca coretan cikgu ni tau! Cikgu mengajar chemistry ya! ermmm ;)))

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.