Monday, July 23, 2012

asap di bulan ramadan

Dapur di rumah saya jarang berasap.

Kalau orang dulu-dulu, dapur yang jarang berasap ini biasanya dimiliki oleh orang yang susah dan sempit hidupnya. 

Aha...

Tapi orang sekarang yang sewaktu dengan saya, ramai juga yang dapurnya tidak berasap. Saya kira bukan kerana susah dan sempit hidupnya,  tetapi atas banyak sebab dan alasan. Kan ! 

Oh , tak perlulah saya menyenarai 10 sebab kenapa dapur rumah tidak berasap, atau memberi tips berguna bagaimana meng'asap'kan dapur anda semula.

Ini bukan blog tips dan panduan. 

Ini hanya blog mericau seorang guru yang makin memutih rambut di kepalanya.

Tetapi dua tiga hari ini saya dapat rasakan kebahagiaan dapur saya. Bulan Ramadan sentiasa membangkitkan semangat  tuan dapur  menjengah dan mengembalikan asap memutih dari dapur. Walau pun , bukanlah chef hebat yang sentiasa bersilat di dapur, tetapi sekadar menggoreng ayam atau udang pun, dapat saya rasakan dapur saya itu tersenyum kepanasan.

Merepek.

Macam emak sayalah pulak.

Sahabat saya memberi komen, mendapat tahu perangai saya di dapur yang gemar memasang radio dalam sibuk berkelentung-kelentang beriya-iya menyiapkan juadah yang sejenis cuma.

A'ah .  Saya membalas. Sunyi kalau duduk memasak sorang-sorang.

Terasa pulak ketuaan diri apabila dibandingkan perangai saya dengan emak sahabat itu. Ah, tak apalah, sekurangnya perangai yang baik. Dan memang pun, sudah dalam kategori emak-emak kan. Kerana sebenarnya .... , entri saya ini bertujuan mencatat apa yang saya dengar dari radio Ikim petang tadi. 

Suara Ustaz Pahrol terngiang-ngiang di telinga. Dan sewaktu mendengar kata-kata nasihatnya, terdetik bersungguh dalam hati mahu dikongsi dalam entri di blog saya. Kerana katanya itu menembus rasa.

Namun begitu, sayang seribu kali sayang, langsung TAK INGAT apa yang dituturkan oleh Ustaz Pahrol itu tadi saat ini.

Langsung tak ingat!

Adui!

Saya rasa otak saya yang dah berasap.

Selamat mengerjakan ibadah di sepanjang bulan yang berganda berkat dan keampunan dariNya ini. Masih belum terlambat rasanya, kan.




~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Sekurang-kurangnya, dapur tetap berteman, tidaklah terus sunyi sepi. Tidak juga menggandingkan dgn pasar Ramadhan, yg kadang boleh makan, kadang tak bleh harap.

    Selamat menjalani ibadah puasa, cikgu. Semoga dapur terus mengeluarkan asap yg wangi dan enak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya gitulah azie.. selamat menjalankan ibadah di bulan penuh berkat ini

      Delete
  2. akak pakai dapur teknologi tinggi yang tak mengeluarkan asap la tu..hehe

    harap² takde tandas berasap di bulan puasa ni kat sekolah ;)

    ReplyDelete
  3. Selamat mengerjakan ibadah puasa. Masa ini kaum ibu sibuk didapur sibuk menyediakan juadah untuk berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala2lah kita doakan amalan baik kita Allah terima

      Delete
  4. Cikgu boleh check dekat arkib radio ikim... byk yg boleh didgri semula insya'ALLAH... Marya dgr dr situ je kalau dahagakan ilmu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya marya... tapi yang baru2 punya lambat di upload oleh ikim

      Delete
  5. Kunjungan balas. Tak terlambat lagi rasanya nak ucap "Selamat Berpuasa" :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.